Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»2,200 Unit Honda WR-V Terjual Sepanjang Bulan Pertama Selepas Lancar
Auto Terkini

2,200 Unit Honda WR-V Terjual Sepanjang Bulan Pertama Selepas Lancar

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize22/08/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia mengumumkan menghantar 2,200 unit Honda WR-V (2023) kepada pelanggan dalam masa sebulan selepas pelancaran pada Julai 2023.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, sejak dilancarkan, Honda WR-V diterima baik di pasaran dan mencapai prestasi jualan luar biasa apabila menjadi model kedua terlaris dalam barisan Honda untuk Julai 2023.

Varian RS menjadi penyumbang terbesar, mewakili 60 peratus daripada jumlah jualan setakat ini.

Honda WR-V (2023) dilengkapi ciri keselamatan seperti Honda LaneWatch sebagai standard dan pakej bantuan pemandu Honda SENSING.

Varian RS dilengkapi Honda CONNECT yang boleh menghubungkan kereta dan pemilik walau di mana berada untuk lebih ciri keselamatan seperti Pengesan Perlanggaran Automatik, Pengesan Penggera Kereta, Amaran Kelajuan, Pengesan Kereta, Amaran Batas-Geo (Geo-Fencing) dan Panggilan Keselamatan.

Aplikasi Honda CONNECT juga boleh digunakan menerusi telefon pintar untuk menghidupkan enjin, membuka atau mengunci pintu dan mengawal penyaman udara.

Honda WR-V (2023) dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan output kuasa 121ps (119hp) dan tork 145Nm.

Honda turut meraikan pelanggan Honda WR-V pertama, Nurain Mohamad yang menerima aksesori Honda, Ultra Glass Body Coating dan barangan rasmi Honda bernilai RM5,000.

BACA >>> Honda WR-V (2023) Masuk Malaysia dengan 4 Varian, Harga Mula RM89.9k!
BACA >>> #TahukahAnda: Ini Manfaat Honda CONNECT yang Setiap Pemilik Honda Perlu Tahu

Auto Terkini Hironobu Yoshimura Honda Connect Honda Malaysia Honda WR-V (2023) Roda4 SUV
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.