• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) Diperkenal di Jepun, Kini Ada ACC, Quickshifter Baharu, RM58k!

Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) Diperkenal di Jepun, Kini Ada ACC, Quickshifter Baharu, RM58k!

September 14, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM barisan Yamaha Tracer 9 GT, ada varian lebih lengkap dengan tambahan fungsi, iaitu Tracer 9 GT+. Model sports touring itu terlebih dulu diperkenal di beberapa pasaran dan kini tiba giliran Jepun.

Ciri utama Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) ialah Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Brek Bersepadu (UBS), Quickshifter baharu dan sebagainya.

Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) dibekalkan enjin 888cc yang menghasilkan output kuasa 120ps (118hp) @ 10,000rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm, iaitu julat sama seperti Tracer 9 GT (2023) pasaran tempatan.

Berikut ciri istimewa Yamaha Tracer 9 GT+ (2023):

Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.07
Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.03

1. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan gelombang radar milimeter

  • Inilah model Yamaha pertama menggunakan ACC yang berfungsi melalui gelombang radar milimeter.
  • Sistem akan mengesan kenderaan depan dan jarak motosikal dengan  kenderaan depan, serta mengawal halaju malar, pecutan atau nyah pecut secara automatik.
  • Jarak kenderaan boleh ditetapkan dalam empat tahap atau jarak.
  • Apabila pembelokan dikesan, fungsi Bantuan Belok akan menyekat penambahan halaju dan mengehadkan kelajuan jika mengesan kenderaan di depan.
  • Apabila penunggang menghidupkan lampu signal belok untuk memotong, fungsi Bantuan Memotong akan membantu pecutan dengan lancar.

2. Sistem Brek Bersepadu (UBS)

  • UBS dengan cerapan dari gelombang radar milimeter dan Unit Unjuran Inersia (IMU) membantu penunggang membrek.
  • UBS membantu melalui pengaktifan daya pembrekan secara automatik dan pada masa sama melaras agihan kuasa brek antara roda depan dan belakang jika input brek daripada penunggang tidak memadai.
  • Sistem kawalan suspensi elektronik membantu mengelak junaman berlebihan ketika membrek.
  • Ini juga motosikal pertama di dunia yang menggabungkan fungsi gelombang radar milimeter dengan UBS.

3. Quickshifter Baharu

  • Sistem baharu berfungsi pada kedua-dua anjakan gear sama ada naik atau turun, ketika memecut dan nyah pecut.
  • Berbeza Quickshifter sekarang yang menukar gear atas ketika memecut dan gear bawah ketika nyah pecut.
  • Sistem Quickshifter baharu boleh dimanfaatkan ketika mahu menambah kelajuan dengan menurunkan gear ketika memotong atau mengurangkan kesan brek enjin.
  • Sistem baharu juga membantu operasi tukaran gear ketika mod ACC diaktifkan.
  • Quickshifter tidak berfungsi pada halaju terlalu laju atau perlahan, dan dalam tunggangan biasa (tidak memecut atau nyah pecut).

4. Mod Tunggangan CUSTOM

  • Mod tunggang ditetapkan automatik, iaitu SPORT, STREET, RAIN, dan CUSTOM.
  • Mod CUSTOM memberi kebebasan kepada penunggang menetapkan tahap intervensi dan pratetapan.
  • Antaranya tahap intervensi kawalan traksi, kawalan antigelincir, kawalan loncatan (lift) dan daya redaman suspensi kawalan elektronik.

5. Suis Hendal dengan Lampu Iluminasi

  • Suis hendal diatur supaya mudah digunakan dan turut dilengkapi iluminasi bagi membantu tunggangan malam.

5. Panel Meter TFT 7 Inci dan Aplikasi MyRide - Link

  • Panel meter ada tiga grafik berbeza.
  • Aplikasi MyRide-Link memaparkan maklumat telefon pintar pada skrin panel meter yang disambungkan dengan Bluetooth bagi membolehkan paparan multi-info seperti panggilan telefon masuk, cuaca dan memainkan muzik.
  • Juga boleh menggunakan aplikasi navigasi Garmin Motorize (berbayar) pada skrin panel meter yang dibangunkan Yamaha bersama Garmin.

Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) ditawarkan pada harga 1,826,000 yen (RM58,000).

BACA >>> HLYM Perkenal Dua Warna Baharu untuk Yamaha NMAX (2023), Harga RM9,798!
BACA >>> Thailand Lancar Kapcai Bajet Yamaha Finn (2023) dalam 4 Varian, Harga Mula RM5.4k!
BACA >>> Yamaha NMAX ABS (2023) dengan Warna Dark Blue Kini di Jepun, Harga Mula RM12k

Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.01
Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.02
Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.07
Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.08
Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.03
Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.04
Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.05
Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 Jepun.06

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sport-touring, Yamaha, Yamaha Tracer, Yamaha Tracer 9, Yamaha Tracer 9 GT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev