Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge 2017
Auto Terkini

6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge 2017

Han OthmanBy Han Othman19/04/20185 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Vios ChallengeAPA yang membanggakan tentang Toyota Vios generasi ketiga adalah model tersebut bukan saja dapat dipandu sebagai kereta harian, tetapi juga boleh dijadikan jentera berlumba atas trek. Boleh dikatakan, Vios generasi baharu kali ini ialah versi paling versatil pernah dihasilkan pengeluar dari Jepun itu bagi kereta subkompak yang dibikin khas untuk pasaran Asia Pasifik.

Ini bukan cakap kosong, TOYOTA GAZOO Racing (TGR) tampil membuktikannya menerusi penganjuran Vios Challenge membabitkan empat siri perlumbaan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur (2 siri) dan Johor dengan membabitkan saingan daripada pelumba amatur, profesional dan selebriti terkenal Malaysia.

BACA >>> 8 Kelainan Toyota Vios Facelift 2017 yang Patut Anda Tahu

Sekarang mari kita ketahui serba sedikit mengenai TGR dan Vios Challenge dan fakta-fakta penting mengenai festival anjuran divisi permotoran Toyota itu.

1. APAKAH TOYOTA GAZOO RACING?

TOYOTA GAZOO Racing ialah divisyen perlumbaan global yang mewakili komitmen Toyota dalam menghasilkan kereta-kereta lebih baik menerusi penyertaan dalam sukan permotoran. Sejak bertahun lalu, Toyota sudah sedia mencipta nama dalam dunia litar dengan menghantar banyak pasukan menyertai perlumbaan berprofil tinggi daripada Formula Satu (F1) hingga Kejuaraan Enduran Dunia (WEC).

Pada 2015, pasukan itu bersatu di bawah satu label – TOYOTA GAZOO Racing (TGR). Nama tersebut diambil daripada perkataan ‘garage‘ dan ‘zoo‘, yakni misi pasukan untuk menghasilkan suasana yang mana setiap orang saling bekerjasama menambah baik setiap perincian kecil dalam menghasilkan kereta dan servis terbaik.

Selain WEC, TGR turut menyertai perlumbaan antarabangsa lai seperti Kejuaraan Rali Dunia (WRC), Perlumbaan Enduran Nürburgring 24-Jam, Rali Dakar dan NASCAR.

2. APA PULA VIOS CHALLENGE?

Berbeza kejuaraan litar dunia yang mana TGR tampil sebagai peserta bersama pasukan lumba lain, TGR Vios Challenge pula ialah acara utama dalam Festival Perlumbaan TGR. Peserta Vios Challenger pula terdiri daripada pelumba amatur, profesional dan selebriti terkenal Malaysia yang akan berlumba menggunakan jentera Toyota Vios generasi ketiga. Pemenang akan membawa pulang trofi dan beberapa hadiah lain yang akan diumumkan sebelum perlumbaan bermula.

3. SIAPA PESERTA?

Ada tiga kategori peserta yang menyertai TGR Vios Challenge:

  • Promotional Class – Disertai pelumba selebriti
  • Sporting Class – Disertai pelumba amatur dan profesional
  • Super Sporting Class – Disertai pelumba profesional paras teratas.

4. SIAPA PULA SELEBRITI, SIAPA PROFESIONAL?


Menarik tentang TGR Vios Challenge ialah penampilan selebriti popular tanah air yang baru kali pertama berlumba. Malah semua mereka perlu terlebih dulu mengikuti kelas memandu khas anjuran TGR untuk dibekalkan dengan asas-asas berlumba dalam trek seperti cara membrek, mengambil selekoh, memotong, memecut dan mengawal stereng.

Ada 8 selebriti bakal bersaing dalam Promotional Class, iaitu:

  • Fattah Amin
  • Janna Nick
  • Diana Danielle
  • Shukri Yahaya
  • Danny Koo
  • Shawn Lee
  • Geraldine Gan
  • Venice Min

Peserta profesional pula terdiri daripada Keifli Othman, Boy Wong, Kenny Lee, William Ho, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Tengku Djan Ley. Jika anda mengikuti dunia permotoran tanah air dan antarabangsa, nama-nama disebutkan itu tentu tidak asing bagi anda!

5. BILA BERLUMBA?


Pusingan pertama TGR Vios Challenge sudah pun berlalu pada 13 Ogos lalu di litar lumba Batu Kawan, Pulau Pinang. Terbaharu ialah pusingan kedua yang akan berlangsung pada 25-26 November ini di litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Kuala Lumpur. Kesemua peserta bakal berentap dalam 17 selekoh pada litar sepanjang 1.85km.  

Tiket masuk pula ialah PERCUMA! Sesi latihan bermula seawal 9 pagi, manakala perlumbaan kelayakan bermula jam 11 pagi dan final, 4 petang. Tunggu apa lagi!

Toyota Vios Challenge6. JENTERA LUMBA?

Sudah nama pun Vios Challenge, takkanlah berlumba bawa Toyota Camry! Jadi, mestilah model Vios yang digunakan sebagai jentera perlumbaan. Ada sebanyak 40 unit Vios disediakan yang dibikin pasukan Wing Hin Motorsports di bawah pengawasan TRD untuk dijadikan kereta lumba TGR Vios Challenge. Pengurusan dan regulasi perlumbaan pula adalah berasaskan peraturan ketat Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan dibuat di bawah pengawasan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Spesifikasi setiap jentera lumba yang beraksi adalah sama dengan menggunakan alat-alat ganti perlumbaan yang kebanyakannya diambil daripada Toyota Racing Development (TRD) seperti sistem ekzos, suspensi dan kit aerodinamik. Selain itu adalah standard, terutama enjin, manakala rim, tayar dan bahan api menjadi barangan kawalan yang dibekalkan penganjur sepanjang perlumbaan.

Jadi, segalanya adalah tentang kelajuan, kemahiran dan disiplin semata-mata, tiada sebarang ruang untuk eksploitasi sesama pelumba!

Ingat, simpan tarikh ini – 25-26 November!

Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Roda4 sukan permotoran tgr Toyota Toyota Gazoo Racing (TGR) Toyota Vios Vios Challenge
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.