• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 55,000 Pengunjung Banjiri AOS Malaysia 2019! Mini Cooper Hayabusa Jadi Milik Wei Ping

55,000 Pengunjung Banjiri AOS Malaysia 2019! Mini Cooper Hayabusa Jadi Milik Wei Ping

August 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PAMERAN kenderaan kustom dan vintaj Malaysia, Art of Speed (AOS) 2019 yang masuk tahun ke-8 baru saja melabuhkan tirai hujung bulan lalu dengan menyaksikan kehadiran 55,000 pengunjung sepanjang acara berlangsung selama dua hari.

Acara tersebut menghimpunkan ramai pembina dan pembikin, termasuk peminat kereta dan motosikal dalam satu pameran seni kustom tempatan. Ada aneka kenderan siap dimodifikasi dan diubah suai dipamerkan, termasuk galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah menarik.

BACA >>> Art of Speed (AOS) Malaysia 2019: Pameran Kenderaan Kustom dan Vintaj di MAEPS!

Paling dinantikan ialah penyerahan model Mini Cooper yang diubah suai menggunakan enjin Suzuki Hayabusa hasil sentuhan FNG Works kepada seorang pengunjung bertuah, Tham Wei Ping dari Bayan Lepas, Pulau
Pinang.

Tidak ketinggalan, Hausboom dengan kerjasama Hot Wheels mempamerkan kereta skala 1:1, New Beetle Gen 1 sebagai hadiah kepada pembeli Hausboom bertuah pada acara AOS 2019. Kerjasama rasmi itu, yang pertama seumpamanya di Asia, dimenangi Eric Lim dari Kuala Lumpur.

Selain itu, AOS Invitational Car Build Off 2019, dikuasakan Petronas, menyaksikan 7 pembina khas bersaing merebut hadiah tunai RM10,000 (pilihan juri) dan tunai RM5,000 (pilihan awam) yang masing-masing dimenangi Classic Garage dari Johor Bahru, Johor dan Carazee Artwork dari Klang, Selangor.

BACA >>> Dapatkan Hot Wheels Kustom Edisi Petronas di AOS 2019, Terhad 200 Unit Sahaja!

Antara perubahan besar dilakukan penganjur AOS 2019 ialah konsert Sound Circus yang dipindahkan ke kawasan lapang di luar untuk memenuhi permintaan peminat muzik yang semakin meningkat. Barisan selebriti Sound Circus
menampilkan Hujan sebagai kumpulan muzik utama dengan kugiran lain seperti Bittersweet, Masdo, Gerhana Ska Cinta dan Kapow.

Pemenang kategori motosikal dan kereta Best of Show memenangi pakej percutian dan menjadi tetamu khas pada acara MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show ke-28 pada Disember depan.

Pemenang Best Of Show (kereta) ialah Faroib Autosport menerusi Skyline KGC10, Hakosuka (1971), manakala Best Of Show (motosikal) dimenangi Mohd Nasir Morni, Honda EX5 (1995).

BACA >>> 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke AOS2016 - 'Cara Kita Luar Biasa'

GALERI

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AOS 2019, Art of Speed 2019, Auto Terkini, Carazee Artwork, Classic Garage, Eric Lim, Faroib Autosport, Hausboom, Honda EX5, kustom, Mohd Nasir Morni, Skyline KGC10 Hakosuka (1971), Sound Circus, Tham Wei Ping

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my