• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha R25, MT25 Versi Kemas Kini Diperkenalkan di Indonesia Tahun Ini

Yamaha R25, MT25 Versi Kemas Kini Diperkenalkan di Indonesia Tahun Ini

February 6, 2018 By AI Leave a Comment

411
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHABARNYA, pasaran Indonesia bakal menerima model Yamaha R25 dan saudaranya, MT25 versi segar semula seperti dimaklumkan Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) menerusi laporan beberapa portal permotoran negara jiran itu.

Rekaan model baharu tersebut dikatakan tidak lagi sama dengan versi sedia ada kerana sudah tiba masa kedua-dua jentera itu diberikan pembaharuan. Apatah lagi selepas mengambil kira usia pengeluaran R25 yang sudah memasuki empat tahun, manakala MT25 sudah tiga tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua model itu tidak akan dilancarkan serentak. Versi fairing, R25 akan dilancarkan terlebih dahulu selepas mengambil kira permintaan pasaran dan menilai pesaing kepada naked bike, MT25 yang cuma perlu berentap dengan Kawasaki Z250.

BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2018) Terima 2 Warna Baharu - Harga Kekal RM20,630

Walaupun di Indonesia ada KTM Duke 250, tetapi model itu datang dengan enjin silinder tunggal, manakala jualan Benelli TNT 250 pula kurang memberangsangkan. Jadi, memang rasional kenapa R25 perlu lebih diberikan keutamaan kerana kalangan pencinta sportbike lebih ramai di sana.

Bilakah model itu dilancarkan dan bagaimanakah pula rupa perubahan dua motosikal berkenaan? Sama-samalah nantikan. Khabarnya, rekabentuk model itu juga adalah bayangkan kepada jentera yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Tetapi mungkin sedikit lambat diperkenalkan di Malaysia kerana Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru saja memperkenalkan R25 berwarna baharu pada bulan lalu.

GALERI
3OdtMwLRofGbJXu4Qp61
JZQVqkLfyx1Y7qgtZlBK
Yamaha-R25-dan-MT25-860x474
tzyTMHZGoUkcSr7TPX8r
U7wcAq9XMErLLQ6nuvwn
Yamaha-MT25-630x250

Artikel Berkaitan

411
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: HLYM, Hong Leong Yamaha Motor, motosikal, MT25, naked bike, r25, roda2, sportbike, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha MT25, Yamaha R25, YIMM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
    #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my