Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton Saga (2016) VS Saga FLX: 15 Perincian Interior yang Perlu Anda Tahu
Roda4

Proton Saga (2016) VS Saga FLX: 15 Perincian Interior yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman17/03/20193 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH perbezaan dalaman antara Proton Saga (2016) dan Saga FLX? Artikel kali ini akan memperincikan secara satu lawan satu mengenai dua model generasi berbeza itu supaya kita dapat menilai apakah penambahbaikan yang dilakukan Proton.

Perbandingan model membabitkan varian Proton Saga Premium (dilancarkan beberapa minggu lalu) dan Saga FLX daripada generasi sebelumnya (generasi ke-2). Sebagai makluman, kedua-dua varian itu ialah model paling premium dalam generasi masing-masing.

BACA >>> Inilah Rupa Paras Proton Saga 2016 Pabila Malam Hari

Mari kita teliti perbezaan antara Proton Saga (2016) di sebelah kanan dan Saga FLX (kiri) di bawah ini:

1. PAPAN PEMUKA HARMONI

Fiil dalam kabin mungkin dirasakan sama kerana Saga (2016) dibina berasaskan platform BLM (Saga FLX) . Namun apabila ditelitikan, kita akan dapat mengesan perubahan total rekabentuk Saga baharu. Paling ketara ialah komposisi panel dan instrumen atas papan pemuka.

Rekabentuk papan pemuka Saga (2016) tampak lebih fokus dan straightforward dengan menumpukan kepada eksploitasi elemen bersegi atau petak dalam rekabentuk. Paling penting, segalanya diadun lebih harmoni dan kemas.

2. STERENG ELEGAN

Jika stereng Saga FLX nampak agak murahan, stereng Saga (2016) pula lebih elegan. Terima kasih kepada lambang Proton yang bukan saja khas buat varian Premium saja, tetapi juga semua varian. Walaupun diambil daripada model Preve, penampilan stereng Saga (2016) nampak kena dengan rekabentuk baharu papan pemuka. Lekukan roda stereng berserta tengah stereng yang bersegi dan digemukkan berjaya  menghilangkan visual bulat dan flat seperti dilihat pada Saga FLX.

3. PANEL UTAMA DIPERKEMAS

Komposisi panel utama Saga (2016) lebih teratur dengan reka letak disusun rapi, kemas dan teliti membabitkan keseluruhan instrumen yang bergayut padanya. Ventilator Saga FLX yang bulat (mungkin terpengaruh reputasi Perodua Myvi) nampak begitu kekok apabila disusuli set audio yang petak. Malah, ruang kosong di bahagian punat kawalan membuatkan keseluruhan kabin tampak loose dan tiada semangat. Sebaliknya, susunan dan rekaan Saga (2016) lebih kompak, teratur dan ada fiil!

4. PEMAIN AUDIO KOMPAK

Lihat saja gambar di atas. Walaupun ciri-ciri asas pemain audio kekal sama, tetapi susunan punat dan mainan tona warna memberikan kesan ambien berbeza. Saga (2016) lebih rapi dan kemas, kata orang putih nampak neat!

5. PUNAT PENYAMAN UDARA KEKAL

Punat dan mod kawalan penyaman udara tiada perubahan. Tiada tetapan ventilator misalnya untuk hembusan arah kaki sahaja, atau kaki dan depan. Ini bermakna, penyaman udara cuma sehala, terus keluar dari ventilator yang ada.

6. TOMBOL GEAR DIPERBAHARUI

Takah gear masih sama kerana mengekalkan kotak gear CVT yang digunakan pada generasi sebelumnya. Cuma suis SAT (transmisi semi-auto) tiada pada Saga (2016). Tombol gear juga diubah kepada material vinil kusam berbanding rekaan terdahulu – berkilat dan sedikit mengacau pandangan – manakala punat gear tidak lagi diletakkan atas tombol, tetapi disorokkan di depan. Penampilan gear Saga (2016) ialah contoh terbaik yang menunjukkan rupa ‘berkilat’ (striking) tidak semestinya menyerlahkan efek mewah dalam kabin.

7. PANEL METER LEBIH MINIMALIS

Tiada perubahan drastik dilakukan. Cuma frem pada meter Saga FLX dihilangkan untuk Saga (2016). Saiz dan fon Saga (2016) masih sama tanpa sebarang latar meter. Panel LCD untuk maklumat kenderaan (paras minyak, jarak dan tetapan perbatuan, waktu dan suhu enjin) turut dikekalkan. Saga (2016) juga lebih meriah dengan tambahan indikator baharu seperti kawalan stabiliti kenderaan (VSC), mod Eco dan kawalan traksi (TRC).

8. KAMERA UNDUR UNTUK KESELAMATAN

Tidak perlu dijelaskan lagi. Saga (2016) Premium menawarkan kamera undur pada cermin pandang belakang. Visual belakang kereta berserta garisan parkir akan terpampang sebaik sahaja anda memasukkan gear undur (R). Semestinya ini ciri paling eksklusif bagi sedan segmen-A.

