Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»14,600 Unit Perodua Myvi (2022) Facelift Ditempah Sejak Lancar!
Auto Terkini

14,600 Unit Perodua Myvi (2022) Facelift Ditempah Sejak Lancar!

Han OthmanBy Han Othman04/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mensasarkan memecahkan rekod jualan bulanan tertinggi dalam sejarah syarikat itu, iaitu sekurang-kurangnya 30,000 unit kenderaan, sekali gus memenuhi misi jualan lebih 200,000 unit setahun.

Sasaran Perodua itu diumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Zainal Abidin Ahmad sebagai respons kepada kelewatan penghantaran kenderaan sepanjang bulan lalu disebabkan gangguan sementara pengeluaran.

BACA >>> Perodua Pecah Rekod Sendiri, Jual Kereta Terbanyak dalam Sebulan

Zainal Abidin berkata;

Kami memoohon maaf atas kelewatan penghantaran dan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan dan kesabaran, terutama dalam tahun paling mencabar ini.”

Beliau berkata, Perodua mendaftarkan 20,299 unit sepanjang November lalu,  walaupun berdepan isu bekalan yang melanda ekosistem automotif tempatan. Sebagai perbandingan, jualan Perodua merosot 27.1 peratus daripada 27,858 unit yang didaftarkan pada Oktober 2021, yang juga jualan bulanan tertinggi dalam sejarah Perodua.

Kami sedang bekerja dengan ekosistem automotif utnuk mengatas isu, seperti peningkatan kes Covid-19, termasuk kekuranga bekalan semikonduktor, dan dengan langkah mengatasi, kami melihat Disember 2021 sebagai bulan terbaik kami,” katanya.

TENTANG JUALAN MYVI BAHARU

Zainal Abidin turut berkongsi perkembangan Myvi (2022) edisi dipertingkat (facelift) yang baru dilancarkan pada 18 November lalu.

  • Sudah 14,600 tempahan untuk Myvi (2022) setakat 2 Disember 2021.
  • Pendaftaran Myvi untuk November agak rendah kerana pelanggan menunggu pelancaran model facelift baharu itu.
  • Berdasarkan rekod, daripada 14,000 tempahan diterima, 7,189 unit adalah untuk model sebelum ini.
  • Bagi rekod tahunan pula, Perodua mendaftrakan 42288 unit Myvi antara Januari dan November tahun ini.
  • Keseluruhan jualan, sebanyak 167,250 unit dijual antara Januari dan November 2021, iaitu berkurangan 14.2 peratus dibandingkan tempoh sama tahun lalu (194,980 unit).
SASARAN  2022
  • Sasaran sekurnag-kurangnya 240,000 jualan dengan 40,000 unit atau peningkatan 20 peratus daripada jangkaan 200,000 unit yang didaftarkan tahun ini.
  • Sasaran 240,000 unit adalah anggaran awal, dan ramalan lebih tepat akan dikongsi pada lewat Januari 2022.

Zainal Abidin juga meramalkan 2022 sebagai tahun pemulihan daripada kesan buruk ekonomi yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan pandemik Covid-10 dan risiko pasaran lain.

“Berdasarkan ramalan dan maklumat semasa, kami menjangka dapat sekurang-kurangnya mencapai sasaran 240,000 unit pendaftaran pada tahun depan kerana kestabilan pasaran dan tempoh menunggu akan berkurangan ketara,” katanya.

Auto Terkini Datuk Zainal Abidin Ahmad Jualan Perodua November 2021 Jualan Tahunan Perodua Perodua Perodua Myvi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.