Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»7 Fakta Pantas Volkswagen Touareg (2018) Serba Baharu, Lancar di Beijing
Roda4

7 Fakta Pantas Volkswagen Touareg (2018) Serba Baharu, Lancar di Beijing

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Touareg (2018) serba baharu diperkenalkan secara rasmi di Beijing, China dan dikatakan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling maju dari segi teknikal pernah dikeluarkan pengeluar automotif dari Jerman itu. SUV saiz pertengahan mewah tersebut dijadualkan di pasaran menjelang musim panas ini.

Menampilkan rekabentuk ekspresif yangd diilhamkan daripada model konsep, Volkswagen W T-Prime Concept GTE yang dipamerkan pada Auto China 2016, Touareg (2018) mengetengah beberapa pembaharuan seperti berikut:

1. Volkswagen merekabentuk semula dimensi yang kini 77mm lebih panjang, 44mm (lebar) dan 7mm (rendah), manakala jarak roda (wheelbase) ditingkatkan 1mm yang menyumbang kepada dinamik kenderaan lebih baik.

2. Masih mengekalkan profil SUV 5-kerusi, Touareg (2018) menampilkan gril krom yang bersambung terus ke lampu utama IQ.Light – LED matrix dan dipadankan sistem kawalan pencahayaan interaktif untuk pemanduan malam. Lampu utama turut dilengkapi 128 unit LED.

3. Bahagian sisi menampilkan garis panjang yang menjalar sepanjang badan kereta, dan gerbang roda maskular bersama padanan rim 21-inci. Belakang Touareg (2018) terserlah lampu LED unik bentuk L dengan lambang  ‘Touareg’ tersergam di tengah but bersama dual ekzos krom di kiri dan kanan difuser.

4. Ruang kabin turut berubah menerusi papan pemuka dwi paparan Innovision Cockpit, terdiri daripada kluster instrumen virtual 12-inci dan skrin tengah 15-inci yang memaparkan sistem infotainment Discovery Premium berasaskan MIB2+ High.

5. Tidak ketinggalan ciri baharu paparan dongak (HID) – 217mm x 88mm – yang dipancarkan terus ke cermin depan turut ditawarkan. Ciri lain dalam kabin termasuk kerusi depan boleh laras dengan fungsi urut pneumatik baharu, bumbung panoramik gelungsur (terbesar dalam barisan model Volkswagen), pencahayaan LED 30 warna dan perincian kemasan kayu, kulit, aluminium dan krom.

6. Dibina berasaskan platform MLB-Evo, Touareg (2018) didatangkan dalam 3 varian enjin: hibrid, V6, dan V8. Volkswagen juga menawarkan versi sistem pacuan semua roda (AWD) 4MOTION sebagai standard yang menampilkan Kawalan Aktif 4MOTION dengan dua mod pemanduan utama, iaitu atas jalanan dan off-road:

  • Jalanan – Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual
  •  Off Road – Snow, Off-Road Auto, Sand, Gravel dan Off-Road

7. Saiz but 113 liter dan boleh ditingkatkan kepada 810 liter, manakala ciri teknikal lain termasuk kawalan peredam elektronik (electronic damping control – EDC), elektromekanikal, imbangan oleng aktif (active roll compensation – eAWS) dan kawalan semua roda.

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV saiz pertengahan mewah Volkswagen Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Volkswagen Touareg (2018)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Amran on 26/03/2018 10:25

      Harga cbu ke malaysia brader? Mmmmm….

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.