Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018MotoGP: Repsol Honda Team Baru Cuba Swingarm Karbon di Qatar
Auto Terkini

#2018MotoGP: Repsol Honda Team Baru Cuba Swingarm Karbon di Qatar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASANGAN pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez dan Dani Pedrosa buat kali pertama menunggang jentera lumba yang dipasangkan lengan ayun atau swingarm gentian karbon ketika perlumbaan pembukaan MotoGP 2018 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar minggu lalu.

Repsol Honda Team membangunkan swingarm baharu itu ketika ujian musim sejuk, tetapi masih tidak merancang menggunakan komponen tersebut dalam perlumbaan. Malah, Pedrosa ketika ditemu bual pada latihan hari pembukaan Jumaat lalu berkata, pasukannya tidak bercadang mencuba komponen baharu itu pada perlumbaan latihan dan kelayakan, apatah lagi perlumbaan sebenar Ahad lalu.

BACA >>> #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

“Buat masa ini, kami tidak mencubanya, dan tiada dalam perancangan untuk menggunakannya. Ada beberapa perbezaan apabila menggunakan swingarm ini, tanggapan awal dirasakan sangat berbeza. Tetapi selepas anda mula mendesak, ia memberikan perasaa sama tetapi dengan cara berbeza, sukar untuk saya jelaskan di sini!

“Ia seperti menghasilkan pergerakan yang sama, tetapi cara pergerakan berbeza. Reaksi daripada terotel dan cengkaman juga sedikit berubah. Ada kesan positif dan negatif, tetapi saya fikir pengalaman kami dengan komponen itu masih rendah sebagai pelumba dan pasukan. Tetapi, untuk masa depan, ia bagus,” kata Pedrosa.

LCR HONDA MASIH BERKIRA-KIRA

Walaupun Pedrosa dan Marquez sudah menggunakan swingarm karbon tersebut dalam perlumbaan minggu lalu, tetapi pelumba Britain, Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol) yang juga menunggang jentera RC213V dengan spesifikasi sama masih belum mencuba komponen tersebut.

Namun pasukan Ducati sudah pun menggunakan komponen tersebut dalam perlumbaan sejak 2009. Penggunaan komponen gentian karbon menelan kos sangat mahal dan membimbangkan pasukan satelit seperti LCR Honda yang khuatir sekiranya komponen tersebut terbabit kemalangan.

BACA >>> #2018MotoGP: Rossi Pakai AGV Baharu, Ambil Ilham Rekaan Helmet F1 1970-80-an

Dalam perlumbaan Qatar lalu, kami yakin komponen baru Honda itu mampu memberi lonjakan signifikan dalam menambah baik rekod catatan masa dan konsistensi pelumba. Tidak mustahil Crutchlow juga akan menunjukkan peningkatan pada masa akan datang sekiranya pasukannya memutuskan menggunakan komponen mewah tersebut.

Pastinya komponen berkenaan berpotensi memberiken lebih kelebihan kepada Crutchlow. Apatah lagi tanpa komponen itu, dia kini sudah mengatasi Pedrosa di kedudukan tempat ke-4 pada perlumbaan pusingan pertama, Ahad lalu.

SUMBER: MCN

2018 MotoGP Cal Crutchlow Dani Pedrosa LCR Honda Castrol lengan ayun Marc Marquez MotoGP 2018 Repsol Honda Team roda2 sukan permotoran swingarm
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.