Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha YZ250F (2017) Kini Tampil Lebih Umphhh!
Roda2

Yamaha YZ250F (2017) Kini Tampil Lebih Umphhh!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/07/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha YZ250F
YAMAHA khabarnya sedia mempertaruhkan YZ250F versi 2017 yang dijangka berada di pasaran Julai ini. Jentera motocross itu diberikan beberapa perubahan teknikal penting yang menjadikannya semakin kukuh, pantas dan lembut bersama penyempurnaan kepala silinder terbalik (reverse).

Sistem pengendalian dan suspensi ditala lebih baik membuatkan kawalan Yamaha YZ250F semakin stabil dan mantap,  termasuk menambahbaik fungsi brek dengan diameter cakera hadapan bersaiz 270mm dan belakang, 245mm. Hantaran kuasa pula dijana baik pada putaran pertengahan hingga atas, manakala anjakan gear  semakin pantas dan tarikan tuil klac lebih lembut.

Posisi perehat kaki Yamaha YZ250F direndahkan sebanyak 5mm bagi membolehkan penunggang mendapat kedudukan tunggangan lebih selesa mengikut kesesuaian saiz. Warna rim masih kekal hitam dengan grafik baharu yang menyerlahkan penampilan lebih profesional.

UPGRED  YAMAHA YZ250F

  • Kemas kini tarikan kuasa rpm daripada pertengahan kepada tinggi.
  • Pecutan ditingkatkan.
  • Tukaran gear dan klac lebih lancar.
  • Pengendalian diperhalusi, suspensi lebih stabil dan kawalan ditambah baik.
  • Prestasi brek dipertingkat.

PERUBAHAN ENJIN YAMAHA YZ250F

  • Kepala silinder lebih efisien
  • Ambilan dan bentuk port ekzos
  • Injap ambilan lebih besar
  • Ambilan lif (lift intake) dan aci sesondol ekzos lebih tinggi
  • Rekaan spring injap baharu
  • Rekaan con rod baharu
  • Sendi (joint) pendikit diperbaharui
  • Gerek (borehole) hadapan ekzos besar
  • ECU baharu dengan pemetaan dikemaskini dan tetapan pengehad rev
  • Kotak engkol kekuatan tinggi
  • Rekaan semula tuil klac
  • Rekaan pedal anjakan baharu

GALERI

motocross Yamaha Yamaha YZ250F
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.