Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»128 Juta Pemilik Motor Berdaftar Jadi Bukti Industri Motosikal Indonesia Masih ‘Kecil’
Auto Terkini

128 Juta Pemilik Motor Berdaftar Jadi Bukti Industri Motosikal Indonesia Masih ‘Kecil’

ShawkathBy Shawkath23/02/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADA sekitar 130 juta pemilik motosikal dan skuter di Indonesia tetapi jumlah itu tidak mencerminkan potensi sebenar industri motosikal di negara republik berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI), Hari Budianto percaya industri motosikal masih berpotensi berkembang jika dilihat pada nisbah jumlah motosikal berbanding penduduk.

BACA >>> Lebih 153.4j Kenderaan Atas Jalan Indonesia, Motosikal Kekal Pengangkutan Paling Popular
BACA >>> Motosikal Kekal Mod Pengangkutan Paling Popular Indonesia, Jumlah Cecah 126 Juta Unit!

Beliau berkata:

Data Agensi Statistik Pusat (BPS) menunjukkan ada seramai 130 juta pemilik motosikal di Indonesia. Kalau mengikut ERI (Identifikasi Pendaftaran Elektronik) milik Polis Indonesia pula, jumlahnya seramai 128 juta dan (angka) ini masih boleh dikembangkan.”

Statistik AISI menunjukkan Indonesia merekodkan jualan sebanyak 5.2 juta motosikal sepanjang tahun 2022.

BACA >>> Pasaran Motosikal Indonesia Paling Teruk Terjejas 2020, Honda Rugi 2 Juta
BACA >>> Jualan Motosikal Indonesia Merosot Teruk Sepanjang 2020, Cuma TVS Motor Buat Untung

MENGAPA YAKIN MASIH BOLEH KEMBANG?

Hari memberi contoh kiraan dengan andaian statistik jualan sepanjang tempoh 10 tahun lalu. Beliau mengambil purata jualan  sebanyak 6 juta unit motosikal setahun (kadar sebelum pandemik Covid-19).

Katanya:

Kalau 6 juta unit darab dengan 10 tahun, maksudnya 60 juta kenderaan dan ini masih boleh dikembangkan. Jumlah penduduk di Indonesia ialah 270 juta orang. Kalau 60 juta motosikal setahun pun, masih boleh kembang empat kali lagi.

“Ini sesuatu yang boleh kita kembangkan. Masih ada kira-kira empat kali (ganda) lagi. Ia masih belum matang.”

Apa yang beliau maksudkan ialah nisbah pemilikan motosikal baharu di Indonesia ialah 1:4 iaitu satu motosikal atau skuter untuk setiap empat penduduk Indonesia.

Bagaimanapun, bukan mudah mencapai sasaran itu kerana Hari menyatakan banyak perkara perlu dilakukan untuk mengembangkan industri motosikal Indonesia, ini termasuk mengatasi masalah bekalan cip semikonduktor.

BACA >>> Cewek Indonesia Terkejut Penunggang Motosikal Boleh Masuk Lebuh Raya di Malaysia
BACA >>> Indonesia Beri Insentif RM2.2k untuk Pembeli Motosikal Elektrik Keluaran Syarikat Tempatan
BACA >>> 2 Juta Motosikal Elektrik Di Jalan Raya Indonesia Menjelang 2025

SUMBER: KOMPAS

Agensi Statistik Pusat (BPS) autoterkini Cip Semikonduktor ERI (Identifikasi Pendaftaran Elektronik) Hari Budianto Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI) roda2 Statistik Motosikal Indonesia
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.