• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar

#TahukahAnda: 5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar

March 18, 2016 By Azhan O 69 Comments

17.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA semua tahu kereta memerlukan minyak enjin supaya dapat beroperasi dengan lancar. Peranan utama minyak enjin adalah melincirkan komponen bergerak dalam enjin, melindungi daripada kakisan karat dan menjaga kereta daripada enapan dan masalah asas enjin (dengan aditif detergen minyak moden).

Namun, fakta mengenai minyak enjin yang kita ketahui tidak semuanya benar atau sekadar mitos. Misalnya, kita tidak semestinya menukar minyak enjin setiap 5,000km dan warna minyak enjin gelap bukanlah bermaksud ia sudah kotor.

PanduLaju dalam artikel kali ini akan menyenaraikan lima mitos mengenai minyak enjin yang sering disalah faham oleh pemilik kereta. Sedikit pengetahuan di sini mungkin menyelamatkan wang poket anda. Bacalah...

1. TANDA 'W' PADA LABEL 10W-30 BERMAKSUD 'WEIGHT' (BERAT)

minyak-hitam-koleksi-pandulajudotcomdotmy

Apabila membeli minyak enjin, penting untuk mengetahui kelikatan minyak (viscocity) yang boleh juga disamakan dengan ketebalan. Semakin kurang kelikatan, lebih lancar pergerakan minyak dalam enjin dan mudah melincirkan komponen yang bergerak.

Minyak enjin terbaik memiliki kelikatan yang tidak terlalu tinggi (tebal) hingga sukar melincirkan enjin, atau kelikatan terlalu rendah (nipis) seakan air. Ada 2 cara kelikatan minyak diukur:

  • Gred-tunggal
  • Gred-multi.

SAE30 ialah tipikal rating gred-tunggal, iaitu ujian dilakukan Persatuan Jurutera Automotif (SAE) ke atas minyak enjin menerusi peranti seperti tiub, termasuk merekodkan masa (dalam saat) yang diambil minyak itu untuk mengalir dari pangkal ke hujung tiub.

Rating kelikatan ialah nombor saat yang digenapkan kepada perpuluhan terhampir.

Jadi, minyak SAE30 mengambil masa 30 saat untuk mengalir melalui tiub tersebut. Rating kelikatan tunggal kadangkala dipanggil 'berat' (W) minyak. Namun, kelikatan minyak juga bergantung kepada suhu, sedangkan rating kelikatan tunggal hanya mewakili aliran minyak ketika cuaca panas. Apa akan berlaku jika anda menghidupkan kereta pada pagi musim sejuk yang bersalji?

Jawapannya, minyak akan mengalir perlahan. Di sini, rating kelikatan sejuk juga penting, dan rating gred-multi membolehkan anda mengetahui tahap kelikatan sama ada pada suhu sejuk atau panas.

Bagi minyak 10W-30, angka 30 bersamaan rating kelikatan SAE30 bagi minyak panas, manakala 10W mewakili rating kelikatan berdasarkan sistem rating standard dibangunkan SAE bagi penggunaan minyak ketika musim sejuk.

Kesimpulannya, W adalah Winter (Musim Sejuk) dan bukan 'Berat'!

Apapun, pengguna Malaysia tidak perlu bimbang kerana musim hujan tidak termasuk dalam kategori musim sejuk.

2. MINYAK BERTUKAR HITAM SUDAH KOTOR DAN PERLU DITUKAR

minyak-enjin-hitam-pandulajudotcomdotmy

Jika anda teliti mengenai penjagaan kereta, anda mungkin bimbang mengenai minyak enjin kotor yang menyebabkan enapan dalam enjin. Anda tarik tolok pengukur dan periksa warna minyak pada indikator. Apa yang anda dilihat, minyak sudah hitam dan tiada lagi warna kuning cerah seperti minyak yang baru ditukar. Menurut kefahaman anda, minyak itu perlu ditukar segera. Benarkah?

BACA >>> Bilakah Tempoh Anda Sepatutnya Tukar Minyak Enjin?

