Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?
Auto Terkini

3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?

ZYBy ZY15/01/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKARANG kecoh dalam media sosial apabila dikhabarkan kapcai bawah 150cc mungkin hanya dibenarkan ditunggang di lorong kiri dengan halaju 70kmj sahaja.

Menurut sumber Bernama, pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa berkata, cadangan itu ialah antara usaha membendung angka kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Berdasarkan statistik terkini dikeluarkan jabatan tersebut, lebih 60 peratus daripada 6,742 kes maut akibat kemalangan jalan raya ialah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

BACA >>> Bawa Kapcai Pakai Helmet Full-Face, Problem?

Rosli berkata lagi, antara faktor utama kemalangan ialah kelajuan dan kenyataan beliau itu disokong Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye yang mendakwa kebanyakan penunggang motosikal berkuasa rendah di bandar besar sering dilihat menyelit di celahan kenderaan lain, terutama di lorong tengah dan kanan ketika waktu puncak.

Sebagai penunggang motosikal harian, sebarang cadangan untuk menambah baik keselamatan kami memang dialu-alukan. Bagaimanapun ada beberapa sebab kami berpendapat cadangan itu tidak munasabah untuk dipraktikkan di Malaysia! Kenapa?

1. MOTOR LEBIH SUSAH DIKAWAL KALAU TUNGGANG PERLAHAN

Ride santai kat kampung bolehlah kalau maintain 70kmj.

Tidak seperti kenderaan lain, menunggang motosikal pada kelajuan rendah lebih sukar kerana bergantung kepada momentum untuk mengekalkan keseimbangan.

Benar, ada masa-masa tertentu seperti kesesakan melampau menyebabkan penunggang terpaksa menunggang kurang 70kmj. Namun, tidak semua kesesakan lalu lintas sama. Dalam situasi tidak terlalu sesak, kapcai bersesaran kurang 150cc masih mampu memecut hingga 80-90kmj dengan mudah. Sebarang usaha memaksa penunggang memantau kelajuan sepanjang masa hanya akan menjejaskan fokus hingga berisiko mengundang kecelakaan.

Lihat saja realiti yang berlaku sekarang. Apabila pemandu kereta terperasan papan tanda AES di lebuh raya, masing-masing akan cuba membrek mengejut untuk memperlahankan kenderaan, sebelum memecut semula selepas melepasi kamera perangkap halaju. Bayangkan situasi sama dengan deretan motosikal yang cuma ada dua roda dan tanpa Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

2. LORONG KIRI TAK MESTI SELAMAT

Susah juga kalau motor tak boleh menyelit.

Jika pengerusi MIROS berpendapat lorong tengah dan kanan hanya untuk kenderaan besar dan laju, pasti beliau lupa dalam situasi sesak, kapcai macam Honda EX5 pun boleh jadi lebih laju daripada Ferrari.

Ramai penunggang memilih tidak berada di lorong kiri kerana itu ialah kawasan aktif. Sebabnya, banyak kenderaan besar bersimpang-siur menukar lorong, terutama selepas dan sebelum persimpangan utama.  Sebaliknya, tiada keperluan pemandu kenderaan besar itu untuk kerap menukar kepada lorong laju, terutama ketika situasi sesak. Ini kerana berada dalam laluan masing-masing ialah lebih baik, mudah dan selamat untuk mengawal aliran lalu lintas.

Jadi kesempatan inilah digunakan penunggang motosikal untuk menunggang di lorong tengah dan kanan. Kenapa perlu bersusah payah berhimpit dengan lori dan kenderaan besar di lorong kiri lagi, betul?

3. UNDANG-UNDANG SEDIA ADA MASIH LEMAH

Hairan juga, bagaimanakah agensi swasta atau Kerajaan boleh terfikir untuk mencadangkan undang-undang baru, sedangkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada masih lemah?

Lihat saja di jalan raya sekarang, berapa banyak kenderaan berat dan besar dipandu melebihi had laju ditetapkan. Bukankah sudah terang dan jelas had kelajuan yang terpampang di belakang kenderaan mereka. Bagaimana pula sisa serpihan tayar kenderaan besar itu yang sudah sekian lama menjadi punca kemalangan. Bukan saja melibatkan penunggang motosikal, tetapi juga pengguna jalan raya lain? Situasi itu masih dapat dilihat atas jalan raya hampir setiap hari sedangkan isu tersebut sudah lama dibangkitkan.

Jika penguatkuasaan masih jadi isu, perkara yang patut difokuskan ialah mendidik pengguna jalan raya tentang cara menunggang dan memandu selamat.  Benar, zaman sudah berubah, dan orang ramai tidak lagi menonton TV seperti sedekad dan dua dekad lalu. Namun, jika sanggup berhabis ribuan, malah jutaan ringgit, untuk kempen politik di media sosial, kenapa tidak digunakan kaedah sama untuk menjamin keselamatan pengundi (dan bakal pengundi) di jalan raya?


KESIMPULAN

Bukan berdegil mengatakan penunggang tidak mahu menunggang di lorong kiri atau suka menungang laju. Jika situasi membenarkan, tiada masalah untuk kami menggunakan lorong tersebut dalam halaju lebih rendah. Cuma berdasarkan kajian kes di atas yang menjadi situasi biasa di bandar besar, semestinya penunggang mahu lebih kebebasan dalam menentukan laluan mana satu yang lebih selamat untuk mereka.

Bagamanakah penunggang mampu menentukan laluan lebih selamat?

BACA >>> #RetroAuto: 5 Kapcai Hebat dan ‘Rare’ yang (Mungkin) Anda Tidak Tahu Pernah Wujud di Malaysia

Seperti disebutkan di atas juga, perhebatkan kempen keselamatan jalan raya menggunakan medium media sosial. Jangan lupa perbaiki silibus sekolah memandu. Jangan hanya fokus kepada aspek teknikal tunggangan dan pemanduan, fokuskan juga tip menunggang cara selamat.

Memang hairan, ketika kami mengambil inisiatif berkongsi segala macam tip menunggang secara percuma, masih ada pembaca yang langsung tidak tahu apa-apa sedangkan dia sudah ada lesen sah. Jadi, apa guna bayar ratusan atau ribuan ringgit untuk ambil lesen? Hah, fikirlah sendiri.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Halaju 70kmj motosikal Roda4 Tunggang Perlahan Lorong Kiri
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026

3 Comments

  1. lolsomany on 19/01/2019 23:21

    menteri yang tak pernah naik moto memang sembang lebat. sama juga dnegan menteri yang mahu tumpu kepada miskin bandar, walhal di bandar boleh dapat kerja sedangkan di kampung mana nak cari kerja kalau bukan kerja kampung>

    Reply
    • Man on 20/12/2019 19:37

      Bukan menteri la yg cakap

      Reply
  2. Adrian K. on 25/12/2019 01:30

    Agree with all the authors comments
    1. It’s hard to control a bike if u keep stop and go especially if ur a short person riding a fz150
    2. If everyone ride on the left lane when during rush hour it will be like a scene in Langkawi De Tour all cramp together. If one bike fall those behind also fall. Also riding on the left is more dangerous cause vehicle can just turn into junction all of a sudden
    3. The laws are there but never enforce. Most of them like to cross the junction even if their side still red. Most accidents happen is due to rider error. Why? Cause they lack the skills. I myself had to learn those skills myself from other experts thru social media otherwise I won’t be around anymore still riding

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.