Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018MotoGP: Suzuki Memang Boleh Jadi Juara dan Naik Podium – Marquez
Auto Terkini

#2018MotoGP: Suzuki Memang Boleh Jadi Juara dan Naik Podium – Marquez

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JUARA bertahan dan juga adinda MotoGP, Marc Marquez percaya Suzuki kali ini memiliki cukup kemampuan untuk mencabar gelaran juara dan pentas podium sepanjang musim 2018 berikutan prestasi baik ditunjukkan pengeluar dari Jepun itu pada saingan pusingan pertama di Qatar, minggu lalu.

Suzuki pernah sekali meraih podium MotoGP pada 2016, iaitu menerusi Maverick Vinales (pasukan sekarang Movistar Yamaha) dalam aksi GP Britain di Litar Silverstone. Namun, pasukan itu kemudian mengambil langkah berani apabila memutuskan menyingkirkan Vinales dan merekrut barisan pelumba baharu, Andrea Iannone (29) dan Alex Rins (42).

BACA >>> #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

Musim 2017 berlalu dengan keputusan kurang memberangsangkan berbanding tahun ketika era Vinales. Tetapi, Iannone dan Rins kekal menyumbang mata dengan membantu Suzuki menjadi pasukan keenam daripada 12 pasukan terbaik MotoGP musim lalu. Iannone menamatkan musim 2017 di tempat ke-13, manakala Rins di tangga ke-16 daripada 27 pelumba yang mengumpul mata.

MENYINAR PADA MUSIM 2018?

Bagaimanapun, perkembangan musim ini jauh berbeza. Rins antara pelumba Suzuki paling menonjol dengan memperoleh keputusan ujian pramusim mengagumkan. Pelumba kelahiran Sepanyol itu ialah pelumba ketiga terpantas selepas tamat sesi ujian di Qatar, Jumaat lalu.

Rakan sepasukannya pula, Iannone berada di tangga ke-5, mengatasi pasukan Honda dan Yamaha.

 

Adinda Marquez (tengah) berswafoto bersama kekanda Rossi dan juara GP Qatar 2018, Daviozioso.

Situasi itu nyata disedari adinda Marquez yang memang terkenal dengan ‘ayat-ayat pancing’ dan play safe. Menurutnya, pasukan Suzuki memang ada potensi untuk menjadi juara dan meraih podium musim ini.

“Mereka (Suzuki) bersedia naik podium dan menang perlumbaan.

“Ketika berlumba di belakang Rins, dia dan motornya memang boleh pergi, jadi bertambah seorang lagi pencabar dan pelumba yang perlu diberikan perhatian,” kata Marquez seakan bersungguh benar.

BACA >>> Menjelang MotoGP 2018, Iannone Mengadu Suzuki GSX-RR Tidak Laju, Bergegar

Tambah Marquez lagi, perlumbaan pembukaan di Qatar lalu menyaksikan pasukan Honda masih lagi bergelut. Pasukan Ducati menerusi Andrea Dovizioso, yang muncul pelumba terpantas dalam dua sesi latihan pertama, dilihat sebagai pelumba pilihan.

“Ducati sangat laju. Pilihan di sini ialah Dovizioso, dia memang selalu hebat berlumba (di Qatar), bukan tahun lalu saja, tetapi 2 atau 3 tahun lalu. Ducati memang menjadi, dan (Danilo) Petrucci juga dapat keputusan ujian baik dan mampu berada di depan.

RINS SAHKAN KEMAJUAN SUZUKI

Alex Rins menjadi pelumba MotoGP pertama jatuh dalam saingan di GP Qatar 2018.

Rins ketika ditemui pada sesi latihan minggu lalu turut mengesahkan kemajuan Suzuki sejak dia menyertai pasukan itu tahun lalu sambil menetapkan sasaran perlumbaan di Qatar untuk mengekalkan diri dengan kelompok pelumba barisan depan.

“Saya gembira dengan bagaimana kami bermula hujung minggu ini (di Qatar), saya tenang kerana ia mengesahkan kami bagus. Kami mengambil langkah besar berbanding tahun lalu. Saya lebih yakin dengan jentera, saya ada lebih kuasa dalam diri, lebih kilometer dengan jentera MotoGP.

“Faktanya bukan mudah kerana ada ramai pelumba dengan rentak yang baik – Petrucci, Marquez, Dovi dan Valentino (Rossi).

“Mereka pelumba yang sangat pantas dan segalanya sangat rapat. Matlamat saya adalah berada dalam kelompok mereka,” kata Rins sebelum tersungkur pada pusingan ke-10 dalam aksi final di Qatar, Ahad lalu. Mujurlah Iannone berjaya meraih mata untuk Suzuki di tempat ke-9.

Alex Rins membawa baton Suzuki Ecstar MotoGP 2018.
Aksi Alex Rins dalam saingan GP Qatar 2018.
Andrea Iannone di GP Qatar 2018

SUMBER: RideApart

Alex Rins Andrea Iannone Marc Marquez Maverick Viñales MotoGP MotoGP 2018 Repsol Honda Team Suzuki Suzuki Ecstar
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.