Salah. Faktanya terbalik. Jika anda menggunakan minyak enjin detergen (dan minyak enjin moden lain yang memiliki aditif detergen), minyak itu sebenarnya mampu bekerja seperti sepatutnya dengan menyebarkan partikel halus (yang mampu menyebabkan enapan enjin), dan mengapungkannya dalam minyak itu sendiri supaya enapan tidak terbina.

Sebab itulah minyak kelihatan gelap dan sama sekali tidak menghalang minyak daripada melakukan tugas melincir dan melindungi permukaan logam dalam enjin. Sudah tentu keupayaan minyak terhad dalam mengapungkan partikel di dalamnya dan akhirnya perlu juga ditukar apabila sudah tepu.

Anda cuma perlu mematuhi selang masa disyorkan pengeluar untuk menukar minyak enjin dan bukan kerana warna minyak bertukar hitam.

3. MESTI TUKAR MINYAK ENJIN SETIAP 5,000KM

tukar-minyak-hitam-pandulajudotcomdotmy

Dulu, hampir semua pengeluar automobil menyarankan minyak enjin ditukar bagi setiap 5,000km. Penggunaan minyak enjin yang melepasi had tempoh akan menyebabkan enapan berlaku yang bukan hanya menyebabkan prestasi kereta terjejas, malah berisiko merosakkan komponen bergerak dalam enjin.
Fakta itu tidak lagi 100 peratus tepat. Minyak enjin detergen moden yang melalui proses penambahbaikan kelikatan minyak dan penemuan kejuruteraan auto terbaik membolehkan sesebuah kereta menukar minyak enjin dengan jarak perjalanan mencecah 12,000km.

Ya, anda masih tetap akan mendengar mengenai angka 5,000km, tetapi kebanyakkan kenyataan itu dibuat oleh pihak penjual minyak, termasuk pihak berautoriti dalam industri automobil. Namun, jangan pula dilupakan laporan pengguna seperti disiarkan majalah Consumer Reports (CR) di Amerika Syarikat yang tegas mengetepikan mitos berkenaan.

BACA >>> Minyak Enjin Petronas Syntium SE Dirumus Khas Untuk Kenderaan Proton

Menurut CR, kecuali anda memandu di bawah keadaan sukar yang luar biasa atau kerap memandu dalam situasi trafik henti-gerak, amalan menukar minyak enjin dengan jarak perjalanan 12,000km sepatutnya tidak akan menjejaskan enjin kereta anda.

4. CAMPURKAN ADITIF MINYAK ENJIN UNTUK TAMBAH 'POWER'

aditif-minyak-enjin-pandulajudotcomdotmy

Benar, aditif mampu menambahkan prestasi enjin. Tetapi syaratnya, aditif itu memang sudah siap ditambah ke dalam minyak.

Apa saja jenama minyak enjin bereputasi menawarkan aditif yang membantu meningkatkan indeks kelikatan dengan julat suhu yang mampu mengalir baik dalam enjin, selain memberikan sifat detergen yang melindungi enjin daripada enapan. Banyak juga minyak enjin yang mempunyai perencat karat untuk melindungi kakisan, dan bahan kimia untuk melindungi permukaan metalik.

Dengan kehadiran semua aditif itu, tindakan mencampurkan aditif tambahan mampu mencairkan minyak yang sudah sedia cair, sekali gus mengurangkan keberkesanan pelincir tersebut. Periksa manual kereta anda untuk melihat jika ada sebarang aditif khas diperlukan. Setakat ini, rata-rata kereta tidak memerlukan sebarang aditif tambahan kecuali beberapa enjin prestasi tinggi jenis eksotik.

5. MINYAK ENJIN SINTETIK PUNCA KEBOCORAN

minyak-sintetik-pandulajudotcomdotmy

Pada 1970-an, apabila minyak enjin sintetik (yang bukan hanya berasaskan petroleum, tetapi bahan kimia berasaskan stok seperti polyalphaolefin) menjadi popular, minyak itu gagal berfungsi baik dengan gasket dan penyendat dalam enjin kereta.

