Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Perkara Penting Tentang Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) Anda Perlu Tahu
Roda2

5 Perkara Penting Tentang Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) Anda Perlu Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELAKSANAAN standard piawaian ketat Euro5 disifatkan sebagai satu hukuman ‘bunuh’ ke atas banyak model motosikal legenda khususnya dari Jepun.

Regulasi itu memberi tamparan hebat terhadap segmen supersport di Eropah, sehingga menyaksikan model popular seperti Honda CBR600RR, Suzuki GSX-R600, Yamaha YZF-R6 dan Kawasaki Ninja ZX-6R ditamatkan jualan.

Kini, model Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) kembali ke Eropah dengan beberapa pembaharuan selain berjaya mematuhi piawaian Euro5. Sebelum bercerita lanjut, ini poin ringkasan tentang model Ninja ZX-6R (2024).

KELEBIHAN

  • Satu-satunya pilihan motosikal supersport baharu jenama Jepun dengan 4-silinder sebaris dan sah ditunggang di jalan raya awam di Eropah.
  • Naik taraf teknologi menjadikan model 2024 lebih diminati pembeli daripada opsyen ZX-6R terpakai.
  • Menerima gayaan baharu yang lebih menarik.

KEKURANGAN

  • ZX-6R (2024) banyak berkongsi komponen dengan model lama.
  • Output kuasa enjin piawaian Euro5 lebih rendah berbanding model generasi terdahulu.
  • Masih kekurangan IMU yang diperlukan untuk teknologi bantuan tunggangan termaju.

PERINCIAN KAWASAKI NINJA ZX-6R (2024)

HARGA

  • Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) ditawarkan pada harga jualan asas £10,599 (RM60,653) dan akan berada di rangkaian pengedar di Eropah pada Oktober ini.
  • Sebagai perbandingan, ZX-6R pernah dijual pada harga £9,699 (RM55,519) pada tahun 2019. Ada sebilangan pengedar menjual model terpakai ZX-6R dengan jarak perbatuan rendah pada harga £10,000 (RM57,233).
  • Untuk model trek, Yamaha R6 Race berharga £12,900 (RM73,832) manakala R6 GYTR dijual pada harga £17,800 (RM101,876).

ENJIN & PRESTASI

  • Disebabkan perlu akur dengan syarat emisi baharu, output kuasa ZX-6R menjadi lebih rendah iaitu 122hp. Bagaimanapun, Kawasaki mendakwa kuasa boleh naik sehingga 127.7hp dengan bantuan ram-air.
  • Model ZX-6R sebelum ini menawarkan kuasa 128hp tanpa bantuan ram-air. Data kuasa itu pun sebenarnya berkurangan sedikit berbanding 129.3hp yang ditawarkan versi ZX-6R tahun 2013 hingga 2018.
  • Penurunan kuasa pada model 2024 menyaksikan output puncak dicapai pada 13,000rpm. ZX-6R edisi 2023 mencapai kuasa puncak pada 13,500rpm.
  • ZX-6R (2024) menerima pembaharuan pada sistem ekzos (exhaust header, collector dan silencer) serta rombakan profil aci sesondol dan bahagian injap untuk menambah baik emisi serta meningkatkan julat kuasa pertengahan.
  • Ada pilihan mode kuasa Sport, Road, Rain dan Rider (boleh ubah tetapan), sistem QuickShifter standard dan tiga tahap kawalan cengkaman (Kawasaki Traction Control – KTRC).
  • Bagaimanapun, model baharu itu tiada IMU yang menyebabkan ZX-6R gagal dilengkapi teknologi Kawalan Cengkaman Belok.
  • ZX-6R (2024) menerima instrumen meter digital TFT 4.3 inci berwarna dan ciri sambungan telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki RIDEOLOGY

SUSPENSI & BERAT

  • Sama seperti generasi terdahulu, ZX-6R (2024) hadir dengan fork 41mm Showa SFF-BP dan sistem monoshock (belakang) Uni-Trak. Kedua-dua suspensi itu boleh laras sepenuhnya untuk redaman, mampatan dan prabeban.
  • Rim aloi 17 inci dipinjam daripada varian lama dengan saiz tayar sama iaitu 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang). Untuk model 2024, Kawasaki menggunakan tayar baharu iaitu Pirelli Diablo Rosso IV.
  • Model Kawasaki Ninja ZX-6R ABS terdahulu seberat 194kg tetapi model 2024 dengan brek ABS pula lebih berat iaitu 198kg.

LEBIH SELESA

  • Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) didatangkan dengan set fairing hadapan dengan set lampu LED penuh baharu dan lampu signal LED.
  • Bahagian hadapan dan visor angin menerima sedikit perubahan rekaan untuk mengurangkan kesan pukulan angin.
  • Ergonomik tunggangan tidak berubah kerana model 2024 masih menggunakan pelana, tangki minyak, casis dan suspensi model lama.

SISTEM BREK

  • ZX-6R masih menggunakan kaliper 4-piston Nissin seperti model terdahulu menandakan tiad perubahan terhadap prestasi pembrekan.
  • Brek cakera jenis konvensional atau bulat dipilih untuk menggantikan cakera berbentuk kelopak (petal), berukuran 310mm iaitu saiz sama seperti superbike ZX-10R.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) adalah ciri standard untuk pasaran Eropah tetapi di Amerika Syarikat, pelanggan ada ditawarkan dengan varian tanpa ABS (2kg lebih ringan dan lebih murah).
autoterkini Kawasaki Ninja ZX-6R (2024) Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition roda2 sportbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    13/03/2026
    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
    Auto Terkini

    Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

    09/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.