Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

Abang HirataBy Abang Hirata18/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow

YAMAHA memperkenalkan warna baharu bagi model warisan sport (sport-heritage) jenama itu, Yamaha XSR900 GP ABS 2026 untuk pasaran Jepun.

Model itu ialah  motosikal yang menggabungkan gaya retro era 1980-an dengan teknologi moden yang dibina berasaskan konsep The Embodiment of Yamaha Racing History.

Rekabentuk, Estetika Warisan GP

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Yamaha YZR750 | Kenny Roberts
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | Silky White
Yamaha YZR500 1987 | Marlboro Color

Yamaha XSR900 GP ABS menampilkan gaya rekabentuk yang memberi penghormatan kepada jentera kilang GP 1980-an seperti YZR500.

Warna baharu diperkenalkan ialah Light Reddish Yellow Solid 1 (kuning) atau dikenali sebagai US Intercolor yang melambangkan identiti Yamaha di litar lumba Amerika Syarikat (AS) sekitar 1970-an hingga 1980-an.

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow

Setiap perincian rekabentuk model itu diteliti bagi membangkitkan nostalgia era tersebut. Fairing atas dipasang menggunakan tiang braket (bracket pipe) dengan nat aluminium yang mirip nat plastik pada model klasik TZR250R, manakala bahagian meter disokong tiang lurus bertingkat (stay meter).

Yamaha XSR900 GP ABS menerima frem utama, swingaram (rear arms) dan suspensi depan dengan kemasan hitam khas. Penutup klac pula menerima kemasan cat titanium kusam (matte).

Trenkuasa

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow

Model itu dikuasakan enjin 4-lejang 4-injap 3-silinder sebaris 888cc DOHC penyejukan cecair yang dibina berdasarkan konsep Crossplane.

Enjin tersebut menghasilkan output kuasa 120hp @ 10,000rpm, dan tork maksimum 93Nm @ 7,000rpm.

Enjin direka untuk menjadi ringan dan kompak menerusi penggunaan komponen khas seperti piston, rod penyambung, aci engkol dan aci sesondol yang disesuaikan untuk menghasilkan tork tinggi.

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow

Sistem ekzos direka simetri yang menghasilkan tekanan bunyi dari dua sisi bagi memberikan bunyi hantaran tork mantap. Paip ekzos keluli tahan karat mempunyai panjang dan lengkok berbeza setiap silinder untuk mencapai kesan gelombang tekanan ekzos (exhaust pulsation) yang optimum.

Selain itu, motosikal itu turut dilengkapi klac antigelincir Assist & Slipper (ASC) yang memudahkan operasi dan menstabilkan tingkah laku jentera ketika menukar gear.

Teknologi, Sistem Elektronik

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow

Yamaha XSR900 GP ABS dilengkapi unit unjuran inersia (IMU) 6 paksi fungsi tinggi yang menyokong pelbagai sistem bantuan pemanduan seperti Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Kawalan Gelincir (SCS) dan Sistem Kawalan Angkat (LCS).

Selain itu, Sistem Kawalan Brek (BCS) turut disertakan bagi mengesan gelinciran ketika jentera dalam posisi miring (banking) sekali gus mengawal tekanan brek dengan lebih efisien.

Penunggang boleh memilih mod Yamaha Ride Control (YRC) terdiri daripada Sport, Street, Rain, dan dua mod Custom yang boleh dilaras menggunakan aplikasi Y Connect.

Panel meter menggunakan skrin TFT 5 inci yang menawarkan tema takometer analog gaya retro. Sistem navigasi Garmin StreetCross boleh dipaparkan terus pada skrin tersebut melalui sambungan Bluetooth. Ciri praktikal lain termasuk soket pengecas USB Type-C yang terletak di konsol bawah bahagian kanan meter.

Frem, Pengendalian

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow

Yamaha XSR900 GP menggunakan frem aluminium CF die cast yang sangat nipis, tetapi mempunyai imbangan ketegaran yang optimum.

Rim pula dihasilkan melalui teknologi SpinForged Wheel bagi mengurangkan berat dan meningkatkan kelincahan.

Sistem suspensi sepenuhnya boleh laras daripada KYB telah ditala khas untuk model ini bagi menangani beban tinggi dengan pelaras prabeban belakang jenis hidraulik 24 cara.

Harga, Jualan

Di pasaran Jepun, model Yamaha XSR900 GP dijual melalui rangkaian pengedar eksklusif YSP.

  • Yamaha XSR900 GP ABS Silky White – 1,430,000 yen (RM41,640)
  • Yamaha XSR900 GP ABS Light Reddish Yellow Solid 1 –  1,463,000 yen (RM42,600)

Spesifikasi Teknikal Yamaha XSR900 GP ABS 2026

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
  • Enjin: 4-lejang 4-injap 3-silinder sebaris 888cc DOHC penyejukan cecair
  • Output kuasa: 120hp @ 10,000rpm, dan tork 93Nm @ 7,000rpm
  • Transmisi: Klac manual 6-kelajuan
  • Kapasiti tangki bahan api: 14 liter
  • Berat: 200kg
  • Tinggi pelana: 835mm
  • Jarak roda: 1,500mm
  • Jarak tinggi bumi: 145mm
  • Dimensi: Panjang 2,160mm, lebar 690mm, dan tinggi 1,180mm
  • Saiz tayar: 120/70ZR17M/C 58W (depan), dan 180/55ZR17M/C 73W belakang
  • Kapasiti penumpang: 2 orang (jadi seorang jika dipasang kowl pelana)

roda2 Sport Heritage Yamaha Yamaha XSR900 Yamaha XSR900 GP Yamaha XSR900 GP ABS Yamaha XSR900 GP ABS 2026
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.