• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 5 Tabiat Buruk yang Penunggang Motosikal Kena Buang Jauh

5 Tabiat Buruk yang Penunggang Motosikal Kena Buang Jauh

August 4, 2020 By Wahid Leave a Comment

801
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP kalangan kita ada macam-macam tabiat tersendiri ketika makan, minum dan lain-lain. Tidak terkecuali juga apabila menunggang motosikal. Ada tabiat buruk, dan ada tabiat yang baik.

Namun, sesuatu tabiat buruk boleh jadi satu kebiasaan jika kerap dilakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ambil contoh tabiat melanggar lampu isyarat. Jika seseorang penunggang itu ada tabiat suka melanggar lampu merah, dia memang akan sentiasa melakukannya apabila ada peluang. Sedar tidak  sedar nasibnya berakhir di atas jalan.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak

Apakah tabiat buruk yang patut seseorang penunggang itu hindarkan.

1. TIDAK KAWAL EMOSI

Biker raging
rider-rage

Padah mungkin menunggu kita jika kita tidak mengawal emosi. Ya betul, pemandu kereta atau pengguna jalan raya lain yang bersalah kerana memangkah jalan kita, tetapi lebih baik kita jangan cuba hendak sekolahkan dia. Risiko kepada kita lebih tinggi dan kita yang akan kalah jika pemandu itu bertindak balas dengan melanggar kita (sebagai contoh). Elakkan provokasi!

2. MENUNGGANG MELULU

tunggang-laju
rider-cilok

Ada sesetengah penunggang langsung tidak mengendahkan keselematan diri atau pengguna jalan raya lain. Mereka menunggang secara melulu dengan mencelah sana sini, dan memecut di kawasan tidak sepatutnya.

Motosikal adalah kenderaan yang sangat senang dihayati. Namun, kita harus menilai apa yang akan terjadi sebelum kita melakukan sesuatu. Tiada guna kalau kita mengejar keseronokan sementara yang akan membawa penyesalan sepanjang hayat.

3. TIDAK FOKUS, LEKA

rider-main-handphone
rider-main-handphone-2

Sudah banyak statistik menunjukkan kebanyakan kemalangan berlaku di kawasan tidak jauh dari rumah atau tempat kerja si mangsa. Sebabnya, kawasan tersebut membuatkan kita selesa kerana sering dituju. Malangnya, keselesaan tersebut boleh membawa kepada kelekaan.

Kita akan hilang fokus apabila terleka. Namun, kita harus ingat jalan raya awam yang selalu kita lalui itu boleh bertukar pada bila-bila masa.

BACA >>> Nampak Remeh, Tapi 4 Perkara Ini Boleh Jahanamkan Motosikal

4. LANGGAR UNDANG-UNDANG

motosikal-langgar-lampu
motosikal-berlumba

Undang-undang jalan raya wujud demi keselamatan sejagat, walaupun sesetengah pengguna melihatnya  sebagai perkara remeh. Perkara paling menjengkelkan di Malaysia adalah penunggang motosikal kerap melanggar lampu merah. Adakah susah untuk menunggu beberapa saat atau minit?

Patuhilah undang-undang demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

5. TIDAK MAHU BELAJAR, SUSAH DITEGUR

Kita harus sentiasa mengkaji cara tunggangan sendiri. Penunggang profesional berbuat demikian untuk menang perlumbaan, sebaliknya kita berbuat demikian untuk selamat. Ini harus dilakukan semua penunggang tanpa mengira jenis motosikal yang anda tunggang.

Kita akan jadi lebih pro aktif jikamengambil inisiatif untuk meningkatkan kecekapan berbanding suka menyalahkan orang lain.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

Artikel Berkaitan

801
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Perangai Buruk Penunggang, Tabiat Buruk Penunggang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my