Minyak berkenaan menyebabkan penyendat mengecut, tidak seperti minyak enjin berasaskan petroleum, sekali gus menyebabkan kebocoran minyak misteri yang dapat dilihat di kawasan parkir dan garaj. Sesetengah pengguna masih takut menggunakan minyak sintetik kerana bimbang berlaku kebocoran dan memutuskan kekal dengan minyak berasaskan petroleum.

Ketakutan itu sebenarnya tidak berasas.

BACA >>> #ApaNakBuat: Aduh, Aku Tersalah Isi Minyak Kereta!

Pengeluar minyak beberapa tahun lalu sudah pun melakukan formulasi semula minyak enjin supaya masalah pengecutan tidak lagi berlaku. Ada beberapa punca yang menyebabkan minyak sintetik bocor, sekurang-kurangnya apabila anda menggunakan ia pada kereta lama yang sudah dipandu puluhan tahun menggunakan minyak berasaskan petroleum.

Minyak sintetik boleh membersihkan enapan minyak di penyendat yang mungkin menyekat retakan halus pada penyendat, sekali gus menyebabkan kebocoran.

Masalah ini tidak akan berlaku pada kereta baru, tetapi jika anda masih memandu kereta yang sudah berusia lebih 15 tahun, anda mungkin tidak mahu membuat keputusan terdesak untuk beralih kepada minyak sintetik.

Related

17.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: adiitif minyak hitam, kelikatan, minyak enjin, minyak hitam, tukar minyak hitam

Comments

  1. omar says

    March 18, 2016 at 6:46 PM

    info yang baik

    Reply
  2. Raayeop says

    April 1, 2016 at 7:13 PM

    Bagus artikel pasal minyak enjin ini. Kalau nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada >70 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Reply
  3. nak tau jep says

    June 2, 2016 at 5:41 PM

    Nak tanya juga persoalan di minda ni, bolehkah minyak hitam lori aka (HDEO) masuk dalam motosikal ( yang klas basah) ? Tidak rosak kah..boleh menyebablan clutch splitt ? Mitos atau Fakta ?

    Reply
    • Otai says

      May 16, 2017 at 10:38 PM

      https://imotorbike.com/2017/04/wheel-chatter-part-3-snake-oil/#.WPoO1cgRVnE

      Reply
  4. tumpang tanya says

    August 18, 2016 at 2:41 PM

    nak tanya.kalau tukar2 minyak hitam xjadi masalah ke? cth laa..bln lepas pakai helix next service pakai yg produa punya minyak..sbb helix dah abiz d jual. ada masalah ke kalau utk kancil.. terima kasih.

    Reply
    • ABG GYL says

      August 18, 2016 at 9:12 PM

      Adalah lebih baik jika kita kekal guna 1 jenama yang sama.

      Reply
      • Melayu kerana Nama says

        December 6, 2019 at 2:52 PM

        faham makna yang dia sampaikan ABG GYL....
        tumpang tanya says : helix dah abis di jual..

        xfaham soalan ke?
        kalo produk tu dah xda..cari pun dah xjual so kena la tukar jenama lain..
        memang diakui tukar2 jenama ni xelok..tapi situasi dia tanya bro xfhm tu..
        nak bantu bantu betul2..jangan kerat jalan ja buat orang tertanya2..
        sebab tu pepatah melayu pernah cakap "melayu kekal mundur"
        akibat nya dari ini lah..ilmu nak kongsi sekerat2 camtu..kongsi betul2..
        sama2 akan maju..lagi2 bantu bangsa sendiri..
        nak saya comparekan dgn bangsa cina tak??
        meh sini saya sekolah anda..kenapa bangsa cina maju??sebab mereka tidak lokek ilmu sesama bangsa dan tolong bangsa sendiri..bangsa melayu??fikir2 kan lah ea..jangan mara kan bangsa cina kalo one day mereka pegang MALAYSIA!
        jangan terperanjat taw..

        so utk kes ditanya jawapan nya:
        sekiranya jenama yang anda maksudkan sudah tidak jual dipasaran sebaiknya guna jenama lain dan guna jenama itu untuk seterusnya dan akan datang...jangan tukar2 sebab memang tidak elok untuk enjin..
        moga memanfaat 🙂

        Reply
  5. ahmad affendy says

    October 1, 2016 at 6:28 PM

    saya pakai motosikal sym sport rider 125i..dan nak tukar minyak 4t baru..saya beli minyak brand petronas syntium moto 4sx..adakah sesuai dengan kondisi motosikal baru?

