Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»12 Fakta Pantas | Ducati Panigale V4 (2018) dengan Teknologi Trek Termaju
Roda2

12 Fakta Pantas | Ducati Panigale V4 (2018) dengan Teknologi Trek Termaju

AryonBy Aryon08/09/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK Fabio Taglioni merekacipta platform V-Twin pertama Ducati pada 1970, jenama berpangkalan di Borgo Panigale itu terus saja melakar sejarah tersendiri. Platform itu, dikenali sebagai L-Twin (kerana silinder depan dilihat selari dengan tanah) terus merentas masa dan digunakan pada semua model jalanan daripada 1299 Panigale hingga Scrambler 400.

BACA >>> Ducati 1299 Panigale R Final Edition – Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!

Pada masa lalu, Ducati hanya mengeluarkan motosikal 4-silinder, Desmosedici RR dengan enjin 989cc V4 berasaskan jentera MotoGP Ducati Desmosedici. Motosikal tersebut cuma ada di pasaran selama dua tahun dan menjadi antara jentera dua roda paling diburu pengumpul koleksi.

Namun, segalanya berubah drastik bagi Ducati menjelang 2018 yang mana pengeluar motosikal terkenal dari Itali itu bakal memasuki era baharu dalam pembuatan superbike V4. Perubahan itu menurut Ducati akan dimulakan dengan Ducati Panigale V4. Jadi apa yang menarik tentang superbike ulung ini?

1. SELAMAT TINGGAL 1299 TWIN, SELAMAT DATANG 1103CC V4 STRADALE

Enjin baharu 90° V4 mampu menghasilkan kuasa 214hp pada 13,000rpm, dan tork 124Nm pada 10,000rpm, iaitu 9hp lebih berkuasa berbanding 1299 Panigale, tetapi 20.6Nm kurang tork. Rev enjin ditetapkan hingga 14,000rpm. Sila ambil perhatian, spesifikasi ini tidak layak untuk siri perlumbaan (misalnya, WorldSBK mengehadkan sesaran untuk enjin kembar pada 1,200cc, manakala 4-silinder untuk 1,000cc) kerana Panigale V4 melebihi had 1,000cc. Bagaimanapun Ducati dijangka melancarkan V4 yang patuh peraturan perlumbaan pada tahun hadapan.

2. FREM MONOKOK DENGAN DESMOSEDICI STRADALE

Ducati Panigale V4 masih menggunakan frem monokok yang menjadikan Desmosedici Stradale sebagai nadi kuasa dengan berat basah 197.7kg, meningkat 7.25kg daripada 1299 Panigale.

3. ADA 3 VARIAN

Berasaskan tradisi tipikal jentera moden masa kini, Ducati Panigale V4 tampil dalam pelbagai versi model – basis, S dan ‘Speciale’. Model basis didatangkan dengan suspensi Showa, manakala S dan Speciale dengan Öhlins. Speciale turut dipertingkatkan dengan material gentian karbon.

4. ACI ENGKOL SONGSANG

V4 Stradale, yang dilonjakkan 42 darjah ke belakang seperti tetapan MotoGP, memiliki aci engkol songsang (counter-rotating). Tidak seperti motosikal kilang yang mana aci engkol berputar dalam arah sama seperti roda, ciri songsang Stradale pula bekerja seakan jentera MotoGP. Ini memberi kelebihan kepada aspek pecutan dan pengendalian berasaskan bantuan giroskopik dan inersia.

5. PENCUCUHAN ‘TWIN PULSE’

Bagi menghasilkan semula efek lonjakan berterusan V-Twin, V4 Stradale menampilkan pencucuhan ‘Denyut Kembar’ (Twin Pulse). Dua hand silinder kiri menyala hampir sama seperti dua hand silinder kanan. Arahan tembakan adalah dalam 0°, 90°, 290° dan 380°. Agak teknikal, tetapi apa perlu anda tahu, cara ini adalah seperti jentera GP17 milik Andrea Dovizioso.

6. TREN INJAP DITALA SEMULA

V4 Stradale, menampilkan tren injap (valve train) Desmodromic ditala semula dan pelinciran semi takung kering (dry sump). Tempoh penyenggaraan 7,500 batu (12,070km), manakala servis injap dibuat pada setiap 15,000 batu (24,140km)

7. ÖHLINS UNTUK S, SPECIALE

Model basis datang dengan suspensi Showa Big Piston Fork 43m, dan absorber belakang Sachs yang kedua-duanya boleh laras sepenuhnya. V4 S dan Speciale pula menawarkan suspensi kawalan elektronik: fork Öhlins NIX-30 di depan, dan Öhlins TTX36 (belakang), termasuk peredam stereng Öhlins dengan sistem kawalan berasaskan situasi. Suspensi dan peredam stereng dikawal sistem kawalan generasi kedua, Öhlins Smart EC 2.0 yang antaranya memuatkan teknologi baharu seperti Antaramuka Talaan Berasaskan Objektif (OBTi)

8. KALIPER BREMBO PALING TERKINI

Ducati Panigale V4 menggunakan kaliper Brembo Stylema baharu, iaitu evolusi M50 paling terkini. Rekabentuk lebih kompak berjaya mengurangkan 70 gram berat setiap kaliper. Kaliper 4-piston itu mengepit dua brek cakera 330mm di depan, manakala kaliper 2-piston ditugaskan menjaga cakera tunggal 245mm di belakang.

9. TEKNOLOGI SERBA MAJU

Berikut teknologi terkini yang dimuatkan pada Ducati Panigale V4:

  • Belokan ABS Bosch EVO
  • Kawalan Traksi Ducati EVO (DTC EVO)
  • Kawalan Gelincir (DSC)
  • Kawalan Wheelie Ducati EVO (DWC EVO)
  • Luncur Kuasa Ducati (DPL)
  • Quick Shift atas/bawah Ducati EVO (DQS EVO)
  • Kawalan Brek Enjin EVO (EBC EVO)
  • Suspensi Elektronik Ducati EVO (DES EVO)
  • Pemasa Pusingan Ducati GPS
  • Analiser Data Ducati + GPS (opsyen, data analisis trek)
  • Sistem Multimedia Ducati (opsyen, cangkuk untuk telefon pintar)

10. TANGKI MOTOGP

Panigale V4 tampil dengan tangki yang sama digunakan prototaip MotoGP. Tangki berkapasiti 16 liter itu menempatkan sebahagian simpanan bahan api di bawah ruang penunggang. Ini membantu merendahkan pusat graviti (CoG), dan menambah baik pengendalian.

11. ADA 3 MOD TUNGGANGAN

Ada tiga Mod tunggang disediakan:

Race: 214hp; kurang bantuan elektronik, untuk penunggang berpengalaman
Sport: 214hp; banyak bantuan elektronik, untuk penunggang kurang pengalaman
Street: 213hp; banyak bantuan elektronik, mendapatkan cengkaman dan kestabilan lebih baik.

12. PAPARAN TFT PENUH

Ducati Panigale V4 didatangkan dengan paparan TFT warna penuh generasi kedua. Skrin 5-inci itu memaparkan dua layout berbeza: Track and Road.

GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling.com

Ducati Ducati Panigale V4 (2018) Fabio Taglioni motosikal roda2 superbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026

    1 Comment

    1. Pion Panigale on 15/11/2017 20:18

      cantik sgt ducati panigale v4 tapi takde duit nak beli… kasi hadiah bole x?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.