Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»3 ‘Big Bike’ Automatik Bukan Skuter yang Anda Boleh Beli di Malaysia
Roda2

3 ‘Big Bike’ Automatik Bukan Skuter yang Anda Boleh Beli di Malaysia

ZYBy ZY29/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, apabila disebut ‘motor besar’ dan ‘automatik’, istilah itu tidak semestinya dispesifikkan untuk skuter maksi (bayangkan skuter SYM atau KYMCO) sahaja?

Sudah pasti, kepada mereka yang mahukan kepuasan penuh menunggang motosikal berkuasa tinggi, menukar gear secara manual ialah antara elemen penting yang wajib ada. Namun, tidak semestinya kepuasan menunggang setiap individu itu sama. Ada juga penunggang bermotosikal untuk menikmati pengalaman perjalanan yang sukar dinikmati sekiranya terkurung dalam kereta.

BACA >>> 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia

Menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan transmisi automatik bermakna anda boleh menambah fokus kepada perkara lain. Tanpa perlu memikirkan posisi gear manakah yang sesuai ketika mendekati selekoh, tetapi dengan transmisi automatik, anda boleh fokus kepada garis mana untuk masuk dan keluar selekoh dengan lebih lancar dan pantas.

Jika itu kriteria yang ada cari selama ini, senarai motosikal di bawah ini mungkin dapat membantu:

1. APRILIA MANA 850


Aprilia Mana boleh dianggap sebagai Aprilia Shiver versi automatik. Dikuasakan enjin V-Twin 839cc, secara luaran, Mana hampir sama dengan model naked popular itu, tetapi perbezaan besar boleh dikesan pada sebelah kiri peg kaki depan, tiada tuil gear.

Mana 850 menggunakan transmisi automatik CVT seperti kebanyakan skuter, tetapi masih menggunakan pacuan akhir jenis rantai yang membuatkan ia masih kelihatan seperti motosikal naked biasa.

Harga yang kami jumpa dalam iklan di Internet ialah sekitar RM50,000 (mungkin stok lama), agak ketara mahal berbanding Shiver 750 berenjin V-Twin 750cc yang lebih berkuasa pada harga sekitar RM35,000 sahaja.

BACA >>> Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

2. HONDA AFRICA TWIN CRF1000 (DCT)


Berbanding Aprilia Mana yang mirip Aprilia Shiver, tetapi dengan spesifikasi dan prestasi sangat berbeza, sebaliknya Honda Africa Twin versi manual dan automatik secara asasnya ialah sama.

Dengan tambahan kira-kira RM6,000 daripada versi manual, versi automatik menggunakan transmisi dual-klac (DCT). Menariknya, kotak gear jenis ini membenarkan anda menukar gear secara manual, tetapi dengan metod berbeza. Tanpa menggunakan tuil kaki, sebaliknya penukaran gear tinggi atau rendah dikawal menggunakan dua punat di panel suis hendal sebelah kiri.

Jika berminat, model ini ditawarkan dalam dua varian, Standard dan Adventure Sport. Kedua-dua varian turut ditawarkan dalam versi manual dan automatik DCT. Jadi, seeloknya berkunjunglah ke bilik pameran dan premis jualan untuk dapatkan kepastian harga.

3. HONDA GOLD WING TOUR DCT


Ramai sedia maklum Honda Gold Wing sudah lama dilengkapi dengan fungsi gear undur. Bagaimanapun untuk varian automatik Tour DCT yang dilancarkan tahun lalu, model ini didatangkan dengan gear undur sebenar, berbanding fungsi undur sebelum ini yang menggunakan motor elektrik.

Kehadiran transmisi dual-klac (DCT) bukan saja melancarkan proses menukar gear, tetapi lebih penting, ia menyelesaikan masalah utama yang kerap dihadapai penunggang ‘motosikal gergasi’ seperti ini, iaitu kesukaran memarkir. Menggunakan mod jalan @ Walking Mode, penunggang boleh menolak motosikal ini ke depan atau ke belakang dengan bantuan transmisi yang beroperasi dalam kelajuan sangat rendah, semudah menekan punat + atau – pada panel kawalan.

Tidak dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia menerusi Boon Siew Honda, tetapi model ini ditawarkan pengedar bebas pada harga sekitar RM218,000. Walaupun bukan motosikal jenis mampu dibeli kebanyakan pembaca, cukuplah sekadar mampu tengok atau berswafoto di showroom, setuju?


BONUS: HONDA X-ADV


Agak kurang adil jika tiada Honda X-ADV dalam senarai ini. Ini kerana walaupun dari segi luaran ia hampir sama dengan skuter maksi, pengalaman menunggang motosikal ini  boleh dikatakan ada kelas tersendiri.

Tidak seperti skuter normal dengan transmisi CVT, hantaran kuasa yang lebih lancar dan responsif ialah kelebihan utama kotak gear DCT berbanding CVT. Selain itu, X-ADV boleh diletakkan dalam gear Neutral, sesuatu yang tidak boleh dilakukan transmisi CVT.

Untuk bergerak pula, cuma perlu menukar gear D dan terus pulas terotel. Mod Sports turut disediakan, penunggang boleh menukar gear sendiri tanpa menggunakan tuil kaki, sebaliknya petik saja butang upshift/downshift.

BACA >>> BSH Umum Harga: X-ADV (RM61k) dan Africa Twin (RM74k) di Malaysia!

Menurut Honda, X-ADV termasuk dalam motosikal kelas advencer dan SUV (kenderaan utiliti sukan). Jadi motosikal ini bukan saja mampu digunakan atas jalan raya, tetapi juga boleh dijadikan jentera lasak. Pada harga sekitar RM58,000, X-ADV pasti boleh dijadikan alternatif kepada Africa Twin untuk mereka yang memiliki bajet terhad.

Aprilia Mana 850 Aprilia Shiver autotainment big bike Boon Siew Honda Honda Africa Twin Honda Gold Wing Tour Honda X-ADV motosikal besar roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.