MENGAPA perlu bayar kalau anda boleh dapatkan 10 game racing Android terbaik percuma. Senarai di bawah dibuat oleh pihak Android Central. Tunggu apa lagi, muat turun sekarang!
1. ASPHALT 8: AIRBORNE
Tersenarai antara game perlumbaan Android paling digemari. Asphalt 8: Airborne ialah game perlumbaan mengasyikkan kerana menjadikan jalan raya dalam bandar sebagai trek berlumba. Anda boleh membuka siri perlumbaan baru, menaiktaraf prestasi kereta dan bermain online secara multipemain atau berentap secara langsung.
Selain mod lumba biasa, ada juga tambahan 'jangkitan', di mana pemain perlu meng-tag pelumba lain sebelum tewas kepada virus letupan. Paparan grafik cukup menarik, manakala lagu tema (soundtrack) begitu bersemangat. Asphalt 8: Airborne ialah game aksi perlumbaan dengan fiil adrenalin yang sukar dilupakan.
2. BEACH BUGGY BLITZ
Tampil dalam bentuk game perlumbaan santai atau easy-going. Anda perlu mengembara sepanjang pesisir pantai tropika dan cuba merempuh titik semak (checkpoint) sebelum masa habis. Anda juga akan mengumpul syiling sepanjang perlumbaan sebagai belanja untuk menaiktaraf buggy.
Namun, pastikan buggy anda tidak melanggar halangan seperti pondok, binatang dan rakan pelumba lain kerana impak perlanggaran akan memperlahankan kelajuan kenderaan anda. Grafik Beach Buggy Blitz cukup berwarna-warni dan lancar, termasuk efek air, habuk dan cahaya. Game ini sesuai buat mereka yang mencari game yang ringan dan kurang stres, juga mesra kanak-kanak.
3. CSR RACING
Sebuah game perlumbaan drag yang kemas. Tidak perlu bimbang tentang stereng kerana apa yang perlu anda buat ialah memastikan pertukaran gear dilakukan tepat dan sempurna. Ada indikator yang akan beritahu anda bilakah masa tepat untuk menukar gear. Kemudian pecutlah meninggalkan lawan hingga ke garis penamat.
Wang premium boleh digunakan untuk membeli kereta mewah berkuasa tinggi, sebaliknya wang standard sekadar membolehkan anda menaiktaraf item dan alat ganti kereta tertentu seperti kotak gear, enjin, injap ambilan atau badan kereta. CSR Racing ialah game yang mampu membuatkan anda ketagih kerana tidak puas hati ditewaskan lawan.
4. DEATH RALLY
Game ini khas buat anda yang gilakan perlumbaan jenis tempur dan penuh aksi. Sebelum bermula, anda perlu melengkapkan jentera dengan aneka senjata gaya Mad Max. Sebaik saja perlumbaan bermula, anda akan cuba menyingkirkan pihak lawan secara langsung.
Perlumbaan tampak seronok dengan bahagian dan komponen senjata kelihatan bertaburan sepanjang jalan, termasuk bonus tunai dan bekalan nitro untuk menambahkan kelajuan. Apa yang bagus mengenai Death Rally ialah anda masih boleh mengaut bonus tunai walaupun tidak memenangi tempat pertama, tetapi dengan meletupkan pihak lawan. Pastinya game wajib main buat mereka yang sukakan kemusnahan dan kemarahan.
5. FAST & FURIOUS 6
Judul game jelas diilhamkan daripada filem aksi popular, Fast & Furious yang bercorakkan perlumbaan drag. Sama seperti CSR Racing, anda perlu menukar gear pada masa tepat jika mahu meninggalkan pihak lawan di belakang dan melonjakkan diri dalam ranking. Boleh bermain sama ada secara individu atau online (multipemain). Kemenangan membolehkan anda menaiktaraf siri perlumbaan dan berdepan dengan cabaran baru.
Apa yang membezakan Fast & Furious 6 berbanding game drag lain ialah ciri game-mini drift, di mana pemain perlu menahan dan melepaskan butang drift dalam zon sasaran tertentu untuk mendapatkan masa terbaik. Menawarkan ciri kepermainan yang pelbagai dan grafik yang cantik.
