• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Monkey Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini, Harga Masih Belum Sahih!

Honda Monkey Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini, Harga Masih Belum Sahih!

April 27, 2018 By AI 2 Comments

FacebookTwitter


MINGGU lalu kami ada mengumumkan tentang kemunculan semula model Honda Monkey. Sebagai permulaan, enjin asal 50cc akan digantikan dengan enjin 125cc daripada model Grom sedia ada untuk lebih prestasi.

Ini pula berita tentang kehadiran Monkey ke Malaysia. Ketika bertemu Pengerusi Lembaga Pengarah Boon Siew Honda, Datuk Wira Tan Hui Jing, kami sempat bertanya tentang adakah model funbike itu akan dibawa masuk ke negara ini?

BACA >>> Honda Monkey (2019) Versi Jalanan Diperkenal Tahun Ini, Dijangka Masuk Malaysia?

Styling Honda Monkey Yellow Lowres4
honda-monkey-ii
honda-monkey-iii

Jawap Datuk Tan;

"Kami mungkin akan bawa masuk model itu sekitar hujung tahun ini, tetapi apa-apapun kami perlu lihat dulu harga, takut nanti jadi mahal."

"Tapi cantikkan Monkey bike tu?" tanya Datuk kepada kami. Kami pun balas; "Memang cantik Datuk, tetapi kalau tahu harga lagi OK." Krikk krikkk krikkk...

Apapun, terlalu awal untuk menentukan harga motosikal berkenaan kerana masih dalam proses kajian pasaran.

Monkey berkongsi banyak visual DNA model lama dengan mengetengah beberapa perubahan untuk disesuaikan dengan era moden. Versi terbaharu kali ini akan dilengkapkan ciri brek cakera dengan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci), lampu LED, fork terbalik dan instrumen digital.

Sementara itu, Thailand sudah pun melancarkan Monkey 125 pada Pameran Automotif Bangkok 2018 pada harga cadangan Monkey 125 ialah ฿99,000 bath (RM12,312).

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: auto terkini, Boon Siew Honda, BSH, Datuk Wira Tan Hui Jing, fun bike, Honda, Honda Monkey, Honda Monkey 125, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my