Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»7 Skuter Bajet Mesra Subsidi Sempena Sambut 2019
Autotainment

7 Skuter Bajet Mesra Subsidi Sempena Sambut 2019

AryonBy Aryon31/12/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS tersiar artikel mengenai kapcai bajet mesra subsidi, ada pembaca minta kami senaraikan pula model skuter dengan kriteria sama. Kepada yang duduk dalam gua , Kerajaan dalam Bajet 2019 memutuskan memperkenalkan subsidi bahan api bersasar, melibatkan petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter untuk motosikal 125cc ke bawah, dan kereta 1,300cc ke bawah.

BACA >>> #Bajet2019: Subsidi Petrol RON95 30 Sen/Liter untuk Kereta Bawah 1.5L, Motosikal 125cc

Namun, tidak semua penunggang layak mendapat subsidi tersebut walaupun memiliki kriteria motosikal seperti yang disebut di atas (bawah 125cc). Ini kerana ia dikhaskan untuk kumpulan B40, iaitu kalangan penduduk dengan pendapatan isi rumah lebih kurang RM4,000 ke bawah.

Jadi, sama seperti kriteria kapcai bajet mesra subsidi, senarai skuter di bawah ini akan mengambil kira model baharu (bukan terpakai) di pasaran Malaysia dengan ciri seperti: Pertama, mesra subsidi (di bawah 125cc). Kedua, berharga di bawah RM6,000 atau lebih sedikit (aras harga terpaksa dinaikkan sebab skuter di pasaran Malaysia memang lebih mahal berbanding kapcai).

Jadi, wahai peminat skuter semua, mungkin model di bawah ini sesuai dengan bajet anda:

1. HONDA SPACY [RM4,999]

Honda Spacy bukanlah model baharu kerana kali terakhir diperkenalkan Boon Siew Honda (BSH) ialah pada 2016. Skuter ini dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc (8.6hp, 8.27Nm) dengan transmisi CVT V-Matic.

Ciri menarik Spacy ialah lampu depan besar (sesuai dan selamat untuk menunggang malam),  simpanan bawah pelana u-box 18 liter yang mampu memuatkan satu helmet muka penuh, dan tangki petrol besar, 5.2 liter. Rekabentuk menampilkan gaya skuter konservatif dengan rekabentuk bulat dan cembung, serta disuntik kemasan elegan menerusi warna badan dua tona, pelana kulit, dan rim sport.

KELEMAHAN

  • Kurang maskulin, rekabentuk macam abah-abah.
  • Kombinasi warna coklat pada pelana dan lantai dengan warna badan, terutama hitam dan merah semacam tidak kena.

2. HONDA BEAT [RM5,724]

Honda BeAT baharu
Honda BeAT baharu
Honda BeAT baharu

Antara skuter paling popular di negara jiran Indonesia. Gaya Honda BeAT memang cukup trendy dengan rekabentuk sporty dan pada masa sama masih mengekalkan praktikaliti skuter konvensional.

BeAT dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc SOHC (8.6hp, 9.14Nm) penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI dan ciri kuasa pintar dipertingkat, eSP serta transmisi CVT V-Matic.

Selain rekabentuk sporty dan dilengkapi teknologi moden Honda, antara ciri menarik skuter ini ialah grafik strip menarik, tuas kunci brek, dan brek kombi serta indikator ECO sebagai panduan kepada penunggang supaya menunggang lebih berhemat. Skuter ini juga jimat walaupun tangkinya sederhana besar, 4 liter.

KELEMAHAN

  • Tak muat simpan helmet bawah seat.

3. SYM MIO 100 [RM5,189]

Ini satu-satunya skuter gaya klasik yang berjaya menyelit masuk dalam senarai skuter moden lain. Sym Mio 100 dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 100cc SOHC (7.6hp, 7.55Nm) dengan transmisi automatik CVT. Tangki 4.5 liter mampu memberikan jarak perjalanan 50km per liter dalam kelajuan purata 90kmj.

Walaupun bergaya klasik, tetapi rekabentuknya nampak aneh dengan lampu utama cembung di dada dan kepala kecil. Kombinasi warna pun nampak seperti hendak masuk pentas pameran auto di mana-mana tapak ekspo. Kata mat saleh, agak ridiculous.

KELEMAHAN

  • Rupa pelik sangat, kombinasi warna macam tak kena.
  • Mahal, cuma beza beberapa ratus ringgit dengan skuter pesaing lain yang lebih sporty.
  • Tak laju.
  • Disindir kawan pasal resale value.

