Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»YouTuber Mat Saleh Ini Beli Supercar Elektrik dari China, Tetapi Apa yang Dia Dapat….
Auto Terkini

YouTuber Mat Saleh Ini Beli Supercar Elektrik dari China, Tetapi Apa yang Dia Dapat….

Azizi HBy Azizi H24/09/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDAH khabar daripada rupa. Seorang YouTuber dari Amerika menanggung kerugian puluhan ribu dolar akibat tertipu dengan produk supercar elektrik yang dibelinya secara atas talian dari China, bulan lalu.

Pemilik laman YouTube The Inja, asalnya mahu berkongsi pengalaman membeli supercar elektrik dari China, tetapi apa yang dia dapat ialah kereta elektrik jenis city car.

BACA >>> Tesla Model X Dapat Rating 5 Bintang Euro NCAP, Antara Model 2019 Paling Selamat

Dia nampak teruja ketika mahu mengambil kereta itu yang dibelinya pada harga kira-kira AS$40,000 (RM165,000). Dalam perjalanan, dia sempat meluahkan kebimbangannya kerana penjual kereta tersebut tiba-tiba menghilangkan diri lebih seminggu sebelum pesanan tiba.

BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

Kegusaran YouTuber itu akhirnya jadi kenyataan ketika dia dan rakannya membuka kotak kargo sebelum mendapati supercar dihantar itu sebenarnya cuma kereta elektrik kompak, Mini EV X2 yang berharga AS$4,500 (RM18,800) sahaja. Dia kemudian cuba menghubungi semula penjual kereta tersebut untuk mendapatkan ganti rugi, tetapi gagal.

Malah dia seakan cuba ditipu sekali lagi dengan penjual berkenaan menerusi transaksi pembayaran mencurigakan. Akhirnya dia berputus asa dan terpaksa menerima nasib yang wangnya itu ‘hangus’ begitu saja.

MALAYSIA JUGA ADA KES SCAMMER KERETA?

Ini pengajaran kepada semua supaya berhati-hati membeli kereta atas talian. Penipuan atau scam sebegini bukan isu baru kerana di Malaysia juga pernah kecoh suatu masa dulu. Malah kereta dijual juga jenis kereta elektrik berjenama sama yang dijual pada harga sangat murah.

Bagaimanapun, JPJ mendakwa kereta berkenaan tidak sah digunakan atas jalan Malaysia kerana tidak pernah menjalani ujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).

BACA >>> Mini EV X2 Masih Tiada VTA, Tidak Sah Pandu Atas Jalan Raya Awam

Pesanan kami kepada mereka yang mahu membeli apa saja jenis kereta secara atas talian, jangan sesekali berani lakukannya kecuali menerusi laman web rasmi pengeluar tersebut, atau platform diiktiraf.

Malah, Proton yang baru saja membuka pratempahan model baharu  X50 secara konvensional pun turut meminta pelanggan membuat tempahah di Pusat Proton rasmi sahaja. Ini kerana penipu sentiasa ada di mana-mana.

SUMBER : Facebook LADbible | YouTube The Inja

Auto Terkini Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Mat Saleh Kena Tipu Penipu Scammer Kereta Elektrik Scammer Online Scammer Supercar Elektrik The Inja YouTuber Kena Tipu
Azizi H

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.