    Reply
  6. Nazri Mohammad says

    November 2, 2016 at 9:37 PM

    Saya menggunakan proton wira 2009 dengan. 200 kilometer. Pendapat tuan, jenama minyak yang baik dan berapakah gred yang paling sesuai. Terima kasih.

    Reply
    • Pomen says

      November 23, 2016 at 1:02 PM

      castrol magnatec semi 10w-40 baik di gunakan

      Reply
  7. Mohamad says

    November 11, 2016 at 11:00 AM

    Saya guna minyak D’Million Fully Synthetic 5W/50 utk Toyota Innova saya. Boleh guna sehingga 15,000km dan siap mengandungi 12% engine treatment, additive dan Anti Friction. Enjin jadi lebih senyap dan lancar. Pick up bertambah. Memotong lebih confident walaupun pada kelajuan lebih dari 110km/h.
    Petrol juga jimat. Pada harga RON95 RM1.95/l saya masukkan full tank. Selepas jalan sejauh 395km saya isi semula full tank cuma RM71 sahaja iaitu RM0.18 sekilometer. Sebelum guna minyak D’Million ini average ialah RM0.21 sekilometer.
    Siapa yg berminat nak guna minyak D’Million ini boleh Whatsapp saya 019-4587624.

    Reply
  8. Hafiz says

    December 29, 2016 at 1:44 AM

    Bos..sy pakai myvi yg guna castrol semi syntetic 10w40..kalau sy nak beralih arah ke fully syntetic blh ke bos?atau itu dah melebihi yg sepatutnya..adakah performance enjin lebih baik dgn guna fully syntetic..tq

    Reply
    • ABG GYL says

      December 29, 2016 at 4:40 PM

      Boleh. Cuma kami galakkan guna jenama yang sama. Selepas guna fully, kami sarankan maintain kepada fully.

      Reply
  9. hanis says

    January 5, 2017 at 7:47 PM

    Tuan, sy pakai wira 1994 1.5, minyak hitam selalu kering ble perjalanan jauh tp takde leaking. Minyak hitam apa ssuai utk kerete lame cm tu?

    Reply
    • Danial says

      May 19, 2019 at 9:13 PM

      Ni minyak itam meruap.. kena pakai yg tahan panas dgn lebih likat

      Reply
  10. nasir says

    January 9, 2017 at 4:04 PM

    as,salam..jika krete lame..boleh ke pakai fully synthetic atau semi synthetic

    Reply
  11. wan says

    January 15, 2017 at 12:19 AM

    Slmt mlm.. nak tanya saya guna proton saga blm . Skrg dah 9 thn guna... minyak hitam ape yg sesuai digunakan... sblm ni saya guna shell helix 15w 40..

    Reply
  12. Sufiy says

    January 15, 2017 at 4:37 PM

    Asslm.sy guna kelisa second hand thn 2004.mileage dah lebih 100,000.setiap hari sy guna ke tempat kerja 50 km pegi&balik.minyak enjin ape yg sesuai utk kereta sy ya?t.kasih

    Reply
  13. Wan says

    January 21, 2017 at 2:40 AM

    Sy dah 5bln lebih dari tarikh sepatutnya tukar myk hitam kerana saya jrg pakai kereta dan selalu panaskan enjin kereta setiap 2hari sekali..so adakah sy perlu tukar myk hitam sbb br guna dalam 3000km shj dari servis sblm ini dan adakah myk hitam berketul dan ad tarikh expired itu benar?

    Reply
  14. Mahirah says

    February 27, 2017 at 10:30 AM

    Ramai yang dah try hdeo ni. kawan pun hdeo user. Shell Rimula semi R5 LE.

