Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»6 Stesen LRT Laluan Ampang Tutup Ahad Ini (Sentul Timur-Bandaraya), Tak Patuh Kriteria Operasi
Auto Terkini

6 Stesen LRT Laluan Ampang Tutup Ahad Ini (Sentul Timur-Bandaraya), Tak Patuh Kriteria Operasi

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize31/03/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


OPERASI perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dihentikan bermula 2 April ini.

Dalam kenyataan Rapid Rail Sdn Bhd, operasi di enam stesen tersebut dihentikan kerana tren untuk perkhidmatan antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria operasi ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan perkhidmatan atas faktor keselamatan.

BACA >>> DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
BACA >>> DBKL Marah DBKL: “Apahal La Time Ni Gi Buat Kerja Turap? 🤦🏻‍♂️”

Ini susulan insiden kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja penyelenggaraan sejak 27 Jan lalu.

Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini, sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan semua perkhidmatan bas berkenaan akan beroperasi melibatkan 40 unit dan kekerapan antara 10 dan 15 minit pada waktu puncak, bergantung kondisi trafik semasa.

Selain itu, Rapid Rail Sdn Bhd turut memaklumkan bermula 2 April ini juga, perkhidmatan bas LRT 9 dan bas LRT 10 akan ditamatkan.

Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas akan menggunakan laluan bas khas yang disediakan.

Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang. Kami berterima kasih dan menghargai kesabaran penumpang,” kata kenyataan Rapid Rail.

BACA >>> Prasarana Tambah 300 Bas, Termasuk Bas Mini Elektrik untuk Rapid KL Menjelang 2024
BACA >>> APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta

SUMBER: Bernama

Ampang line LRT Rapid KL Sri Petaling stesen tutuo Transit Aliran Ringan (LRT)
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.