Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»7 Model Inovasi Nissan Dalam 1 Dekad, Van Ais Krim Tanpa ICE!
Auto Terkini

7 Model Inovasi Nissan Dalam 1 Dekad, Van Ais Krim Tanpa ICE!

Abang HirataBy Abang Hirata13/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DI DALAM persaingan kenderaan elektrik (EV) hari ini, pengeluar dari China dilihat lebih agresif dari segi teknologi dan pemasaran.

Di sebalik gerak kerja tersebut, perhatian dan pengiktirafan perlu diberi kepada Nissan yang melancarkan LEAF pada 2010 seterusnya menjadi EV keluaran massa pertama di dunia.

LEAF juga kereta elektrik terlaris sebelum dipintas Tesla Model 3 pada awal 2020.

Berpuluh tahun sebelum LEAF atau lebih tepat lagi pada 1947, Tokyo Electro Automobile Co. (selepas itu dikenali sebagai Prince Motors) memperkenalkan kereta elektrik TAMA.

Pada masa itu Jepun sedang mengalami krisis kekurangan minyak, barangan dan makanan namun mempunyai lebihan bekalan elektrik.

Kediaman di Jepun pada waktu itu tidak mempunyai perkakasan dan pengguna elektrik yang banyak. Dengan keadaan tersebut dan galakan kerajaan Jepun, sejumlah EV dihasilkan oleh syarikat pemula.

Sambutan Hari EV Dunia tahun ini menjadi istimewa buat Nissan selepas jualan EV melebihi sejuta unit dan lebih istimewa apabila syarikat meraikan ulang tahun ke-90.

Sempena hari EV, Nissan mengingatkan kembali tujuh buah model dengan inovasi tersendiri termasuk van ais krim!

 

1. Nissan LEAF NISMO RC:

  • Diperkenal pada 2011 bagi menunjukkan potensi dan keupayaan model elektrik untuk sukan permotoran. Kereta ini mewakili komitmen Nissan kepada kelestarian di litar lumba dan menjadi realiti apabila Nissan menyertai Formula E.

2. Nissan e-NV200 WORKSPACE

  • Pada tahun 2016, sebelum revolusi bekerja dari rumah bermula, Nissan menunjukkan konsep bekerja dari mana-mana lokasi melalui e-NV200 WORKSPACE dan menjadi pejabat bergerak elektrik pertama di dunia.
  • Van itu diubah suai dan dimuatkan pelbagai perkakasan kerja seperti meja, internet tanpa wayar dan mesin kopi.

3. Nissan e-NV200 Ice Cream Van

  • Van konsep ini direkabentuk untuk Hari Udara Bersih Dunia pada 2019 bagi membuktikan terdapat pilihan kepada van ais krim lama yang menggunakan enjin diesel.
  • Sebuah van tanpa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan menjual ais krim!
  • Van ini turut dijana oleh angin dan tenaga solar.

4. Nissan RE-LEAF

  • Diperkenal pada 2022, RE-LEAF direka untuk membekalkan bantuan kepada kawasan yang terjejas dengan bencana alam dan cuaca buruk.
  • Kereta ini diubah suai untuk melalui jalan yang dipenuhi serpihan bencana dan soket pengecasan kalis cuaca.

5. Nissan Land Glider

  • Dari litar ke bandar, model ini menunjukkan bagaimana mudahnya pengangkutan di bandar.
  • Dengan bentuk seperti kepompong dan tayar ikut condong apabila membelok, Nissan memberi bayangan EV masa depan di bandar yang sibuk.

6. Nissan e-NV200 Winter Camper

  • Membawa konsep kamper, van sebegini sentiasa relevan. Nissan memuatkan dapur, peti sejuk dan katil lipat untuk pengguna mengharungi cuaca sejuk.

7. Nissan Ariya e-4ORCE

  • Projek kembara ekstrem dengan perjalanan lebih 27,000 km merentasi Utara, Tengah dan Selatan Amerika menuju ke Kutub Selatan di Antartika.
  • Menggunakan model EV baharu Nissan Ariya dengan pacuan e-4ORCE (pacuan semua roda elektrik).
  • Satu pengembaraan yang belum pernah dibuat oleh EV sebelum ini.
  • Mahu membetulkan salah faham tentang keupayaan EV.

Dari pencapaian di atas boleh dilihat pencapaian dan warna-warni Nissan dalam EV. Diharapkan Nissan dapat merebut kembali kedudukannya ketika EV sudah diterima baik pengguna pada masa sekarang.

Kredit foto: Nissan

BACA >>> Nissan Sentra (2023) Lancar di AS, Harga Mula RM89k
BACA >>> Nissan Bikin Sistem Amaran Elak Penumpang Tertinggal untuk Kenderaan Lama!
BACA >>> Nissan Juke (2023) Masuk Australia, Tiada Hibrid, Cuma Enjin 3-Silinder 1.0L dan Transmisi DCT

Nissan Nissan e-NV200 Ice Cream Van
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.