    Reply
  15. johor says

    February 27, 2017 at 10:32 AM

    sy pengguna hdeo. semi synthetic shell rimula R5.

    Reply
  16. Along says

    April 25, 2017 at 4:57 PM

    Salam 1Malaysia. Saya nak bertanya minyak pelincir yg sesuai untuk kenderaan Lexus RX350 3500cc tahun 2008.

    Reply
  17. ariff says

    May 14, 2017 at 4:25 PM

    salam tuan..minyak usa seperti 76 atau kendall sesuai tak digunakan untuk kereta2 di malaysia?saya guna minyak kendall 10w-30 untuk myvi lagi best...so far xde masalah leaking da 2 kali guna cuma nak tau long term minyak dari USA ni ada kesan negative pada kenderaan cuaca di malaysia?

    Reply
  18. Org minyak says

    May 15, 2017 at 9:25 AM

    Masalah kita kt malaysia ni ialah lambakan minyak hitam tak original. Minyak terpakai yang di tapis semula. Minyak ni merosakkan enjin. Ramai yg tak sedar. Enjin mudah overheat & jem. Valve bunyi bising. Byk kedai sparepart jual. Nk untung banyak. Botol tulis shell, castrol. Tp isi nya taktau minyak ape. Taktau KPDNKk buat ape. Aku skrg kalau nk beli minyak, aku beli kt stesen minyak aje.

    Reply
  19. Enzuin Julek says

    May 16, 2017 at 1:06 PM

    Bagus untuk share imfor yg baik tentang kete....

    Reply
  20. ismail bin yon says

    May 16, 2017 at 4:29 PM

    nak tanya kereta mitsubshi triton saya minyak enjinnya bercampur diesel. saya baru tukar enjin baru.apakah yang menyebabkan perkara itu berlaku.
    kereta triton 2.5 cc

    Reply
  21. Si jantung hati says

    June 5, 2017 at 2:34 AM

    Rating viscosity yg sesuai kat malaysia bg saya 10w-40,15w-40,20w-40 dan 20w-50...itu pendapat saya sendiri...sebab saya sesuai pakai 15w-40...dulu pakai 10w-40...yg 10w-40 tu kebanyakannya minyak 100% full synthetic rating dia yg selalu jumpa...skrg saya pakai shell rimula r4x 15w-40 (minyah HDEO,minyak lori)...saya pakai yg ty sbb ada API SL(boleh pakai kat enjin petrol,tapi rating lama la)...tp sayang dia xdak JASO:MA atau JASO:MA2...yg ada cuma JASO:DH-(rating diesel utk jepun) ja...bg saya HDEO paling terbaik ialah HDEO Petro Canada Duron-E 10w-40 full synthetic sbb ada JASO:MA2 dgn API:SM..harga mahal,kadang2 dealer xdak stock sbb x ramai yg pakai yg tu...last sekali saya beralih dkt rimula r4x 15w-40 ja...sng dpt yg tu...kalau ada jual kt kedai r4x tu jgn beli...risau terkena minyak recycle ja...beli kt stesen terus...yg duron e tu kena beli dkt dealer sbb minyak ni import...kt kedai biasa ada jual tp x bnyak yg jumpa...kedai2 tertentu saja ada...

    Reply
  22. Shah says

    June 14, 2017 at 11:51 AM

    Sesiapa yg hendak guna minyak engine Fully synthetic buatan United States seperti brand Amsoil, Valvoline dan BMW, boleh la WhatsApp saya 012-915 4001

    Reply
  23. Hanif says

    August 9, 2017 at 12:59 PM

    Bos, tumpang tanya. Minyak hitam ape yg bagus untuk kereta saya. Mazda lantis turb0? Sebelum ni sy guna castrol 15w40. Teringin nk pakai syntethic. Boleh ke enjin lama pakai syntethic

    Reply
  24. Aziz says

    August 15, 2017 at 5:33 PM

    Salam klo pki minyak engine diesel dkt kereta ada masalah ke.

    Reply
  25. roy says

    August 25, 2017 at 9:58 PM

    salam bossku..krt sya proton iswara lmst..klu guna minyk ADITIF bagus jga ka?..

