Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Model Kereta Paling Laris Malaysia, Perodua Bezza Kekal Raja Jualan!
Auto Terkini

10 Model Kereta Paling Laris Malaysia, Perodua Bezza Kekal Raja Jualan!

SyafieBy Syafie13/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

 

Berdasarkan data pendaftaran terkini, Perodua Bezza muncul sebagai model paling laris di Malaysia, meninggalkan pesaing lain dengan jurang ketara.

Perodua Bezza Paling Tinggi Daftar

Perodua Bezza mencatatkan 100,488 unit pendaftaran, sekali gus mengekalkan status sebagai sedan paling popular negara ini.

Gabungan harga mampu milik, penggunaan bahan api yang cekap dan kos penyelenggaraan rendah terus menjadikan Bezza pilihan utama pengguna, terutama kalangan pembeli pertama dan pemandu e-hailing.

Perodua Dominasi Lima Teratas

Kedudukan kedua hingga keenam turut dikuasai model Perodua. Axia berada di tempat kedua dengan 84,291 unit, disusuli Myvi, ketiga (72,724 unit).

Proton Saga menjadi satu-satunya model bukan Perodua dalam lima teratas apabila mencatatkan 70,903 unit, sekali gus membuktikan model sedan nasional itu masih relevan dan kompetitif.

Perodua Alza pula merekodkan 45,534 unit, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, Perodua Ativa berada di kedudukan keenam (38,609 unit), menunjukkan permintaan kukuh terhadap kenderaan keluarga dan SUV bersaiz kecil.

Toyota, Honda Kekal Konsisten

Bagi jenama Jepun, Toyota Vios berada di tempat ketujuh dengan 31,776 unit, disusuli Toyota Hilux di kedudukan kelapan (28,118 unit).

Honda City pula mencatatkan 27,107 unit, mengekalkan reputasi sebagai sedan segmen-B yang stabil dari segi jualan.

Proton X50 Lengkapi Senarai 10 Teratas

Melengkapkan senarai 10 model paling laris ialah SUV Proton X50 dengan 26,310 unit pendaftaran.

SUV segmen-B ith terus mendapat sambutan hasil rekabentuk moden, tahap keselamatan tinggi dan teknologi terkini yang ditawarkan pada harga kompetitif.

Harga, Cekap Bahan Api Pilihan Utama

Data itu jelas menunjukkan pengguna Malaysia masih mengutamakan harga mampu milik, kecekapan bahan api dan kos pemilikan rendah.

Pada masa sama, permintaan terhadap SUV juga semakin meningkat, selari dengan trend global. Dominasi Perodua membuktikan strategi penawaran produk yang praktikal dan mesra pengguna terus menjadi formula kejayaan dalam pasaran tempatan.

Auto Terkini Perodua Bezza PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.