Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»11 Fakta Pantas – Mercedes-Benz C-Class Facelift Kini di Malaysia, Harga Mula RM260k
Auto Terkini

11 Fakta Pantas – Mercedes-Benz C-Class Facelift Kini di Malaysia, Harga Mula RM260k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HANYA tinggal dua bulan sebelum 2018 berlabuh pergi. Namuin itu bukan penghalang Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan model-model baharu ke pasaran tempatan. Selepas memperkenalkan A-Class dua minggu lalu, kini tiba pula giliran sedan Mercedes-Benz C-Class versi facelift yang lebih sporty dan mewah.

 C-Class ialah siri Mercedes-Benz paling berjaya dan kini memasuki tahun kelima pengeluaran dengan menerima banyak pembaharuan. Bukan sekadar menawarkan sistem bantuan pemandu dan ciri keselamatan aktif terbaik, tetapi juga didatangkan dengan enjin baharu termasuk 4-silinder generasi terkini.

Berikut 11 fakta pantas tentang Mercedes-Benz C-Class yang perlu anda tahu:

1. C-Class versi Malaysia didatangkan dalam 3 pilihan varian sedan, dan 2 varian coupe iaitu:

  • Mercedes-Benz C 200 Avantgarde
  • Mercedes-Benz C 300 AMG
  • Mercedes-AMG C 43 4MATIC

Dan ada 2 versi coupe:

  • Mercedes-Benz C 200 Coupé AMG
  • Mercedes-Benz C 300 Coupé AMG

2. Berikut ialah spesifikasi 3 varian Mercedes-Benz C-Class:

  • C 200 Avantgarde/Mercedes-Benz C 200 Coupé AMG – Enjin 4-silinder 1.5L turbo dipadankan penghidup/alternator berkuasa dengan gabungan 48volt serta EQ Boost berkuasa 184hp (+13hp) dan tork maksimum 280Nm (+160Nm).
  • Mercedes-Benz C 300 AMG Line/Mercedes-Benz C 300 Coupé AMG – Enjin 2.0L turbo (258hp/370Nm).
  • Mercedes-AMG C 43 4MATIC – Enjin 3.0L V6 biturbo berkuasa 390hp (+23hp) dan tork maksimum 520Nm yang dicapai seawal rev 2,500-5,000rpm.

Semua model dipadankan transmisi 9G-TRONIC yang menawarkan hantaran kuasa lancar.

2. Harga mengikut varian ialah:

  • Mercedes-Benz C 200 Avantgarde – RM259,888
  • Mercedes-Benz C 300 AMG Line – RM304,888
  • Mercedes-AMG C 43 4MATIC – RM421,888
  • Mercedes-Benz C 200 Coupé AMG – RM346,888
  • Mercedes-Benz C 300 Coupé AMG – RM416,888

*Harga atas jalan termasuk caj SST tanpa insurans

BACA >>> 13 Fakta dan Foto Wow Tentang Mercedes-Benz C-Class Coupé (2016)

3.  Penampilan C 200 diserlahkan dengan pemasangan kosmetik Avantgarde seperti bampar depan dinamik dengan elemen  kemasan tengah krom berkilat, lubang udara paten berlian warna hitam dan kemasan krom berkilat pada sistem paip ekzos berkembar pada bampar belakang.

4. Rupa baharu versi facelift dapat dilihat pada lampu depan dan belakang yang direka semula. Ini ditambah perincian menarik yang menyerlahkan personaliti dan karakter moden, khususnya lampu LED prestasi tinggi.

5. Kabin menampilkan ciri mewah seperti kokpit digital 12.3 inci dengan 3 pilihan paparan Classic, Sport, dan Progressive. Paparan media skrin 10.25 inci resolusi tinggi boleh dioperasi menerusi dua punat kawalan sentuh pada stereng.

6. Sistem infotainment dilengkapkan ciri integrasi telefon pintar bersama sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Tidak ketinggan ciri baharu, iaitu masukan tanpa kunci aka Keyless-Go dibangunkan Mercedes-Benz.

BACA >>> Mercedes-Benz Umum Harga Baharu GST 0% – Jimat Hingga RM43k

7. C 43 4MATIC didatangkan dengan perincian individual lebih sporty melalui roda stereng prestasi AMG dalam bentuk Dinamica dan kemasan aluminium berkualiti tinggi.

8. Tidak ketinggalan C 200 Avantgarde didatangkan dengan ciri Bantuan Titik Buta (BSA), manakala C 300 dan C 43 dipasangkan ciri Bantuan Kekal Lorong Aktif (Active-LKA) yang berfungsi memberi amaran kepada pemandu menerusi getaran stereng sekiranya kenderan terpesong dari lorong pada kelajuan antara 60-200kmj.

9. Penampilan AMG Line yang garang diserlahkan menerusi gril radiator berlian kemasan krom bersama apron depan spesifik AMG dengan geometri baharu, intake udara sporty dan elemen kemasan krom. Ruang kabin diserlahkan dengan padanan kerusi imej integral.

BACA>>>Umur 16 Tahun Sudah Beli Lori Mercedes-Benz Unimog, Kini Lebih Tiga Dekad Tetap Setia

10. Mercedes-Benz turut menawarkan  pilihan kemasan material baharu untuk konsol tengah, iaitu walnut coklat atau kayu oak. Tidak ketinggalan tawaran warna baharu, kelabu magma/hitam pada kabin.

11. Tidak ketinggalan rekaan turbin baharu pada punat mula-henti dan rekabentuk baharu kunci kereta. Pelanggan boleh ditawarkan 3 pilihan:  hitam dengan keliling krom berkilat, putih dengan keliling krom, atau putih berkilat dengan keliling krom kusam.

GALERI
Auto Terkini Mercedes-AMG C 43 4MATIC Mercedes-benz Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Mercedes-Benz C 200 Coupé AMG Mercedes-Benz C 300 AMG Line Mercedes-Benz C 300 Coupé AMG Mercedes-Benz C-Class Mercedes-Benz C-Class Coupé Mercedes-Benz C-Class sedan Mercedes-Benz Malaysia sedan mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.