9. RUANG PEMANDU SELESA

Tiada perubahan pada ruang duduk pemandu. Pelaras ketinggian dan penyandar belakang masih sama. Cuma peha pemandu Saga FLX lebih besar. Jangan terkeliru pula. 😛

10. BELAKANG LEBIH RUANG

Kedua-dua model memiliki ketinggian kira-kira 175sm. Tanpa mengubah posisi kerusi depan, ruang kelegaan kaki di kedua-dua tempat duduk belakang nyata mencukupi. Namun, kelebihan mungkin lebih berpihak kepada Saga (2016) menerusi rekaan semula kerusi depan yang ‘dikorek’ belakangnya. Ini memberikan lekuk dan lebih ruang kaki kira-kira 1-2 inci. Ketinggian bumbung mungkin jadi masalah buat si galah yang duduk di belakang.

11. LACI LEBIH KEMAS

Kapasiti kompartmen untuk laci penumpang (glove box) kekal sama. Apa yang berubah ialah rekabentuk, di mana rekaan Saga (2016) lebih rapi. Ruang kosong atau gap di celahan laci kini disorokkan dengan baik, sekali gus menyedapkan pandangan mata.

12. PENGECAS USB DI BELAKANG

Selain, kamera undur, pengecas USB belakang juga boleh dikatakan antara ciri terbaik dimiliki Saga (2016). Tidak perlu lagi mengacau orang depan yang mungkin juga sedang mengecas telefon pintar. Kini, tiada lagi alasan untuk tidak update Facebook!

13. KERUSI BELAKANG BOLEH LIPAT

Ini ciri tambahan baharu ditampilkan Saga (2016). Anda boleh melipat kerusi belakang seperti gambar kanan di atas untuk mendapatkan ruang muatan tambahan.

14. KUNCI DIKUSAMKAN, ELEGAN

Asas rupa masih juga sama. Perumah kunci baharu Saga 2016 dikusamkan berbanding Saga FLX yang berkilat. Kami memilih gaya kunci seperti Saga (2016), mungkin kerana material kunci lama nampak terlalu plastik. Tetapi alangkah bagus jika lencana Proton pada Saga FLX diletakkan juga untuk kunci Saga 2016. Anda suka yang mana satu?

15. REKAAN KONTEMPORARI

Pandangan di atas adalah antara sudut paling menarik dalam sesebuah kabin kereta. Walaupun perubahan rekabentuk dalaman tidak terlalu drastik, tetapi kita harus mengakui Proton sebenarnya sudah melakukan penambahbaikan yang lebih baik. Sekali lagi disebutkan, aspek rekabentuk harmoni yang dititik beratkan nyata mengubah suasana dalam kabin Saga (2016). Kesannya, kereta ini (walaupun cuma sedan segmen-A) mampu memberikan anda mood eksklusif dan mewah seperti yang dirasai pada barisan model segmen-B.

Bagi kami, rekabentuk dalaman Saga (2016) sepatutnya dijadikan garis panduan asas untuk model Saga akan datang supaya rekabentuk baharu kelak tidaklah tampil terlalu mengada-ngada, pelik atau bercita-cita besar! Asalkan harmoni, rekabentuk seminimalis mana pun akan tampak segak dan bergaya walaupun mungkin dituduh membosankan.

Buat pengkritik pula, anda sepatutnya lebih rasional dalam menilai persembahan dalaman Saga (2016). Agak pelik juga sesetengah kita mendambakan kualiti dalaman seperti sebuah sedan segmen-C dengan kereta berharga bajet seperti Saga (2016).

Apapun, Saga (2016) Ialah sedan rakyat Malaysia yang bukan main-main!

interior Proton Saga 2016 interior Proton Saga 2016 vs Saga FLX Proton PROTON Holdings Berhad Proton Saga 2016 Proton Saga FLX Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Pixis Van BEV, Lagi Bukti Toyota Tidak Abai EV!

02/02/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026

3 Comments

  1. Silthice on 06/10/2016 16:02

    Cuma butang untuk , VSC off, pemanas cermin dan sebagainya lebih baik kalau diletakkan di atas ataupun bawah ventilator pendingin hawa untuk memudahkan capaian semasa memandu.

    Reply
  2. jongos on 19/10/2016 22:44

    Bukan saja rekaan dalaman 2016 perlu diambil sebagai benchmark, dimensi kereta juga seboleh mungkin dikekalkan. Saiz boot sekarang sedang-sedang elok, untuk sebuah keluarga kecil sudah memadai.. Secara peribadi tidak sanggup melihat Saga didugongkan, ditonggeng, dikontotkan bahagian hadapannya semata-mata mengejar persaingan ‘boot siapa lagi besar’. Overall, terharu selepas test drive Saga baru, usaha terbaik setakat ini.

    Reply
  3. Sobri blm UTR3 on 05/06/2020 04:14

    Ada kah panel meter saga terbaru ini sme tapak dgn y ade pd saga blm?krn klu sme sy ingin modifikasi ia pd saga blm.milik sy.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.