    Reply
  26. ibrahim says

    September 19, 2017 at 5:36 PM

    W bermaksud 'winter'....

    Reply
  27. hafaz says

    September 27, 2017 at 8:22 PM

    saya menggunakan kereta persona tahun 2010 minyak hitam yang sesuai untuk kereta saya...? buat masa ini saya mengunakan 10/40 adakah bagus untuk kereta saya

    Reply
    • ABG GYL says

      September 30, 2017 at 10:40 PM

      Tiada masalah

      Reply
  28. Syarif says

    November 2, 2017 at 4:51 PM

    good inform

    Reply
  29. Azrul says

    January 17, 2018 at 12:53 PM

    Selamat Sejahtera,
    Saya menggunakan proton wira auto 1997 1.5,jika saya menggunakan minyak enjin semi sintetik bagus atau tidak, atau ada saranan tuan jika ada yang lebih baik perlu saya gunakan

    Reply
    • ABG GYL says

      January 17, 2018 at 6:04 PM

      Untuk kereta lama, tuan boleh cuba shell. Baru-baru ni Shell ada memperkenalkan minyak baharu khas untuk kereta yang sudah berusia lebih dari 10 tahun.

      #sekadarcadangan

      Reply
  30. Kuala Lumpur Chiangrai says

    March 3, 2018 at 9:55 PM

    Selamat sejahtera.
    Kenderaan saya lori dan pickup 4x4 menggunakan pelincir Jenama Mobil Delvac Mx 15w 40 dan Caltex DELO 400 (kini upgrade kpd DELO 400 MGX).

    Kedua2 jenama ini ialah HDEO Multigrade dgn Caltex Delo mendahului dari segi performance kenderaan2 saya selama ini.

    Untuk Pickup 4x4:
    Caltex Delo 400Mgx 15w 40 interval 20,000km.
    Engine sgt durable,sangat jimat pengunaan diesel,smooth,senyap dan overall lancar,
    Lasak dan lancar.

    Untuk Lori :
    Saya run sehingga 55,000km lancar dan minyak masih kelihatan tidak hitam.
    Sangat lasak.

    Saya telah reduce downtime banyak dalam penggunaan diesel engine oil ini.

    Harga utk 1 pail 18litre yg saya beli ialah sekitar antara rm 195 - rm 220 selama 6 tahun ini.

    Untuk penggunaan 4x4 ialah 6.5 litre jika tidak tukar oil filter dan 7 litre jika tukar oil filter.

    Sangat jimat dan sgt win utk saya.

    Reply
  31. hafiz says

    March 5, 2018 at 4:34 PM

    Salam..ape kesan yer klu isi minyak enjin lebih dr sukatan(maksimum)..myvi tahun 2009

    Reply
  32. Sham Sani says

    March 10, 2018 at 4:39 PM

    Perkongsian yang amat menarik. Jelas antara mitos dan realiti. Ilmu yang sepatutnya diketahui oleh pemilik kenderaan dan bakal pemilik kenderaan. Ini bagi mengelakkan ditipu dan tertipu.

    Reply
  33. Hafib says

    May 4, 2018 at 10:37 AM

    Saya memandu proton wira SE 1.5 tahun 2005, kini menggunakan pelincir 15w 40, tetapi minyak akan kering setiap kali tolok selinder disemak, sedangkan mileage baru mencapai 2500km/5000km. Tiada sebarang kebocoran/licking di bawah enjin. Perkara ini dah terjadi 6 kali selepas saya menukar minyak selinder. Boleh berikan pendapat tentang masalah saya ini? T.kasih

    Reply
  34. Jay says

    May 23, 2018 at 12:12 PM

    I guna kereta wira lebih 10 tahun. Saya sedang guna minyak enjin 5w30 castrol. Boleh cadangkan minyak enjin yg paling sesuai? I kena servis kereta. Perlukah saya tukar minyak yg lebih pekat?

