Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman01/06/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK lama selepas Honda Malaysia berulang kali menguar-uarkan notis panggil balik (recall) ke atas pemilik model tertentu jenama itu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden di Cheras seorang pelajar universiti maut akibat letupan beg udara, pada (27 Mei 2018). Jika sebelum ini masih ramai yang mengambil sikap tidak peduli mengenai impak buruk yang bakal menimpa mereka, mungkin insiden terbaru itu sedikit sebanyak membuka mata.

Masih ramai yang keliru tentang apa sebenarnya yang berlaku. Apakah kecacatan beg udara kereta mereka (untuk pemilik jenama terjejas) terlalu teruk?Jawapannya, ya. Beg udara anda berisiko menyebabkan kecederaan parah atau maut!

Artikel di bawah ini akan memberikan penerangan ringkas dan padat yang mampu membuatkan anda faham mengenai beberapa isu membabitkan beg udara Takata. Baca!

BACA >>> Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup

1. APAKAH ISU BEG UDARA TAKATA?


Beribu-ribu beg udara Takata disahkan mengalami defektif atau kecacatan yang membabitkan bahagian pemandu, penumpang dan sisi depan. Secara spesifik pula, bahan kimia yang digunakan untuk mengembungkan beg udara itu sudah terjejas dan menyebabkan degredasi.

Kesannya, apabila kemalangan berlaku dan beg udara Takata mengembung, tindak balas bahan kimia yang sepatutnya mengembungkan beg udara secara normal, tetapi menjadi terlampau kuat hingga menyebabkan pecah.

Bukan sekadar pecah, beg udara itu turut meledakkan serpihan material di sebalik roda stereng yang tidak ubah seperti peluru yang ditembak dari muncung senapang. Serpihan material itulah yang menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

Menurut laporan polis di Amerika Syarikat (AS), keadaan mangsa-mangsa kemalangan beg udara Takata yang terselamat tidak ubah seperti ditembak atau ditikam.

2. BAGAIMANA BEG UDARA BEKERJA?


Beg udara berfungsi seperti penggalak (booster) roket solid.

Isyarat daripada sensor nyahpecutan kereta akan menghantar satu denyut (impuls) elektrik yang mengaktifkan campuran nitrogen dengan bahan kimia. Bahan kimia itu kemudian akan mengurai dan bertindak balas pantas untuk menjana gas nitrogen panas, sekali gus mengembungkan beg udara dan terpacul keluar dari roda stereng, papan pemuka atau panel sisi. Proses pengembungan beg udara itu berlaku pada kelajuan 322kmj dan sepantas 1/25 saat (40 milisaat).

3. APAKAH INFLATOR BEG UDARA?

inflator-beg-udara
Ada tiga bahagian beg udara; beg, sensor (yang membuatkan beg mengembung) dan inflator.

Inflator beg udara terdiri daripada sebuah kanister nitrogen, berisi kandungan gas yang akan mengisi beg udara, termasuk papan elektronik yang berfungsi mengaktifkan gas untuk mengembang dan mengisi beg.

4. KENAPA ADA SERBUK PUTIH?

Serbuk putih yang dibebaskan apabila beg udara mengembung ialah tepung jagung atau serbuk talkum (bedak) yang digunakan pengeluar sebagai bahan pelincir supaya beg udara sentiasa berada dalam bentuk terbaik apabila diaktifkan.

5. APA SEBENARNYA BERLAKU KEPADA BEG UDARA TAKATA?

Kecacatan dipercayai berpunca daripada wafer inflator Takata berbentuk lengan kelawar (batwing) yang membolehkan lembapan meresapi masuk ke dalam peranti dan mengubah struktur kimia dalam peledak (propellant).

Akibatnya, peledak itu diaktifkan terlalu pantas hingga menyebabkan tindak balas melampau yang memecahkan beg udara dan meledakkan serpihan material dalam kereta. Beberapa persoalan juga dibangkitkan seperti penggunaan sejenis bahan kimia, ammonium nitrat sebagai peledak.

6. APAKAH ITU PANGGIL BALIK?

Notis panggil balik (recall) dibuat apabila pengeluar seperti Takata menggesa pembeli memulangkan semula produk disebabkan isu keselamatan atau kecacatan yang boleh membahayakan pengguna. Panggilan balik beg udara Takata itu menjejaskan 34 juta kenderaan dan mencatatkan rekod panggil balik automobil terbesar dalam sejarah AS.

7. BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU BEG UDARA BERMASALAH DAN PERLU ‘RECALL’?


Sesetengah pengeluar akan membuat panggilan langsung kepada pelanggan mereka, dan ada pula yang mengeluarkan notis panggil balik di media massa seperti Internet dan media cetak. Namun, dalam kes beg udara Takata, pengeluar lebih menumpukan kepada hebahan media massa disebabkan jumlah kenderaan yang terjejas terlampau banyak.

Kita pula perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Walaupun bukan pemilik jenama kereta terlibat, tetapi jika kita mengetahui ada kalangan ahli keluarga, saudara atau rakan yang memandu kenderaan terjejas itu, anda sepatutnya mengambil inisiatif menyampaikan maklumat panggil balik yang dikeluarkan.

Bagi yang sudah mengetahui, boleh terus saja menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar masing-masing untuk menetapkan janji temu dan mengesahkan status beg udara kereta anda. Pemilik kenderaan lama (2002 ke atas) ialah kumpulan paling berisiko mengalami masalah kecacatan beg udara Takata. Bertindak segera!

SUMBER: Morrow & Sheppard

apakah itu beg udara Takata autotainment bagaimana beg udara berfungsi beg udara meletup Beg udara takata Honda panggil balik
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Honda henti pengeluaran tiga model EV
Auto Terkini

Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

14/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Roda4

#Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

13/03/2026

2 Comments

  1. molly on 29/06/2016 10:57

    Suzuki is not effected it seems . The person i talked to says its a rumor ><

    Reply
    • Lyana on 05/02/2018 15:25

      How about Nissan? Its Japan car also

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.