Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Fakta Tentang Trak EV – Tesla Semi yang Perlu Anda Tahu
Roda4

5 Fakta Tentang Trak EV – Tesla Semi yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman21/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI sudah menjangka akan ada saja kejutan yang bakal dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk, lelaki yang bertanggungjawab di sebalik idea-idea kenderaan elektrik (EV) berkelajuan super dengan rekabentuk futuristik.

Terbaharu, Musk mengumumkan bakal kemunculan trak elektrik, Tesla Semi yang mampu bergerak pantas dan jauh serta siap dilengkapi teknologi keselamatan termaju. Pengumuman trak EV itu dibuat serentak bersama sebuah lagi model baharu syarikat itu, Tesla Roadster.

Sekarang mari kita ketahui 5 perkara menarik tentang trak EV, Tesla Semi:

BACA >>> 5 Fakta Perlu Anda Tahu Tentang Tesla Roadster – 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat, Tork 10,000Nm!

1. PEMANDUAN PANTAS

Dilengkapkan 4 motor elektrik independen dan pemanduan atas empat roda belakang, Tesla Semi yang penuh muatan mampu bergerak selaju 96.5kmj dalam 20 saat daripada posisi pegun. Bagaimanakah pula jika tanpa treler? Cuma 5 saat untuk kelajuan sama! Angka tersebut melayakkan Tesla Semi menjadi trak terpantas di pasaran.

2. PERGI LEBIH JAUH

Dengan sekali cas Tesla Semi mampu bergerak sejauh 800km dalam kelajuan lebuh raya. Jarak sejauh itu juga boleh dicapai walaupun sedang menunda kapasiti maksimum lebih 36 tan. Tesla juga merancang membangunkan stesen cas Tesla yang dikuasakan rangkaian solar inovatif sebagai sumber pengecasan pantas 30 minit sepanjang laluan trak. Ya, cuma 30 minit diperlukan untuk pergi sejauh 800km!

3. CIRI KESELAMATAN MENGAGUMKAN

Bagi sesebuah trak, aspek keselamatan bukanlah keutamaan besar. Tetapi tidak bagi Tesla Semi apabila trakmEV itu didatangkan dengan teknologi pemanduan automatik dipertingkat, Enhanced Autopilot sebagai ciri standard. Selain itu, trak berkenaan turut dibekalkan sistem brek automatik, Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan sistem pelarasan tork yang berfungsi menghalang trak daripada menggelincir atau mengalami situasi jackniffing.

4. REALIBILITI JADI KEUTAMAAN

Elon Musk memberi jaminan bahawa trenkuasa trak ini akan berakhir selepas 1 juta batu (1.6 juta km) pertama. Sistem brek pula mempunyai jangka hayat cukup lama hasil daripada kelebihan bateri janaan semula yang mampu mengawal banyak tugasan berat.

5. POSISI PEMANDUAN UNIK

Kabin Tesla Semi datang dalam bentuk posisi pemanduan tengah. Pemandu akan dikelilingi dua skrin digital, diambil daripada sedan Model 3, yang berfungsi memaparkan maklumat pemanduan penting.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Elon Musk EV Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Tesla Tesla Inc Tesla Semi Trak trak EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

BYD Raya Fiesta 2026
Roda4

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.