Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»7 Fakta Pantas | Range Rover Velar Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM529k
Roda4

7 Fakta Pantas | Range Rover Velar Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM529k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RANGE Rover Velar rasmi dilancarkan Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) beberapa hari selepas spesifikasi ringkas mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) premium itu didedahkan kepada umum.

Model keempat dalam barisan Range Rover itu diperkenalkan di pasaran Britain pada musim panas tahun lalu, manakala nama Velar sebenarnya pernah digunakan dalam siri pasca pengeluaran Ranger Rover generasi pertama pada 1969.

Berikut 7 fakta pantas tentang Range Rover Velar versi Malaysia:

1. Pembeli boleh memilih dua kapasiti enjin petrol berbeza:

  • P250 (2.0L) – Enjin 1,998cc | 246hp (5,500rpm) | Tork 365Nm (1,200rpm) | Kelajuan maksimum 217kmj | Pecutan 0-100kmj 6.7 saat.
  • P380 (3.0L) – Enjin 2, 995cc | 374hp (6,500rpm) | Tork 450Nm (3,500rpm) | Kelajuan maksimum 250kmj | Pecutan 0-100kmj 5.7 saat. 

Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan ZF bersama ciri Drive Select dengan pedal syif dan mod pacuan Sport. JLRM juga bakal menawarkan varian enjin 3.0L nanti.

2. Range Rover Velar ada 2 varian:

  • Velar – lencana P250 di belakang, rim 20 inci rekaan tujuh jejari, bumbung standard, paparan kamera belakang, pedal gear berwarna hitam dan lain-lain lagi.
  • Velar R-Dynamic – lencana P250 dan R-Dynamic, rim 21 inci rekaan 10 jejari dengan kemasan kelabu gelap satin, bumbung panorama, penggayaan badan dengan pek R-Dynamic, paparan kamera keliling dan lain-lain.

Kedua-dua varian didatangkan dengan suspensi pasif dan Pengehad Kelajuan Kawalan Jelajah (Cruise Control Speed Limited – CCSL).

3. Range Rover Velar menawarkan tambahan 2 pilihan rim 22-inci: 7 jejari terpisah dengan warna hitam berkilat; dan 9 jejari terpisah dengan kemasan berlian.

4. Range Rover Velar dijual pada harga lebih setengah juta ringgit:

  • Velar (P250) – RM529,800
  • Velar R-Dynamic (P250) –  RM588,800

Harga adalah termasuk GST kecuali insurans, pendaftaran dan cukai jalan

5. Range Rover Velar menampilkan 8 pilihan warna badan dan 5 trim kabin menarik:

Warna Badan

  • Fuji White (putih)
  • Yulong White (putih)
  • Corns Grey (kelabu)
  • Santorini Black (hitam)
  • Kaikoura Stone
  • Firenze Red (merah)
  • Silicon Silver (perak)
  • Carpathian Grey (kelabu)

Trim kabin

  • Ebony/Ebony
  • Acorn
  • Vintage Tan/Ebony
  • EC’ipse/Ebony
  • Light Oyster/Ebony

6. Range Rover Velar lengkap dengan ciri kenderaan premium terkini:

  • Lampu depan LED matriks penuh untuk kejelasan pandangan dan mengurangkan keletihan mata.
  • Rekaan hendal pintu rata trendy dan unik bagi famili Land Rover. Hendal pintu akan keluar apabila kunci pintu dibuka. Rekaan tersebut menyumbang kepada pekali seretan 0.32 yang meningkatkan kecekapan aerodinamik.
  • Paparan pemandu interaktif 12.3-inci dengan empat tema visual dan paparan penuh 30 navigasi.
  • Ruang kabin Velar dihidangkan sistem infotainment Touch Pro Duo dengan skrin sentuh 10-inci definisi tinggi (HD) bersama antaramuka futuristik, elegan dan intuitif.
  • Pengalaman pemanduan ditingkatkan menerusi ciri paparan dongak (HUD), kluster instrumen virtual TFT, kamera keliling 360°, bukaan pintu but menggunakan isyarat fizikal, dan Bantuan Suluh Tinggi Pintar (HBA-i). Kekuatan casis dipertingkat menerusi penggunaan platform monokok intensif aluminium daripada Arkitektur Aluminium Ringan Jaguar Land Rover.

7. Setiap pembelian Range Rover didatangkan dengan program Land Rover Care, iaitu waranti 5 tahun, 5 tahun servis percuma dan 3 tahun bantuan jalanan.

GALERI
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Harga Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar MalaysiaRange Rover Velar Malaysia
Harga Range Rover Velar Malaysia
Jaguar Land Rover Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Range Rover Velar SUV SUV kompak mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.