Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018GPSepanyol: Marquez Tidak Tercabar, Ducati Putih Mata, Hafizh Gagal Kutip Mata
Auto Terkini

#2018GPSepanyol: Marquez Tidak Tercabar, Ducati Putih Mata, Hafizh Gagal Kutip Mata

AryonBy Aryon06/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA lagi mahu dikatakan, dia memang laju! Adinda MotoGP yang nakal, Marc Marquez langsung tidak tercabar apabila menjuarai aksi GP Sepanyol dengan begitu bersahaja dengan meninggalkan rakan sepasukannya, Dani Pedrosa seawal pusingan ke-3. Aksi Marquez selepas itu tidak ubah seperti naik motor petang-petang kerana pencabar lain entah apa yang bersembang lama sangat di belakang.

Aksi dramatik kemudian lebih bertumpu kepada tiga pelumba yang saling berebut kedudukan podium kedua dan ketiga antara Pedrosa, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo dari Ducati Team. Tambah mengharukan apabila ketiga-tiga pelumba itu saling bertembung pada pusingan ke-18.

Insiden berlaku apabil Pedrosa yang cuba melakukan cut back di selekoh tidak perasan kelibat Pedrosa di belakangnya dan dua pelumba itu saling berlanggar sebelum dirempuh pula Dovizioso yang tidak mampu lagi berbuat apa-apa.

Kemalangan tidak diduga itu langsung membuka peluang kepada pelumba Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco merebut tempat kedua dengan jauh menjarakkan diri dari kelompok 4 pelumba yang saling merebut kedudukan ke-3 antara Andrea Iannone (Suzuki Ecstar), Danilo Petrucci (Pramac Ducati), kekanda Valentino Rossi (Movistar Yamaha) dan Jack Miller (Pramac Ducati). Akhirnya kemenangan menyebelahi pelumba Suzuki Ecstar, Iannone.

Sementara itu, pelumba negara, Hafizh Syahrin menamatkan saingan di tempat ke-16 dan gagal mengutip sebarang mata yang memerlukan sekurang-kurangnya tempat ke-15. Tetapi aksi ditunjukkan rookie kita itu boleh dibanggakan memandang dia bermula di kedudukan ke-22 dengan keadaan fizikal yang masih lagi cedera akibat terjatuh basikal beberapa hari lalu.

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 39.678s
  2. Johann Zarco FRA Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) 41m 44.919s
  3. Andrea Iannone ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) 41m 47.892s
  4. Danilo Petrucci ITA Pramac Ducati (GP18) 41m 48.295s
  5. Valentino Rossi ITA Movistar Yamaha (YZR-M1) 41m 48.421s
  6. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP17) 41m 49.446s
  7. Maverick Viñales ESP Movistar Yamaha (YZR-M1) 41m 53.221s
  8. Alvaro Bautista ESP Angel Nieto Team (GP17) 41m 53.754s
  9. Franco Morbidelli ITA EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* 41m 56.500s
  10. Mika Kallio FIN Red Bull KTM Factory (RC16) 41m 59.083s
  11. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 0.827s
  12. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)* 42m 0.852s
  13. Bradley Smith GBR Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 1.443s
  14. Tito Rabat ESP Reale Avintia (GP17) 42m 1.781s
  15. Scott Redding GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 16.433s
  16. Hafizh Syahrin MAL Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1)* 42m 21.539s
  17. Xavier Simeon ESP Reale Avintia (GP16)* 42m 28.919s
  18. Karel Abraham CZE Angel Nieto Team (GP16) +1 lap

  • Jorge Lorenzo ESP Ducati Team (GP18) DNF
  • Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP18) DNF
  • Dani Pedrosa ESP Repsol Honda (RC213V) DNF
  • Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) DNF
  • Thomas Luthi SWI EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* DNF
  • Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
  • Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
    * Rookie
Andrea Iannone Auto Terkini GP Sepanyol 2018 Hafizh Syahrin Johann Zarco Marc Marquez MotoGP 2018 roda2 sukan permotoran
Aryon

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.