    Reply
  35. Zulkifli bin malek says

    September 9, 2018 at 10:47 PM

    Belek2 jumpa ruangani, saya guna kriss dan guna minyak enjin kereta 15/40 @10/30.dari tahun 1987 hingga kini. Motorpun dah mula ada asap putih. Tak kira brand apa, tpi yg biasa aje. Meter dah 5x pusing blik. Itulah bagusnya kriss 110 ni

    Reply
  36. hafiz sunario says

    October 26, 2018 at 9:52 PM

    assalamualaikum..saya hafiz... saya tak tau sgt psl minyak enjin mana yang sesuai.. skrg saya pakai MIZU 5W40 fully synthetic.. honda city v-tec auto 2008.. bunyi enjin agak kasar sedikit, ramai kawan sarankan saya guna brand NASA, enjin okay dan bunyi enjin tak kuat.. tuan rasa ape yg paling patut saya guna dan yang terbaik untuk enjin kereta saya? terima kasih tuan

    Reply
  37. Abdul latiff says

    November 27, 2018 at 10:20 PM

    As-salam... Apa beza minyak petronas fully sintetik 5w-40 - 3000 dengan 3000 e...

    Reply
  38. Shahrull says

    December 23, 2018 at 12:16 PM

    Minyak gear tercampur ke minyak hitam dlm dua cawan.. nk kne flush x?

    Reply
  39. Thiran says

    December 31, 2018 at 8:48 AM

    Hi saya pakai proton inspira tahun 2013.. Minyak Hitam mana sesuai

    Reply
  40. hish says

    May 19, 2019 at 9:14 PM

    tak ada apa2 info pun yang se gah tajuk. biasa saja kupasan isunya.

    Reply
  41. Kamikazhi says

    May 20, 2019 at 5:47 AM

    Salam tuan admin...
    Minyak enjin apa paling sesuai untuk Ford Ranger wildtrack 2.2 selain dari minyak yg disyorkan oleh pengeluar ford?

    Reply
  42. syamil says

    May 20, 2019 at 5:53 AM

    Maksudnya kereta lama tidak sesuai guna minyak sintetik kah?

    Reply
  43. Mike says

    June 1, 2019 at 2:50 PM

    Slm sejahtera en..saya baru menukar minyak enjin idemitsu 0w20 fully sintetik..brapa km slps ni saya perlu tukar sbb myvi sy dh 10 thn tetapi jarang guna dan slalu tukar slps 10,000km..odo meter sy skrg baru 77254km. Selama ni guna minyak 5w30

    Reply
    • ABG GYL says

      June 2, 2019 at 1:28 PM

      Macam terlalu nipin pula minyak pelincir itu. Kebiasaanya tukar 10,000km atau 6 bulan, mana tiba dahulu

      Reply
  44. Naim says

    June 21, 2019 at 7:39 AM

    Salam,

    Myvi 9 tahun menggunakan semi synthetic, kemudian nak tukar ke fully synthetic. Ada masalah tak?Apa risiko dan kesan?

    Reply
    • ABG GYL says

      June 21, 2019 at 11:27 AM

      Sepatutnya tiada masalah

      Reply
  45. Zuki says

    July 18, 2019 at 11:35 PM

    Salam..

    Nk tnya sy baru bli keta secondhand la honda jazz vtec 1.5 tahun 2004. Ape myk hitam yg sesuai?

    Reply
  46. suhaini says

    August 19, 2019 at 7:41 PM

    salam sy guna kereta persona 2016..guna minyak hitam 10000km..tp meter baru 7000km je dh lebih 6bulan..3 bulan lambat..xde efek yg teruk ke?..

    Reply
  47. Izis says

    October 28, 2019 at 12:13 PM

    Sy pakai alphard 2016.minyak gred apa yg sesuai. Ada pomen kata untuk kereta yg biasa fully sepatutnya ubah ke semi@sintetik bila dh capai usia 3 thun ke atas.

    Reply
  48. RUZAIDI ABD RAHMAN says

    November 14, 2019 at 12:06 PM

    Assalamualaikum cik. Sy 1st time servis kat bengkel luar & kete rasa dah tak best. Tksama mcm servis kat servis ctr. Ape beza 0w-30 v/s 5w-30? Tlg whatsapp sy. Contact # sy 0162966885. Sy akan call cik.

