Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 yang Terpaling Padu Tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain!
Autotainment

5 yang Terpaling Padu Tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain!

Han OthmanBy Han Othman17/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


THE New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain (2023) baru saja dilancarkan pada 16 Februari lalu yang jelas mengukuhkan kehadiran model itu sebagai antara trak pikap pilihan ramai di Malaysia.

Pada harga RM150,938.40, varian paling premium dalam barisan terkini Isuzu D-Max (2023) itu didatangkan dengan ciri terlengkap. Model ini bukan saja menjanjikan enjin berprestasi tinggi, tetapi juga ciri premium yang menepati cita rasa gaya hidup peminat trak pikap masa kini.

Kami senaraikan lima perkara paling padu tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain (2023) serba baharu:

1. LUARAN SPORTY, AGRESIF

Sebagai model versi dipertingkat (facelift), perubahan luaran The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain (2023) membabitkan kemas kini kosmetik seperti rekaan gril baharu, lampu utama projektor Bi-LED automatik, dan ciri lampu LED penuh pada lampu belakang, lampu kabus, lampu signal belok dan lampu siang (DRL).

Trak pikap ini juga ada lampu aluan (welcome light) yang menyala apabila kunci dibuka dari jauh, manakala cermin sisi boleh lipat automatik.

Varian perdana ini juga mendapat warna baharu Islay Grey Mica (kelabu, seperti dalam gambar) dan Dolomite White Pearl (putih). Sudah tentu warna kelabu jadi pilihan kami kerana membuatkan trak pikap ini tampak lebih garang.

Selain itu pemilik juga diberikan rim aloi 18 inci baharu, termasuk kemasan kelabu gelap seakan hitam yang kontras dengan warna badan pada rel bumbung, cermin sisi, hendal pintu, pemijak sisi, bampar depan dan fender.

Tidak dilupakan bantuan pintu but yang memudahkan proses memunggah masuk atau keluar barang di belakang.

2. DALAMAN PREMIUM, SELESA

Menjengah ruang kabin, The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain (2023) menampilkan upholsteri serba hitam. Set kerusi depan dan belakang mendapat material kulit dengan corak bertekstur.

Sil pintu diberikan lampu LED bercahaya apabila pintu dibuka.

Varian ini juga mendapat kemasan sulaman Brown pada panel pintu, papan pemuka, panel kluster instrumen, tombol gear, stereng dan beberapa bahagian lain yang memberikan elemen mewah.

Ciri lain diberikan ialah paparan multi-info (MID) LCD TFT e-LUMAX berwarna 4.2 inci , stereng boleh laras dengan punat kawalan, unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan USB, Bluetooth, WiFi, MirrorLink dan Miracast dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Ada lapan pembesar suara, cermin pandang belakang automalap (auto dimming), dan perakam video digital (DVR) atau dashcam di depan dan belakang. Kerusi pemandu boleh laras elektrik 8-tetapan dengan sokongan lumbar, dan kerusi penumpang depan boleh laras manual 4-tetapan.

Ada tiga port USB disediakan, iaitu dua di depan (Type-C dan Type-A) dan satu di belakang (Type-A), termasuk pengecas wayarles (untuk varian Premium disediakan dengan USB Type-C, varian 4×2 Auto Plus diberikan sebagai Standard).

Tidak dilupakan penyaman udara dual-zon, dan turut disediakan ventilator penyaman udara belakang. manakala kerusi belakang boleh lipat 60:40

3. ENJIN PADU BERKUASA

The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain (2023) dijana trenkuasa 3.0L Blue Power Turbo Diesel atau perinciannya, enjin 4-silinder sebaris VGS Turbo Intercooler Diesel 2,999cc DOHC 16 injap yang menghasilkan kuasa 190ps @ 3,600rpm dan tork 450Nm @ 1,600rpm-2,600rpm.

Sistem transmisi jenis automatik 6-kelajuan dengan Sequential Shift untuk pemanduan lebih lancar dan selesa.

Ada ciri Kunci Diferensial Belakang (Rear Differential Lock, RDL) berfungsi memberikan ekstra traksi dan kestabilan ketika menempuh permukaan jalan off-road. Ciri ini bukan hanya untuk X-Terrain, tetapi juga ada pada semua model Isuzu D-Max 4×4 facelift, termasuk versi kabin tunggal Single Cab.

Sistem suspensi menggunakan double wishbone, spring koil dan stabiliser dengan absorber gas di depan dan spring leaf semi-eliptikal dengan absorber gas di belakang.

Sebagai model off-road, trak pikap ini dilengkapkan tombol Terrain Command untuk pemandu memilih mod pacuan mengikut situasi pemanduan untuk kawalan maksimum atas pelbagai permukaan jalan.

Bahagian bawah kereta dipasangkang pelindung lasak. Trak pikap ini juga mampu meredah kedalaman air setinggi 800mm.

4. CIRI MODEN TERKINI

Antara ciri-ciri moden menarik yang ada pada The New Isuzu D-Max 3.0L 4×4 AT X-Terrain (2023) ialah:

  • Entri tanpa kunci (keyless) dengan fungsi penghidup enjin kawalan jauh (remote start engine).
  • Lampu ambien untuk pencahayaan dalam kabin.
  • Lampu balik rumah Follow-Me-Home.
  • Kunci pintu Walk-Away – kereta akan dikunci automatik apabila pengguna berada 3 meter dari kereta.
  • Wiper automatik
  • Kaca cermin depan dan cermin tingkap kalis sinaran infra-merah.
  • Lampu sambut Welcome Light.

5. TEKNOLOGI KESELAMATAN CANGGIH

Sebagai varian perdana, trak pikap ini memperkenalkan Teknologi Keselamatan Menyeluruh Isuzu, ALLSIGHT, terdiri daripada lebih 30 ciri keselamatan yang dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), ciri-ciri keselamatan pasif dan aktif .

Antara ciri-ciri ADAS diberikan adalah: Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Bantuan Belok, Mitigasi Salah Tekan Pedal Automatik (AT PMM) Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Henti dan Mula (Stop and Go), Pengehad Halaju Manual (MSL), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Amaran Tukar Lorong (LDW), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Brek Multi-Perlanggaran (MCB).

Ciri-ciri keselamatan aktif diberikan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Sistem Atasi Brek (BOS), Signal Henti Kecemasan (ESS), ISOFIX dengan pautan atas, Monitor Pandang Keliling (AVM), kamera undur, sensor depan dan belakang.

Ciri-ciri keselamatan pasif pula terdiri daripada 7 beg udara, rasuk impak pintu sisi, kolum stereng boleh jatuh apabila kemalangan, pelindung tulang leher (whiplash) pada semua kerusi.

ALL-New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023) Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023) Isuzu Malaysia Roda4 Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Honda henti pengeluaran tiga model EV
Auto Terkini

Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

14/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Roda4

#Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.