Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»2 Ferrari Klasik ‘Low Mileage’ Cari Pemilik Baru, Antara Model Paling Baik Dijaga Rapi
Roda4

2 Ferrari Klasik ‘Low Mileage’ Cari Pemilik Baru, Antara Model Paling Baik Dijaga Rapi

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI LUAR negara khususnya Barat, setiap acara jualan dan lelongan kereta memang ditunggu-tunggu golongan pengumpul barangan klasik. Malah, urusan jual beli tersebut menjadi antara karier yang lumayan. Di negara kita, trend berkenaan berkembang apabila kita kini dapat menyaksikan beberapa syarikat mula mengimport kereta dan motosikal lama dari Jepun untuk dijual semula. Rare collection, kata orang.

Sempena acara Jualan Kereta Klasik Retro Lumba anjuran rumah lelongan, Silverstone Auctions di Britain pada 25 dan 26 Februari depan, dua model klasik Ferrari antara paling cantik dan baik bakal dilelong. Model pertama ialah Ferrari Dino 246 GT (1974) yang siap dibaik pulih, manakala sebuah lagi , Ferrari F355 Berlinetta (1998) dengan perbatuan rendah. Kedua-dua model itu ialah peluang terbaik buat peminat dan pengumpul Ferrari untuk memiliki model gaya rekaan firma rekabentuk kereta terkemuka Itali, Pininfarina.

Sangat jarang model Ferrari dalam kondisi seperti ini (sangat baik) ditawarkan kepada pembeli. Kami gembira atas kepercayaan menguruskan jualan yang diberikan pemilik yang menjaga kereta ini dengan cukup baik selama ini.”

– Adam Rutter, Silverstone Auctions

 1. FERRARI DINO 246 GT (1974)


Ini bukan Dino sembarangan. Kereta pemanduan tangan kanan itu dibaluti kemasan badan merah Rosso Chiaro dengan dalaman hitam vinil selain arka roda pemasangan kilang dan tayar Campagnolo. Kerusi Daytona dipasang beberapa hari kemudian yang dikenali sebagai model Chairs and Flares di kalangan Ferraristas – peminat Ferrari.

Selain model lelongan itu, hanya ada 13 unit Dino wujud di seluruh Britain dan telah bertukar tangan sebanyak tujuh kali sebelum menjadi hak pemilik sekarang pada 27 Januari 1995 – 22 tahun lalu. Paling penting, pemilik Dino itu melayan keretanya dengan begitu cermat dan berhemah, di mana dia hanya memandu ketika cuaca elok sahaja.

Selepas lebih kurang 10 tahun, dia akhirnya memutuskan menghantar jentera kesayangannya itu kepada seorang pakar Ferrari, Nick Cartwright pada Mac 2014 untuk dibaik pulih yang memakan masa lebih setahun membabitkan pelbagai aspek seperti mekanik, kerja badan dan interior, serta mengosongkan bahagian casis, ruang enjin dan kerja badan untuk dicat penuh semula.

Selepas 22 tahun, Ferrari Dino kini ditawarkan untuk dijual buat pertama kali yang turut dibekalkan kit alatan lengkap dan jek, buku waranti Ferrari, panduan pemilik Dino dan UK V5c (buku log kenderaan). Harga pra jualan dibuka bermula £300,000 (RM1.66 juta) hingga £350,000 (RM1.93 juta), manakala jarak perbatuan baru saja mencecah 56,222km sejak 1974.

2. FERRARI F355 BERLINETTA (1998)


Kereta kedua dilelong ialah Ferrari F355 Berlinetta (1998) yang juga tampil dengan jarak perbatuan sangat rendah, iaitu 11,293km sahaja. Lebih menarik, F355 Berlinetta hanya dimiliki seorang pemilik sahaja. Kemasan luar dibaluti merah Rosso Corsa dengan trim dalaman kulit Nero Black dan karpet hitam. Lebih istimewa, transmisi Ferrari F355 Berlinetta adalah jenis manual yang pastinya cukup sukar dicari dan jarang pula ada di pasaran. Model ini dijual baharu oleh Mortimer Houghton Turner Ltd pada 20 Mac 1998.

Pada acara hujung bulan ini, harga permulaan lelongan akan dibuka antara £85,000 (RM469,240) hingga £100,000 (RM552,047) mengikut kadar tukaran semasa. Ferrari Berlinetta F355 akan dijual bersama status ujian Kementerian Pengangkutan (MoT) Britain setakat 14 Oktober 2017, kit alatan penuh, pengepam tayar, pelindung kereta tempahan khas dan buku manual.

SUMBER: Silverstone Auctions

Ferrari Ferrari 355 Berlinetta 1998 Ferrari Dino 246 GT 1974 kereta lelong Roda4 Silverstone Auctions Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.