6. FOREVER DRIVE
Anda akan berlumba dari pandangan atas dan perlu mengelak halangan kenderaan lain sebelum masa tamat. Melanggar titik semak (checkpoint) tertentu membolehkan anda membeli sedikit masa, termasuk mendapat objektif bonus berupa poin tambahan pada setiap peringkat perlumbaan.
Namun, sila pastikan tidak merempuh trafik atas trek atau merempuh tembok kerana boleh memperlahankan kereta dan membatalkan skor gandaan. Anda juga dapat meraih poin pengalaman, naik level, dan mendapat akses kepada kereta baharu dan plat lesen lebih masa selain melompat secara fast-track menerusi belian aplikasi dalaman (in-app).
Jualan poin sangat lancar dan real dengan grafik ala pseudo-Tron yang memberikan efek unik. Apa yang bagus mengenai Forever Drive ialah anda boleh membina dan menghantar litar sendiri yang dapat dikongsi dengan pemain lain. Forever Drive sememangnya game perlumbaan yang penuh gaya dan imaginasi.
7. GT RACING 2
Game gaya pro-perlumbaan yang hebat. Reputasi anda sebagai pelumba akan meningkat seiring kemenangan yang diraih dalam siri perlumbaan pemain-tunggal dengan merangkul pelbagai prestij dan anugerah. Sepanjang proses itu, anda boleh membeli dan menaiktaraf jentera. GT Racing 2 juga boleh dimain secara multipemain online jika anda merasa cukup hebat.
Ciri menarik game ini ialah Perfect Line yang akan memaparkan di mana anda patut memandu menerusi trek khas sama ada untuk mendapatkan belokan paling efisien atau mata bonus. Game yang cukup kompetitif dan cantik dengan pelbagai model kereta sebenar seperti di dunia nyata.
8. MOTOHEROZ
Game berbentuk paparan sisi (sama seperti Angry Birds). Kawalan game membenarkan anda bergerak ke depan dan belakang, serta membaling kenderaan ke depan atau belakang. Setiap peringkat permainan ada objektif tersembunyi, dan sebuah buggy hantu untuk memastikan anda menghala ke arah objektif final dengan cepat.
Anda juga dibekalkan item berkuasa seperti pek jet dan spring (perlu dirempuh) yang akan membantu anda ke garisan penamat. Apa yang menyeronokkan ialah pemain bukan saja berusaha untuk ke peringkat seterusnya, mereka juga perlu mendapatkan cukup momentum ke garisan penamat yang dituju dan cuba untuk tidak terbabas. Ada banyak keterujaan ketika bermain MotoHeroz ini!
9. REAL RACING 3
Game aksi perlumbaan yang membariskan jenama kereta sebenar. Memuatkan sistem multipemain tidak serentak, di mana masa pusingan direkod daripada rakan lumba dan anda akan berlumba melawan komputer pada satu-satu masa itu.
Sudah tentu anda dapat menumpaskan komputer, sekali gus menjejaskan masa trek mereka. Permainan secara individu juga menyeronokkan. Sepanjang masa anda berpeluang mendapat kereta baru dan boleh menaiktarafkannya dengan pelbagai item mekanikal hasil kemenangan yang dicapai. Tetapi pastikan anda berlumba dengan baik kerana setiap kerosakan memerlukan kos baik pulih yang mengurangkan bajet naiktaraf. Real Racing 3 sangat cantik dan menjadi antara game perlumbaan telefon pintar wajib main.
10. SMASH COPS HEAT
Sebuah game gaya lama membabitkan perlumbaan kejar mengejar antara polis dan perompak, di mana anda beraksi sebagai polis. Anda akan memandu kereta dengan skema kawalan yang mesra-sentuhan dan intuitif. Penggalas (boost) kecil akan memberikan anda kuasa rempuhan dan ada indikator nyawa di atas kenderaan. Antara misi dimuatkan adalah merempuh perompak, berlumba ke kawasan jenayah dan senario cabaran khusus. Smash Cops Heat ialah sebuah game yang pantas dan mengujakan dengan kualiti grafik terbaik.
Leave a Reply