Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»7 Model BMW 3 Series Terbaik Sepanjang Zaman
Autotainment

7 Model BMW 3 Series Terbaik Sepanjang Zaman

Han OthmanBy Han Othman07/09/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

bmw-3-series-terbaik-bg
KATA pencinta automotif, anda layak memandu BMW selepas menyukai BMW 3 Series. Jika tidak suka, itu bermakna BMW bukanlah kereta yang diciptakan buat anda. 3 Series ialah model pengenalan bagi sesiapa saja yang mahu berjinak-jinak dengan jenama pengeluar automobil hebat dari Jerman ini.

Diperkenalkan  sejak 1975, 3 Series sebenarnya meneruskan legasi sedan sport kompak yang sememangnya dipuja dan dihormati reputasinya di kalangan fanatik-fanatik BMW. Tetapi, model 3 Series manakah yang layak diangkat sebagai terbaik sepanjang zaman?

7. E21 BMW 323i

bmw-e21- 323i
Susulan kejayaan sedan sport kompak BMW 2002 pada 1962-1976, BMW menyedari betapa penting meneruskan formula 2002 untuk kelangsungan reputasi jenama pengeluar automobil dari Jerman itu. Pada 1975, BMW memperkenalkan kepada dunia model 3 Series generasi pertama yang dikenali sebagai E21 dengan enjin 1.6L 4-sebaris berkuasa 75hp untuk varian 315 hingga versi sporty 320i (110hp) dan 323i (143hp). Walaupun kecil, kuasa itu sebenarnya cukup untuk melonjakkan jentera seberat lebih satu tan itu.

Ingat, 323i ialah kekal sebagai varian paling digemari peminat BMW klasik. Inilah varian BMW paling premium sebelum kehadiran M3 pada 3 Series generasi kedua. E21 ialah 3 Series paling asas yang menjelaskan DNA sebenar tanda nama itu pada generasi selepasnya.

6. E36 BMw M3

bmw-e36-m3
3 Series generasi ketiga muncul dengan M3 generasi kedua. Jika 325i dan 328i ialah kereta hebat, E36 M3 pula ialah model versatil dan serba boleh dalam generasinya. Memperkenalkan enjin S50 6 sebaris dalam berisan M3, inilah enjin yang mencetuskan evolusi enjin fenomena 3 Series seperti S54 bagi model E46. Mampu meledakkan kuasa 240hp hingga 316hp, E36 M3 memberikan persembahan cukup menakjubkan semasa dilancarkan.

5. E90 BMW 335i

bmw-e90-335i
Menjelang kelahirn generasi kelima 3 Series, BMW berdepan persaingan sengit dalam pasaran sedan sport daripada Mercedes, Audi dan Lexus. Inilah taruhannya, E90 335i! Enjin N54 pengecajturbo kembar 6-sebaris dengan kuasa 300hp nyata memberikan kuasa tambahan cukup berguna yang mengatasi julat rev enjin dan masalah jeda turbo (turbo lag).

Bagaimanapun, kekerapan kegagalan pam bahan api sedikit sebanyak mempegaruhi reputasi model ini. Tetapi ia masih kereta terbaik bagi dekad terdahulu dan menjadi antara barisan 3-Series terbaik pernah dihasilkan.

4. E30 BMW 325i

bmw-e30- 325i

E30 tidak begitu menarik minat golongan kaya dan yapis 80-an. Sebaliknya model ini ditujukan khas buat peminat kereta sebenar. 325i ialah model bukan-M paling disukai. Sebabnya, kereta ini menawarkan kombinasi pengendalian hebat, prestasi, ekonomi dan praktikaliti. Enjin M20 6 sebaris sangat lancar dan bertenaga yang bukan saja menjadikan E30 325i seronok dipandu setiap hari, tetapi juga atas trek pada hujung minggu dan berbaloi dibelai manja.

3. E46 BMW M3

bmw-e46-m3
Dengan kuasa 333hp daripada enjin 3.2L 6 sebaris, E46 M3 mampu berentap secara drag dengan AMG dan Corvette sebelum menumpaskan model-model lawan itu di selekoh. Ini ialah model M3 terakhir dikuasakan enjin aspirasi natural (NA) 6 sebaris. Teknologi dibawakan E46 M3 benar-benar membuatkan si pemiliknya bersatu dengan jalan, yakni sesuatu yang jarang ada pada kereta moden hari ini.

2. E90 BMW M3

bmw-e90-m3
Kuasa 414hp pada 8,000rpm daripada enjin V8 4.0L membuatkan pesaing utamanya Audi S4 tidak tidur lena. Sesetengah peminat dan jurnalis permotoran mendakwa enjin V8 E90 M3 lebih halus berbanding model terdahulu dan dikatakan model M3 terpantas setakat ia dikeluarkan.

1. E30 BMW M3

bmw-e30-m3
Paling disukai, diidamkan dan dihormati dalam barisan BMW 3 Series. Walaupun enjin 4 silinder sebaris cuma menghasilkan kuasa antara 192 dan 217hp, tetapi prestasi yang dibekalkan diadun sempurna dengan rekabentuk casis ringan dan lincah. Formula digunakan meletakkan E30 M3 mendominasi perlumbaan kereta touring pada lewat 80-an dan awal 90-an.

Hari ini, E30 M3 dalam kondisi terbaik dapat dijual melebihi harga asal kereta itu. Walaupun ada banyak barisan 3 Series terbaik, tetapi E30 M3 ialah ekspresi mutlak bagi formula asas: pengendalian hebat dan kuasa terbaik berserta stail kontemporari dan bersih.

SUMBER: RoadAndTrack

autotainment BMW BMW 3-Series model BMW 3 Series terbaik sepanjang zaman Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.