Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Ciri Toyota GR Corolla (2022) yang Lebih Berkuasa daripada GR Yaris!
Roda4

5 Ciri Toyota GR Corolla (2022) yang Lebih Berkuasa daripada GR Yaris!

Abang HirataBy Abang Hirata09/05/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU saja melancarkan GRMN Yaris pada Januari lalu di Jepun, Toyota kembali dengan model prestasi melalui pengenalan GR Corolla di Long Beach, California, Amerika Syarikat (AS).

Dari segi legasi, Corolla mempunyai sejarah panjang dalam sukan permotoran dan juga menjadi model ikonik dan Levin sendiri ialah model di bawah Corolla. Pengenalan itu sebenarnya mengetengahkan kembali kehebatan Corolla suatu masa dulu.

BACA >>> #Perbandingan: Perbezaan Toyota Corolla Altis Petrol vs Hibrid (2022)
BACA >>> Toyota Corolla Cross Hybrid CKD Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM137k!

Banyak kejayaan dicapai melalui model tersebut. Contohnya, Corolla TE25 ialah model Toyota pertama memenangi Kejuaraan Rali Dunia (WRC) pada 1973. Levin pula menang 1,000 Lakes Rally pada 1975 dan walaupun sudah berusia, tetapi masih tetap digemari dan digunakan pada perlumbaan drift serata dunia.

Kelahiran GR Corolla didorong kuat Presiden Toyota, Akio Toyoda yang mahu membawa kembali Corolla yang memikat hati pelanggan. Tidak dilupakan, Toyoda sendiri seorang yang meminati sukan permotoran dengan menggunakan nama timangan Morizo.

Berikut ciri menarik Toyota GR Corolla (2022):

1. Enjin Sama GR Yaris, Lebih Berkuasa

  • Enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L Turbo.
  • Kuasa 302hp @ 6,500rpm, dan tork 370Nm @ 3,000-5,550rpm.
  • 25hp lebih tinggi daripada GR Yaris.
  • Tiga peredam ekzos dengan injap untuk mengurangkan tekanan ekzos dan bunyi.
  • Transmisi manual iMT 6-kelajuan.
2. Pacuan GR-FOUR 4WD, Juga Sama GR Yaris

  • Pacuan empat roda GR-FOUR 4WD, menggunakan klac multiplat untuk membalikkan atau mengubah kuasa dari depan dan belakang. Sebagai contoh pemandu boleh memilih nisbah 60:40, 30:70 atau 50:50.
  • Berbeza GR Yaris, mod 4WD yang mengawal agihan daya pemanduan dan mod Drive yang mengawal respon pedal, stereng dan sebagainya dipisahkan.
  • Dinikin supaya pemandu dapat menukar mengikut pilihan sendiri dan kondisi pemanduan.
  • Diferensial Gelincir Terhad (LSD) depan dan belakang Torsen di depan. Ciri sama untuk GR Corolla dengan Performance Package.
3. Casis Lebih Kuat

  • Menggunakan casis asas Corolla Sport.
  • Lebar tayar depan dilebarkan kepada 60mm dan 85mm dibelakang.
  • Badan diperkuat dengan tambahan kimpalan dan perekat.
  • Pendakap dipasang antara laluan roda belakang, bawah terowong lantai dan depan tangki minyak untuk meningkatkan kestabilan pemanduan.
  • Panel bumbung jenis CFRP, sama seperti GR Yaris yang menambah kekuatan dan mengurangkan berat.
  • Set suspensi dengan sesendal (bushing) pillow-ball, spring, absorber dan penjajaran roda ditala semula atau dioptimumkan untuk penghantaran kuasa ke jalan raya, pengendalian dan prestasi di selekoh.
4. Badan Lebih Lebar

  • Fender depan dan belakang 20mm dan 30mm lebih lebar.
  • Bonet dan pintu depan aluminium, model Circuit Edition dengan bonet mengembung dan ventilator udara dan spoiler belakang lebih besar.
  • Bampar depan dengan gril bawah dan ventilator udara sisi ala GR Yaris.
  • Skirtsisi dengan lencana GR-Four.
  • Difuser belakang agresif.
  • Berat badan 1475kg.
5. Dalaman, Tiada Brek Elektronik!

  • Brek elektronik digantikan brek tangan mekanikal.
  • Tuil gear pendek.
  • Kluster instrumen TFT penuh yang dibangunkan khas untuk model GR dengan pengaruh kereta lumba dan input daripada pemandu profesional.

Sebagai kereta prestasi jalanan, keselamatan amat penting dan GR Corolla dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 dengan fungsi seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Pemantau Titik Buta (BSM). Turut dilengkapi ialah Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pengecaman Tanda Jalan (RTR), Pemantau Trafik Lintas Belakang (RCTA), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan Peringatan Tali Keledar Penumpang Belakang.

GR Corolla dikeluarkan di kilang Motomachi, sama seperti GR Yaris dan diimport ke Amerika Syarikat (AS). Bagaimana pasaran lain? Jualan di Jepun bermula pada penggal kedua tahun ini dan dikhabarkan akan turut ditawarkan ke pasaran global.

BACA >>> GRMN Yaris (2022) Lancar dengan Ekstra Kuasa, Lebih Eksklusif Berbanding GR Yaris!
BACA >>> 5 Ciri Menarik Toyota Noah, Voxy (2022) Baharu, Harga Mula RM97k!

Akio Toyoda Auto Terkini Gazoo Racing Roda4 Toyota Toyota Corolla toyota gr corolla Toyota GR Corolla (2022)
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.