4. YAMAHA EGO SOLARIZ [RM5,234]

Yamaha Ego Solariz
Yamaha Ego Solariz
Yamaha Ego Solariz
Yamaha Ego Solariz
Yamaha Ego Solariz

Yamaha Ego Solariz dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc (9.38hp, 9.6Nm) dengan teknologi suntikan bahan api Blue Core dan sistem transmisi automatik V-Belt 4-kelajuan. Ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 10 liter, manakala tangki bahan api 4.2 liter.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Yamaha Blue Core?

Rekabentuk memang sporty dan agresif yang pasti menepati cita rasa ramai penunggang muda Malaysia. Teknologi Blue Core memberikan lebih penjimatan bahan api tanpa mengabaikan prestasi kuasa. Lampu juga besar untuk suluhan lebar ketika menunggang malam.

KELEMAHAN

  • Tak boleh simpan helmet bawah seat

5. YAMAHA EGO AVANTIZ [RM5,536]

Yamaha Ego Avantiz 2018 Malaysia

Yamaha Ego Avantiz menggunakan enjin sama seperti Ego Solariz, iaitu 4-lejang silinder tunggal 125cc (9.38hp, 9.6Nm) penyejukan udara dengan transmisi automatik V-Belt, juga dipadukan bersama teknologi Blue Core dan indikator Eco.

Lampu utama Avantiz lebih sepet ke bawah dan juga jenis LED, berbanding Solariz yang agak tersembul (bukan LED). Asasnya, keseluruhan rekabentuk Avantiz dan Solariz lebih kurang sama sporty, cuma Avantiz lebih gemuk. Tapi beza berat cuma lebih 2kg daripada Solariz.

Kapasiti tangki minyak 4.2 liter juga sama, tetapi apa yang mungkin beri sedikit kelebihan buat Avantiz ialah saiz ruang simpanan bawah pelana, 14 liter yang mampu memuatkan helmet jenis muka separuh atau open face. 

KELEMAHAN

  • Abah selalu pinjam bawa pergi surau, atau masjid.
  • Makwe mudah perasan kelibat di jalanan. Bahaya untuk playboy.

6. MODENAS KARISMA 125 [RM4,980]

Modenas Karisma 125 diperkenalkan pada November 2016 yang di-rebadge daripada model KYMCO Ace 9. Skuter ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc (9.4hp, 9.0Nm) dengan transmisi CVT. Tiada teknologi baharu diperkenalkan, malah masih menggunakan sistem bahan api karburetor.

Rekabentuk boleh tahan trendy, cuma grafik strip nampak terlalu oldskool ala motosikal awal milenia. Kapasiti tangki 4.6 liter mungkin menarik minat penunggang jarak jauh. Tidak dilupakan ruang simpanan bawah pelana yang cukup untuk mengisi sebuah helmet open face, dan soket pengecas yang tersorok di sebalik penyangkut di tengkuk motor! Boleh tahan juga.

KELEMAHAN

  • Masih guna enjin karbutetor, bukan teknologi suntikan bahan api (FI).
  • Rekabentuk biasa-biasa.

7. SYM JET POWER 125 [RM4,509]

Sekali pandang, rupa depan SYM Jet Power 125 sama seperti Modenas Karisma 125. Skuter ini dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc (8.3hp) penyejukan udara dengan transmisi automatik CVT. Kapasiti bahan api 4.5 liter dengan kadar penjimatan 43.5km per liter pada kelajuan purata 80kmj.

Skuter alternatif untuk mereka yang mahu cari motosikal belasahan daripada jenis skuter. Juga tidak perlu risau setiap kali hendak parkir motor kerana jarang sekali di-aim pencuri. Boleh parkir di mana-mana dengan hati senang dan girang. Paling penting harganya, dalam RM4,509 sahaja.

KELEMAHAN

  • Resale value.
  • Alat ganti macam merisaukan.
  • Makwe tak pandang.
autotainment roda2 skuter Skuter Bajet Skuter Mesra Subsidi Subsidi Petrol
Aryon

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu

28/01/2026
Auto Terkini

Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, 800 Untuk Dunia, Masuk ke Malaysia?

27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

26/01/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026

1 Comment

  1. Izwan on 10/10/2021 17:54

    Tapi sayangnya, nak dapat Avantiz dengan Solariz sekarang ni memang cukup payah

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.