• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Vietnam Lancar MT-09 Facelift, Lebih Mahal daripada Malaysia!

Yamaha Vietnam Lancar MT-09 Facelift, Lebih Mahal daripada Malaysia!

December 14, 2018 By Aryon Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Vietnam memperkenalkan model naked bike, MT-09 pada harga 299 juta dong (RM53,739) yang bakal menjadi saingan kepada Kawasaki Z900 untuk pasaran negara itu.

MT-09 muncul secara rasmi pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, setahun lalu, sebelum terlebih dahulu menjengah pasaran Malaysia pada Januari tahun ini. Pengenalan model itu diadakan serentak dengan acara tunggang uji untuk orang ramai yang hadir.

BACA >>> Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu - Yamaha MT-15!

MT-09 dilengkapkan enjin 3-silinder bersesaran 847cc berkuasa 115hp @ 10,000rpm dan tork 87.5Nm @ 8,500rpm dengan transmisi 6-kelajuan bersama klac bantuan sliper (Assist & Slipper) untuk anjakan gear lebih lancar.

ABS JADI CIRI STANDARD

Sebagai model generasi baharu, MT-09 didatangkan dengan teknologi LED untuk lampu depan dan belakang. Tinggi pelana ialah 820mm, iaitu 5mm lebih tinggi berbanding model lama, manakala kapasiti tangki ialah 14 liter.

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) diberikan sebagai standard, dan suspensi dinaik taraf dengan absorber boleh laras. Diameter fork depan ialah 41mm, manakala belakang dipasangkan monoshock. Sistem brek menggunakan dwi cakera 298mm di depan dan cakera tunggal di belakang. Berat basah jentera ini ialah 193kg.

Di pasaran Vietnam, MT-09 bakal bersaing dengan Kawasaki Z900 dalam kelas nakedbike 900cc. Kedua-dua model itu juga berharga sama.

BACA >>> 7 Fakta Pantas Tentang Yamaha MT-09 Facelift (2018) - Harga RM47,388

Di Malaysia, MT-09 ditawarkan dalam dua warna, Tech Black (hitam) dan Night Fluo (kuning) pada harga RM48,920, iaitu kira-kira RM5,000 lebih murah berbanding Vietnam. Hah, siapa cakap motor Malaysia paling mahal di dunia!

GALERI

SUMBER: News.Zing.Vn

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: nakedbike, roda2, Vietnam, yamaha mt-09, Yamaha MT-09 facelift, Yamaha Vietnam Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my