• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / YB Steven Sim Bantu Tujuh Beranak Terpaksa Bermalam dalam Bezza Sebab Kena 'Scam' Rumah Sewa

YB Steven Sim Bantu Tujuh Beranak Terpaksa Bermalam dalam Bezza Sebab Kena 'Scam' Rumah Sewa

December 23, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERNAHKAH anda terfikir bagaimana kehidupan tinggal dalam kereta yang sempit dengan bilangan keluarga ramai? Namun, secara realiti itulah dihadapi keluarga tujuh beranak ini yang terpaksa bermalam dalam Perodua Bezza selepas menjadi mangsa penipuan rumah sewa.

Keluarga asal Kelantan ini mengambil keputusan tinggal di Pulau Pinang dengan harapan mencari kehidupan lebih baik.

Awalnya, lelaki yang kenali sebagai Hilmi, bersama isteri dan lima anak berusia antara dua dan sembilan tahun menerima tawaran pekerjaan sebagai pemandu lori. Sebagai langkah pertama, Hilmi membayar deposit sewa rumah supaya keluarganya dapat tinggal lebih selesa dan selamat.

Namun, situasi berubah menjadi teruk apabila mereka menjadi mangsa penipuan. Malah, tuan rumah menghalau mereka dan menuntut supaya keluar dari rumah walaupun bayaran deposit sudah dibuat.

Dalam keadaan tersebut, Hilmi terpaksa berhenti kerja kerana bimbang keselamatan keluarganya yang kini terpaksa tinggal dalam kereta.

Demi menggalas tanggungjawab sebagai suami dan ayah, Hilmi bekerja sebagai penghantar barang dan terpaksa membawa keluarga bersama kereta yang uzur dengan cermin belakang pecah, serta hanya ditutup plastik kerana tidak mampu membaikinya.

Kesusahan menimpa Hilmi sekeluarga mengundang perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang tampil membantu meringankan beban keluarga dengan membayar rumah sewa baharu selama setahun. Rumah itu juga siap dilengkapi barangan seperti sofa, katil, dapur, dan peti ais.

Kini, Hilmi memperoleh pekerjaan baru sebagai pemandu lori, sementara dua anaknya yang terpaksa berhenti sekolah akibat masalah kewangan, sudah didaftarkan semula dan dapat menyambung persekolahan seperti biasa.

SUMBER: FB YB Sim Chee Keong

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Menteri Sumber Manusia, Perodua Bezza, Pulau Pinang, Scammer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev