Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»10 Fakta Pantas Tentang Honda Monkey (2019) dengan Rupa Retro dan Ciri Moden
Roda2

10 Fakta Pantas Tentang Honda Monkey (2019) dengan Rupa Retro dan Ciri Moden

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SESIAPA yang biasa dengan Honda Mini Trail 50 dan Z50 pada era 1960-an pasti dapat mengecam penampilan Honda Monkey 125cc (2019) baharu ini.

Apa yang mungkin ramai tidak tahu ialah Mini Trail asalnya adalah evolusi daripada motosikal off-road yang dikhaskan utnuk kanak-kanak, dipanggil Monkey di Jepun.  Namun, Monkey (2019) bukan untuk kanak-kanak, tetapi didatangkan dengan penambahbaikan yang menepati standard motosikal abad 21.

BACA >>> Honda Monkey Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini, Harga Masih Belum Sahih!

1. Monkey (2019) direka sebagai jentera jalanan berbanding Mini Trail 50 sebagai motosikal dual-sport. Walaupun memiliki fender keluli tahan karat yang dipasang tinggi, tetapi tayar motor ini besar. Tayar Vee Rubber memiliki corak bunga seperti jentera advencer aka ADV. Jadi mungkin boleh dipanggil Monkey Mini ADV!

2. Monkey (2019) mendapat banyak kemas kini berbanding generasi terdahulu. Motor ini nampak sinonim dengan (Honda) Grom. Ini bermakna pembeli akan diberikan trenkuasa SOHC penyejukan udara dengan 2 injap dan EFI, berserta sistem penghidup elektrik.

3. Berbeza Mini Trail dengan klac emparan (centrifugal) automatik, Monkey (2019) menawarkan klac standard yang bersambung dengan transmisi 4-kelajuan. Berbanding brek dram, Monkey didatangkan dalam pilihan brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

4. Suspensi travel agak panjang, iaitu 4 inci walaupun tidak boleh dilaras untuk kedua-dua bahagian. Tujuannya ialah menyerap sebarang situasi rupa bumi, terutama ketika meredah permukaan jalan tidak berturap.

5. Ketinggian pelana rendah, cuma 30.6 inci (777mm). Tidak tinggi, tetapi tidak juga rendah. Monkey (2019) masih mudah dikawal kerana berat badan motosikal itu cuma 106kg dengan kapasiti tangki bahan api 5.7 liter. Monkey (2019) juga lebih ergonomik dengan bar hendal bengkok dan tinggi, manakala keselesaan pelana cukup memuaskan.

6. Panel atau tolok meter bulat tampil klasik, tetapi moden. Sebaik saja enjin dihidupkan, terus tertera mesej selamat datang. Kemudian, penunggang akan dipaparkan maklumat tentang spidometer, odometer, takometer, dua trip meter dan takat bahan api.

7. Lampu belakang tampil retro moden dengan lampu brek LED dalam perumah disepadukan bersama signal belok.

8. Walaupun tayar memiliki ciri advencer @ ADV, bahagian bawah paip ekzos tidak pula dilindungi. Jadi, penunggang perlu mengelak meredah permukaan jalan berbatu atau kerikil .

9. Banyak kemasan krom dan cerah (sama ada merah atau kuning), penampilan Monkey (2019) sebagai motosikal urban sememangnya cukup menonjol. Walaupun suka dengan nama warna baharu: Pearl Nebula Red (merah) dan Banana Yellow (kuning), tetapi rindu pula dengan nama warna asal Mini Trail: Tahitian Red dan Bright Yellow. Apapun, bukankah Banana Yellow lebih sesuai dengan Monyet? 😀 Oh, sebelum terlupa, Monkey (2019) versi ABS tiadapilihan warna, cuma Pearl Nebula Red.

10. Monkey (2019) akan berada di pasaran pada Oktober ini. Jika ada di pasaran harga seunit funbike itu ialah AS$3999 (RM15,964) untuk versi standard, dan tambahan AS$200 (RM798) untuk versi ABS. Khabarnya, Monkey juga akan masuk pasaran Malaysia tahun ini.

SPESIFIKASI HONDA MONKEY (2019)

ENJIN
JENIS: Horizontal 4-lejang tunggal
SESARAN: 125cc
GREK x LEJANG: 52.4mm x 57.9mm
NISBAH MAMPATAN: 9.3:1
SUNTIKAN BAHAN API:EFI
PENYEJUKAN:Udara
INJAP: SOHC, 2-injap
PENGHIDUP:Elektrik
TRANSMISI:4-kelajuan
KLAC: Sentrifugal Automatik

CASIS
SUSPENSI: Travel tidak boleh laras, fork terbalik 31mm, 3.9 inci (depan); Travel tidak boleh laras, absorber,  4.1 inci (belakang)
TAYAR: Vee Rubber 120/80 x 12 (depan); 130/80 x 12 (belakang)
BREK: Cakera 220mm dengan kaliper Nissin (depan); Cakera 190mm dengan kaliper Nissin (belakang)

DIMENSI DAN KAPASITI
JARAK RODA: 1,150mm
RAKE: 25º
TRAIL: 3.2 inci
TINGGI PELANA: 777mm
TANGKI MINYAK: 5.7 liter
BERAT:106kg
WARNA: Pearl Nebula Red (merah); Banana Yellow (kuning)

GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling

fakta pantas Funbike Honda Honda Mini Trail 50 Honda Monkey (2018) Honda Z50 roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.