    Reply
  49. Iam_zero says

    January 21, 2020 at 7:00 AM

    Saya harap pertanyaan ini akan mendapat jawapan. Adalah benar yang semi ni memang untuk jalan dekat sahaja, klau fully untuk jalan jarak jauh. Adakah ianya mitos atau tidak.

    Reply
    • Abang GYL says

      January 21, 2020 at 9:47 AM

      Tidak benar. Semi atau fully boleh jalan jauh. Cuma jika pakai fully, interval servis lagi panjang berbanding semi. Jadi tak perlu terlalu kerap untuk servis. Bagaimanapun, bergantung kepada usia kenderaan anda.

      Reply
  50. Eliah says

    January 21, 2020 at 5:55 PM

    Saya bru beli Toyota innova tahun 2015 mnyk hitam apa yg sesuai bos kilometer dah 100ribu lebih

    Reply
  51. Eliah says

    January 21, 2020 at 9:48 PM

    Salam bos sy bru beli Toyota innova tahun 2015 mnyk hitam apa yg sesuai dengan kilometer dah 100ribu lebih tolong bos bantu cerahan

    Reply
  52. zieman says

    February 11, 2020 at 4:47 PM

    Saya guna toyota estima acr30 tahun 2004. Sesuai ke guna minyak hitam jenama toyota 10w-30 premium mineral?

    Reply
  53. Hambali says

    March 16, 2020 at 4:56 PM

    Saya selalu hntar myvi 2008 utk gnti minyak hitam, wLau bagaimana pun baru ini saya hntar dsn foremen itu curah minyak hitam hampir abis 1 ti, bila sukat level minyak sudah melebihi aras yg sbnarnya,lebih drpd btg pencelop atas drpd Full, saya ckp dgn formen tu sukatan tu tak boleh lebih drpd aras Full tapi dia kata tak apa do soalannya apa kesan pd engine kereta itu

    Reply
  54. Nasri says

    August 4, 2020 at 3:25 AM

    Btoi ka boleh tukaq minyak stiap 12000 km,rsau gak sb slaloo pusat servis hnya bg 8000km ja utk minyak pennzoil 10/40..n 1 lg,apakah minyak enjin yg bgoz utk toyota innova..

    Reply
  55. NAZRI BIN AB LLAH says

    August 12, 2020 at 1:30 AM

    vellfire 2013 v6 3.5cc
    minyak hitam jenis apa yang sesuai?

    Reply
  56. Nasran says

    August 20, 2020 at 4:58 AM

    Saya menggunakan kereta Toyota Camry 2.5v 2012. Saya menggunakan minyak FULLY syhtheyic dari mula sehingga hari ini. Kereta saya sudah berusia 8 tahun. Ramai yang mengatakan, sebaik2nya bermula dari sekarang kereta saya disyorkan menggunakan minyak SEMI synthetic kerana telah berumur 8 tahun dan ia lebih menjaga enjin pada usia sebegini. Apakah saranan dari pihak tuan? Adakah betul pendapat ini dan perlu saya tukar kepada SEMI atau saya teruskan dengan penggunaan minyak FULLY? Apakah yang terbaik utk ketahan enjin kereta saya diusia ini.
    Untuk pengetahuan tuan, alhamdulillah sehingga sekarang kereta saya tidak mempunyai masalah enjin.
    Saya berharap dapat respon dari pihak tuan. Terima kasih.

    Reply
  57. Mohd asroy says

    September 16, 2020 at 7:26 PM

    Saya guna persona 2008, masalah saya selalu rasa minyak hitam akan kurang segala nya dah buat, tapi minyak hitam susut makan masa 3, 4 bulan. Dalam keadaan tu adakah normal ? Lagi 1 minyak apa yg sesuai.

    Reply
  58. Hazim says

    January 10, 2021 at 11:35 AM

    Info yang salah, W untuk winter grade, bukan weight....nama pon muktigrade so sae 10w-40

    10 untuk sejuk 40 untuk kepanasan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
    #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev