• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing

Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing

January 19, 2021 By Aryon Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Vietnam menayangkan model konsep supermoped F-155 yang dikatakan bakal menjadi generasi baharu Exciter (Malaysia: Y15ZR)

Model konsep itu menampilkan rekabentuk futuristik yang bersegi dan ekstrem. Dari depan, lampu utama disepadukan bersama panel fairing yang direka seperti muka robot dengan ambilan udara di tengah, sama seperti model Yamaha siri-R lain.

Sistem brek depan menggunakan cakera tunggal dengan kaliper brek 2-piston, tetapi masih tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), manakala suspensi jenis fork terbalik (USD) yang sama seperti YZF-R15 dan MT-15.

BACA >>> #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
BACA >>> #BikinMotor: Tidak Sampai Sebulan Sudah Ada Mat Motor Vietnam Bikin Yamaha Exciter 155 VVA!

Bar hendal F-155 nampak sama seperti X1R (tiada untuk pasaran Malaysia). Kluster instrumen terlalu ringkas dan kurang menonjol jika dibandingkan sosok badan model tersebut. Posisi tengah meter memaparkan angka spidometer besar, dan di atasnya tertera takometer untuk rev enjin dan posisi gear.


Pelana F-155 direka langsing, jenis tunggal untuk tunggangan solo yang berlekuk dari depan hingga belakang. Nampak seperti kurang ergonomik. Yamaha turut melengkapkan motosikal ini dengan dua ventilator udara di belakang untuk fungsi aerodinamik yang sama seperti model sportbike.

Bagi tunggangan sporty, postur duduk F-155 sedikit berbeza berbanding model sedia ada. Peg kaki dianjak ke belakang untuk mendapatkan posisi duduk ala sportbike, dan juga jenis boleh laras berdasarkan banyak lubang skru disediakan.

Paip ekzos kembar disorokkan di bawah enjin untuk memberikan rupa belakang lebih sporty dan kemas. Bahagian enjin nampak sama seperti yang dipasangkan pada Exciter 155 VVA.

Bahagian roda menggunakan set rim multi-jejari yang sama seperti YZF-R3, dan tayar pula jenis tanpa bunga Pirelli Diablo Superbike yang banyak digunakan jentera lumba dengan prestasi cengkaman terbaik atas jalan kering. Menurut Yamaha, kos digunakan untuk membina model konsep itu bernilai AS$100,000 (RM405,050). Wow, mahalnya!

yamaha-f155-concept-1
yamaha-f155-concept-2
yamaha-f155-concept-3
yamaha-f155-concept-4
yamaha-f155-concept-5
yamaha-f155-concept-6
yamaha-f155-concept-7
yamaha-f155-concept-8
yamaha-f155-concept-9
2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: motosikal konsep, roda2, Yamaha F-155, Yamaha F-155 Concept, Yamaha Motor Vietnam, Yamaha Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my