• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #24HoursNürburgring2017: Audi R8 LMS Juara Keseluruhan, Kemenangan Ke-4 Sejak 2012

#24HoursNürburgring2017: Audi R8 LMS Juara Keseluruhan, Kemenangan Ke-4 Sejak 2012

June 4, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HUJUNG minggu lalu berlangsung acara paling hangat dalam sukan permotoran iaitu perlumbaan enduran sehari suntuk, 24 Hours Nürburgring yang disertai banyak pengeluar terkemuka di dunia. Selain menjadi medan bersaing sesama sendiri, perlumbaan tersebut turut digunakan sebagai medan pembangunan produk-produk baharu.

Siri perlumbaan 24 Hours Nürburgring tahun ini mencatatkan sejarah baharu apabila Audi R8 LMS  menjuarai kejohanan tersebut sebanyak empat kali, iaitu pada 2012, 2014, 2015 dan sekali lagi pada tahun ini. Lebih menarik, jentera digunakan dibekalkan daripada program perlumbaan pengguna, Audi Sport Customer Racing.

BACA >>> Prototaip Audi A7 Terbakar Hadapan Wartawan Pengintip, Betul-Betul Berita Panas!

Perlumbaan enduran itu dimenangi pasukan Audi Sport Team Land dari Niederdreisbach, Jerman, manakala tempat ketiga turut ditawan jentera Audi R8 LMS menerusi pasukan Audi Sport Team WRT.

Ringkasan Perlumbaan:
  • Pasukan Wolfgang Land mendahului perlumbaan hingga pusingan ke-125, atau kira-kira 3,172km sebelum kereta menghadapi masalah sensor sebelum cuba dibaiki di dua hentian pit, tetapi gagal.
  • Beberapa detik sebelum perlumbaan tamat, Audi Sport Team Land ialah pasukan pendahulu pertama yang menukar kepada tayar hujan.
  • Keputusan itu nyata tepat apabila pemandu Kelvin van der Linde berjaya mendahului perlumbaan walaupun trek basah.
  • Bersama rakan sepasukan lain, Christopher Mies, Connor De Phillippi dan Markus Winkelhock, mereka akhirnya memenangi siri perlumbaan enduran ke-45 kali ini.
  • Audi Sport Team WRT berada di tempat ketiga. Pasukan dari Belgium, terdiri daripada Marcel Fässler, Robin Frijns, Nico Müller, René Rast nampak seakan sudah memenangi perlumbaan tersebut, tetapi tewas dari segi strategi tayar. Mereka ialah pasukan pertama menukar tayar licin sebelum sekali lagi bertukar kepada tayar hujan pula.

BACA >>> #Videotomotif: Zombi dalam Iklan Komersil Audi, Jangan Servis Kereta Sembarangan!

Ketua Audi Sport Customer Racing berkata, dengan suhu melebihi 25°C dan hujan lebat akhir perlumbaan, pasukannya berdepan antara siri perlumbaan paling sukar, pantas dan dramatik dalam sejarah. Dengan menamatkan perlumbaan pada 158 pusingan, pemenang tahun ini ketinggalan satu pusingan di belakang rekod dipegang Audi pada 2014.

GALERI

Audi R8 LMS Juara Keseluruhan Perlumbaan Nürburgring 24 Jam 2017.05
Audi R8 LMS Juara Keseluruhan Perlumbaan Nürburgring 24 Jam 2017.01
Audi R8 LMS Juara Keseluruhan Perlumbaan Nürburgring 24 Jam 2017.03
Audi R8 LMS Juara Keseluruhan Perlumbaan Nürburgring 24 Jam 2017.04
Audi R8 LMS Juara Keseluruhan Perlumbaan Nürburgring 24 Jam 2017.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 24 Hours Nürburgring, Audi, Audi R8, Audi R8 LMS, Perlumbaan Nürburgring 24 Jam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev