Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»12 Fakta Pantas: Maserati Levante Trofeo Launch Edition di Malaysia! Harga RM838k
Roda4

12 Fakta Pantas: Maserati Levante Trofeo Launch Edition di Malaysia! Harga RM838k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Italia mengumumkan ketibaan Maserati Levante Trofeo Launch Edition ke pasaran Malaysia yang menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sebagai model Maserati paling berkuasa pernah dikeluarkan.

SUV mewah ini akan dijual pada harga RM838,800 (sebelum duti tempatan dan cukai) dan ditawarkan dalam pilihan warna biru, kuning dan merah. Apakah yang menarik tentang Levante Trofeo Launch Edition ini?

Jom, kami senaraikan 12 fakta pantas tentang SUV itu buat anda!

1. Levante Trofeo Launch Edition ialah model edisi terhad yang hanya 100 unit dihasilkan untuk pasaran global, dan Malaysia cuma menerima tiga unit sahaja.

2. Ini ialah Levante pertama menggunakan enjin 3.8L Twin Turbo V8 berkuasa 590hp dan tork 730Nm. Hantaran kuasa kepada roda disalurkan menerusi transmisi automatik ZF 8-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj dicapai sepantas 3.9 saat dengan kelajuan maksimum 304kmj.

3. Kuasa diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya menerusi sistem pacuan semua roda pintar (iAWD) Q4 dengan mod pemanduan CORSA dan kawalan luncur baharu. Sistem Q4 dibangunkan Maserati untuk memberikan pengalaman pemanduan roda belakang terbaik. Dalam pemanduan normal, sistem tersebut menyalurkan 100 peratus kuasa tork ke roda belakang.

4. Atas permukaan licin atau apabila roda belakang hilang cengkaman, sistem Q4 akan mengubah agihan tork depan dan belakang kepada nisbah 50:50 sepantas 150 milisaat.

BACA >>> Wakil Jualan Yamaha India Perkenal YZF-R15 V3 Edisi Merah Ferrari

5. Mod pemanduan CORSA adalah teknologi eksklusif Levante Trofeo yang diprogramkan untuk memberikan penukaran gear lebih pantas, aras suspensi udara lebih rendah, redaman Skyhook yangsporty dan mengoptimumkan tetapan sistem Q4.

6. CORSA hadir dalam mod pemanduan: Normal, ICE, Sport dan Off Road. Sistem Kawalan Kenderaan Bersepadu (Integrated Vehicle Control, IVC) juga dibekalkan buat kali pertama untuk Levante bagi mendapatkan dinamik pemanduan terbaik.

7. Memiliki agihan berat 50:50 ideal dan pusat graviti (CoG) rendah yang dipadukan suspensi double-wishbone (depan) dan multilink (belakang) serta dibalut tayar belakang lebar dengan rim aloi aluminium.

8. Wajah depan mengunakan unit lampu utama Matriks Adaptif LED-Penuh, gril depan dengan palang vertikal kembar berserta logo ikonik tongkat trisula Neptun dan kemasan hitam Black Piano, gril jejaring sarang lebah pada bawah bampar, manakala kaliper brek dalam pilihan warna merah, biru, hitam, perak atau kuning. Juga kelihatan lencana Trofeo pada pilar C Levante dengan gaya coupe.

9. Karakter sporty SUV ini diserlahkan lagi dengan penggunaan komponen gentian karbon pada bahagian dalaman dan luaran. Pemandu boleh melaraskan ketinggian kerusi dengan suis khas atau memilih mod pemanduan di konsol tengah. Beza ketinggian dari posisi paling rendah hingga paling tinggi ialah 75-85mm termasuk tahap Park.

10. Ruang dalaman menampilkan ciri elegan yang menyerlahkan ambien serba mewah. Kerusi sports dibalut kulit premium semula jadi ‘Pieno Fiore’ asli yang belum ada dalam industri automotif dan dipadankan sulaman benang kontras berserta logo Trofeo pada perehat kepala.

11. Personaliti model istimewa ini diserlahkan lagi dengan perincian kemasan gentian karbon 3D Touch, penukar gear, grafik kelompok instrumen khas, alas lantai dengan lencana logam Trofeo dan jam Maserati dengan jarum unik. Sistem audio bunyi keliling premium Bowers & Wilkins dengan 17 unit pembesar suara menawarkan pengalaman bunyi  berkualiti seakan berada dalam dewan konsert tertutup.

12. Setiap pembelian dipakejkan waranti standard tiga tahun tanpa had perbatuan dengan program servis percuma tiga tahun, atau 60,000km (mana satu tiba dahulu). Pemilik juga akan menikmati program jaminan ‘Serenity’ selama tujuh tahun.

BACA >>> 8 Fakta Pantas – Maserati Levante S (2019) Kini di Malaysia, Harga Bermula RM788,800
BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Maserati Maserati Levante Maserati Levante Trofeo Launch Edition Naza Italia Roda4 SUV SUV mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.