Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?
Auto Terkini

25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/09/20202 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERJALANAN Modenas dan Proton dari awal penglibatannya dalam bidang automotif tidak jauh berbeza. Peringkat awal kedua-dua jenama sukses bahkan produk mereka diimport sehingga ke luar negara.

Seperti mana kita tahu Modenas dibangunkan selepas kejayaan Proton. Ketika itu kerajaan merancang membangunkan projek motosikal nasional dan tertubuhlah Modenas pada 1995 yang mana pemegang saham ketika itu ialah Kawasaki, Sojitz, Khazanah Nasional dan DRB-Hicom.

Seperti mana Proton, Modenas juga mengeksport produk mereka ke 17 negara dan pasaran terbesar ialah Rusia, Greece dan Afrika Selatan. Sebagai contoh kapcai Dinamik pernah dieksport ke Greece dan Indonesia. Aktiviti eksport model itu berlangsung selama lima tahun sebelum dihentikan pada 2008  kerana tidak memenuhi piawaian Euro III.

Jumlah eksport Dinamik ke Greece dan Indonesia masing-masing sebanyak 5,600 dan 700 unit. Cuma di negara tempatan model itu kurang mendapat sambutan.  Zaman kegemilangan Modenas bermula dengan Modenas Kriss 110 dan kejayaan itu boleh dilihat apabila Kriss melata di jalan raya.

Ketika itu Modenas merupakan motosikal rakyat dimiliki oleh pelbagai golongan masyarakat baik ayah, abang, adik, kakak dan siapa sahaja. Menggunakan teknologi Kawasaki produk Modenas dijual pada harga mampu milik. Sepanjang 25 tahun perusahaan motosikal nasional itu ini tiga produk terbaik Modenas.

1. MODENAS KRISS

Kriss merupakan model paling lama pernah ditawarkan oleh Modenas dan sehingga Jun 2020 Modenas Kriss 110 MR3 sudah terjual 26,000. Modenas Kriss merupakan kapcai rakyat satu masa dahulu kerana motor itu digunakan oleh pelbagai peringkat umur pengguna dari remaja hingga tua untuk tunggangan harian.

Digunakan untuk membawa barang, menghantar anak sekolah, pak cik ke masjid, menghantar surat dan bukannya untuk berkonvoi. Konsepnya agak mudah, motosikal murah, asas, jimat bahan api dan mudah selenggara. Resepi ini yang diterapkan pada model pengenalan asas Modenas sejak 1997 lagi menerusi Modenas Kriss.

Pasaran motosikal ini mensasarkan golongan yang memerlukan pengangkutan asas yang mampu milik. Mengapa saya katakan ia merupakan motor rakyat satu ketika dahulu dan tidak kini. Cuba kita lihat sekeliling jenama apakah yang banyak dilihat di jalan raya kalau bukan Yamaha dan Modenas terus tenggelam.

Sayang seperti mana Proton, Modenas mengalami nasib yang sama. Sukses dan gemilang hanya di awal penubuhannnya sahaja kini sedikit tenggelam tanpa model rakyat yang menyengat di pasaran. Kriss 110 dibangunkan bersama Kawasaki berasaskan Kawasaki Kazer 110. Model pertama itu muncul pada perarakan Hari Merdeka 1996.

Modenas Kriss menjadi kapcai 4-lejang popular dengan mencapai 50 peratus pegangan pasaran motor 4-lejang pada 2000 dan 2001. Kemudian Kriss muncul dengan pelbagai varian termasuklah versi brek cakera pada 1999, 100cc (2004) dan 120cc pada 2007. Selepas itu varian kos rendah 110cc iaitu Kriss SG diperkenalkan pada 2002 namun ditamatkan kerana reka bentuknya yang kurang menarik. 

Pada 2003, versi facelift diperkenalkan dengan kemas kini pada lampu, grafik serta panel badan warna penuh. Empat tahun kemudian generasi kedua diperkenalkan menggunakan enjin 120cc baharu. Modenas melakukan dua percubaan untuk memperkenalkan pengganti Kriss.

modenas kriss mr2
modenas kriss mr2
modenas kriss mr2

Percubaan pertama adalah Modenas Kristar yang dilancarkan pada 2004 tetapi produksi berakhir pada 2006 kerana kurang menarik. Pada 2009 Modenas akhirnya melancarkan pengganti Kriss yang dikenali sebagai CT series dengan enjin 100 dan 110cc berasal dari Kriss series.

Akibatnya, Kriss 100 dan 110cc dihentikan untuk memberi laluan kepada CT sekaligus menjadikan Kriss 120 sebagai satu-satunya varian Kriss yang dijual. Pada 2012, barisan keluarga Kriss disemak semula sekali lagi dengan mengembalikan varian 100cc yang kini dikenali sebagai Kriss MR1.

Kriss pernah dieksport ke negara Kemboja dan Greece sebagai pasaran terawal pada 2017. Kemudian menjengah United Kingdom, Afrika Selatan, Iran, Vietnam, Turki, Brunai, Argentina dan Malta. Di Kemboja, Iran dan Vietnam model itu merupakan versi pemasangan tempatan (CKD).

2. MODENAS JAGUH 175

 

Kedua Modenas Jaguh 175 merupakan kruiser mampu milik pertama muncul di pasaran tempatan. Ketika itu pilihan lain yang ada Virago 535cc dan paling kecil Kawasaki Eliminator 250cc. Hanya Modenas menawarkan sesaran 175cc yang berasaskan Kawasaki Eliminator 125cc yang popular.

