Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»15 Fakta Pantas Tentang MV Agusta F3 RC (2018) – 800 dan 675
Roda2

15 Fakta Pantas Tentang MV Agusta F3 RC (2018) – 800 dan 675

AryonBy Aryon09/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI penghormatan atas penyertaan dalam Kejuaraan Dunia Supersport (WorldSSP) dan Superbike (World SBK), MV Agusta tampil memperkenalkan superbike edisi Reparto Corse (RC) siri platform 3-silinder yang diberikan penambahbaikan sempena 2018.

Selepas model F4 RC didedahkan pada Oktober tahun lalu, kali ini giliran F3 RC pula diperkenalkan untuk model 800 dan 650. Sekarang, mari kita ketahui 15 fakta pantas mengenai MV Agusta F3 675 RC dan F3 800 RC:

1. Kedua-dua model F3 (2018) sah melepas piawaian Euro 4, sama seperti F4 RC yang mana tahap pelepasan emisi terkini dikurangkan sebanyak 50 peratus, manakala bunyi bising 48 peratus berbanding Euro 3 .

2. Walaupun beralih kepada jentera patuh Euro 4, kuasa kuda daripada enjin 3-sebaris itu kekal sama. F3 675 RC menghasilkan 128hp pada 14,500rpm dan tork 75Nm (10,900rpm), manakala F3 800 RC menjana 148hp (13,000rpm) dan tork 88Nm (10,600rpm).

3. Menurut MV Agusta, pembangunan semula teknikal yang paling ketara ke atas enjin F3 RC (2018) ialah membabitkan revisi aci imbang (balance shaft), penggearan utama, profil aci ambilan dan injap.

4. Transmisi 6-kelajuan dibaik pulih untuk memudahkan proses anjakan gear, termasuk mengurangkan tugas menarik tuil klac.

5. Ekzos F3 RC juga direka semula dan rekaan kali ini berasaskan jentera lumba WorldSSP seperti ditunggang pelumba Amerika Syarikat (AS), P J Jacobsen pada 2017.

6. Kedua-dua F3 675 RC dan F3 800 RC menggunakan penutup enjin baharu untuk menambah baik aspek perlindungan enjin dan mengurangkan bising mekanikal.

7. Ciri elektronik F3 RC dilengkapkan Sistem Kawalan Bersepadu Kenderaan dan Motor (Motor & Vehicle Integrated Control System – MVICS). Antara pembangunan utama model 2018 adalah menambah baik prestasi Ride-by-Wire yang kini datang bersama ciri pemetaan peribadi. Paramater kawalan traksi 8-tahap turut ditambah baik bagi meningkatkan kecekapan dan kelancaran. Selain itu, penganjak elektronik EAS 2.0 (naik dan turun) dioptimumkan untuk anjakan lebih lancar.

8. Barisan MV Agusta F3 RC (2018) memiliki poin cagakan (mounting) baharu antara frem trellis dan enjin 3-silinder untuk meningkatkan ketegaran.

9. Jarak roda kedua-dua model dipendekkan kepada 54.33 inci untuk membantu mempertajamkan aspek pengendalian berbanding model terdahulu.

10. Tugas suspensi diuruskan fork depan Marzocchi 43mm dengan travel 4.92 inci, manakala suspensi belakang dipasang absorber Sachs dengan travel 4.84 inci.

11. Kuasa henti MV Agusta F3 RC (2018) diserahkan kepada dwi brek cakera 320mm di depan yang diapit kaliper monoblok Brembo 4-piston, dan brek cakera tunggal 220mm di belakang dengan kaliper Brembo 2-piston.

12. MV Agusta F3 RC (2018) menaik taraf grafik yang diilhamkan jentera lumba WorldSSP, dengan rim merah.

13. Bagi ekstra prestasi atas trek, MV Agusta menawarkan ‘Kit Spesial’ untuk tunggangan dalam litar dengan mengubah identiti model ini kepada versi lumba dari segi penampilan dan kelengkapan.


Berikut apa yang terdapat pada ‘Kit Spesial’ F3 RC:

  • Peredam (silencer) gentian karbon SC dengan pelindung tumit gentian karbon dan braket sokongan peredam aluminium.
  • ECU lumba dengan pemetaan khas untuk memaksimumkan ekstra prestasi: 133hp @ 14,570rpm (F3 675RC), dan 153hp @ 13,250rpm ( F3 800 RC).
  • Kowl belakang untuk pelana tunggal.
  • Brek bilet dan tuil klac dilarik.
  • Gegancu (sprocket) belakang untuk penggearan trek lumba, dan tongkat belakang, serta pelindung motosikal untuk tujuan penyenggaraan.

14. Model F3 RC baharu mula dijual di AS Januari 2018, dan setiap pembelian disertakan bersama waranti tiga tahun dan bantuan jalanan dua tahun.

15. Berikut adalah harga R3 RC (2018) di pasaran AS:

  • MV Agusta F3 675 RC (2018): AS$19,998 (RM81,220)
  • MV Agusta F3 800 RC (2018): AS$21,998 (RM89,342)
GALERI

SUMBER: Ultimate Motorcycling

fakta pantas MV Agusta MV Agusta F3 RC 650 MV Agusta F3 RC 800 roda2 superbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.