Kehadiran kruiser Modenas ini menyasarkan kepada penunggang yang ingin memiliki motosikal yang lebih besar berdasarkan gaya motosikal kruiser Amerika tetapi tidak mampu memilikinya berikutan duti import yang tinggi terhadap motosikal luar. Model tersebut dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai 1999 di kilang Modenas di Gurun, Kedah, pada harga RM7,500.

Pada tahun pertama Modenas menjual sebanyak 12,000 unit dan 20,000 unit tahun berikutnya dan model berkenaan dieksport ke luar negara. Kini model berkenaan banyak dikustom menjadi jentera cafe racer.

BACA>>>Pekerja Otai Kongsi Pengalaman Manis Sepanjang 25 Tahun Bersama Modenas

3. MODENAS ELEGAN

Pada penghujung Februari 2004, Modenas memperkenalkan skuter maksi pertama 150cc yang dinamakan Elegan. Skuter itu memiliki visor tinggi, badan yang gemok dengan lantai kaki rata yang ideal untuk perjalanan jauh bersama enjin penyejukan air yang berkuasa serta tangki minyak besar yang boleh diakses menerusi bar hendal, ruang simpanan besar di bawah pelana dan panel meter digital.

Silinder enjin yang disadur dengan seramik Ni-Si menawarkan kebolehpercayaan lebih baik ketika perjalanan jauh. Generasi pertama Elegan  menjadi lagenda kerana kurangnya pesaing ketika itu. Namun generasi kedua Elegan kurang mendapat perhatian apabila SYM, syarikat skuter Taiwan yang digunakan oleh Modenas untuk menghasilkan Elegan memasuki pasaran Malaysia dengan model skuter besar mereka sendiri, VTS 200.

Namun begitu, Modenas kini semakin bijak kerana ia berjaya menarik Kymco, pengeluar skuter nombor satu Taiwan dan antara pengeluar skuter terbaik di dunia untuk membantu Modenas kembali bangkit. Modenas bukan sahaja dapat menjenamakan semula produk Kymco, tetapi diberi hak untuk mengimport dan memasang produk Kymco di Malaysia.

Ini meletakkan Modenas sebagai syarikat ketiga yang diberi peluang bekerjasama dengan Kymco selain BMW dan Kawasaki yang turut menggunakan kepakaran Kymco untuk menghasilkan skuter masing-masing.

BACA>>>CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!

DI MANA AHMAD?

Moped Modenas

Di atas merupakan tiga model yang menurut kami produk terbaik Modenas sepanjang 25 tahun penubuhannya. Sekiranya versi 150cc sudah ada di pasaran pastinya model ini termasuk dalam senarai. Namun, sayang sedang pesaingnya menikmati penjualan moped 150cc, produk Modenas hilang dari radar dan tidak mengambil peluang dalam segmen yang sedang naik itu.

Seperti kita ketahui Modenas merancang membangunkan motor 150cc sejak 2015-2016, satu impian yang optimis selepas bergantung sepenuhnya pada rakan teknikal mereka Kawasaki. Sepanjang tempoh penyelidikan dan pembangunan itu khabarnya banyak wang sudah dilaburkan dengan menghantar jurutera ke Austria untuk membangunkan enjin dari awal serta pelbagai lagi.

Sejak khabar Modenas membangunkan projek moped 150cc itu, muncul imej spyshot dan model prototaip menjalani ujian di jalan raya. Sudah memasuki tahun 2020 masih tiada kemunculan Ahmad. Sedangkan ketika Modenas merancang untuk menghasilkan moped 150cc pesaingnya masih belum wujud di pasaran.

moped 175cc Modenas
harga moped modenas
moped 175cc Modenas

Sekiranya mereka melancarkan model berkenaan lebih awal mungkin moped 150cc itu akan melonjak naik kerana belum ada pesaing dan siapa sangka bahawa motor kapcai akan berkembang ke sehingga enjin 185cc. Kelewatan dalam membuat keputusan membuatkan ramai peminat Ahmad kecewa apabila pesaingnya mula memperkenalkan Yamaha Y15ZR, Honda RS15oR dan Benelli RFS 150i.

Dan spekulasi akhir yang kami dengar, paten enjin tersebut mungkin akan dijual kepada pemegang saham mereka Kawasaki. Mungkin selepas pembelian saham majoriti Kawasaki Motor Corporation dalam Modenas kemunculan Ahmad bakal menjadi kenyataan mengambil kira Modenas akan menghasilkan model Kawasaki versi pemasangan tempatan (CKD) untuk segmen bawah 700cc.

Diharapkan seiring dengan usia 25 tahun, Modenas akan terus mengorak langkah dengan memperkenalkan barisan model-model terkini yang memenuhi kehendak pengguna tempatan seperti mana di awal penubuhannya.

BACA>>>#TahukahAnda: Kenapa Kawasaki Ninja ZX-25R Cuma 42hp?
BACA>>>#BikinMotor: Honda Supra GTR150 Tukar Enjin CBR250RR dengan Kuasa 36.3hp!

 

acara Gempak Santai Modenas autoterkini Kapcai Modenas modenas elegan Modenas Jaguh modenas kriss Modenas Kriss 110 roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Almera 2026 Kini Di Thailand Dengan Piawaian EURO 6!

30/01/2026
Kempen 'Hypermarket Sweep'
Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’

31/01/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Petronas Sprinta F900HD
Auto Terkini

Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’

30/01/2026

2 Comments

  1. Burung Antu on 29/09/2020 09:27

    rasasanya ahmad malu nak keluar lg kot atas faktor nama.. nama tak komersial tu😂😂😂😂😂

    Reply
  2. Ahmad on 20/11/2020 13:00

    Ah ah ,, ahmaaad

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.