• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha R15 Monster Energy Dikesan di Pusat Jualan, Tapi Bukan di Malaysia

Yamaha R15 Monster Energy Dikesan di Pusat Jualan, Tapi Bukan di Malaysia

May 22, 2019 By AI Leave a Comment

500
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Indonesia bakal melancarkan produk baharu pada 27 Mei ini. Menurut laporan IwanBanaran, jemputan sudah pun dihantar kepada pihak media di sana.

Walaupun tidak dinyatakan produk yang bakal dilancarkan, laman automotif itu menjangka itu ialah model Yamaha R15 dengan seragam MotoGP Monster Energy bagi menggantikan Movistar.

Jangkaan itu turut disokong kemunculan produk itu di beberapa pusat jualan Indonesia. Warna seragam tersebut juga sama seperti YZF-R125 yang dilancarkan di Eropah. Model ini akan tampil dengan dua warna utama seragam MotoGP Monster Energy, iaitu hitam dan biru gelap.

BACA >>> Vietnam Lancar Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, Harga RM8,740

Yamaha R15 Monster Energy_3
Yamaha R15 Monster Energy_1
Yamaha R15 Monster Energy_4

Warna biru gelap diselitkan pada sisi fairing dengan ukuran minimum, termasuk kowl bawah dan tengah tangki minyak. Selepas itu, logo cakaran raksasa Monster Energy menghiasi sisi fairing di kiri dan kanan, panel visor angin dan madgad depan. Juga tertera perkataan Monster Energy pada kowl bawah, dan fairing, berserta Eneos, iaitu nama syarikat minyak Jepun, yang juga penaja pasukan MotoGP Yamaha.

Pelancaran Yamaha R15 Monster Energy Yamaha MotoGP akan melengkapkan varian R15 yang sedia popular di negara seberang itu. Namun, sayang sekali jentera yang kini mencapai harga Rp36 juta (RM10,000) itu masih belum dilengkapi ciri ABS seperti Suzuki GSX-R150 atau CBR150R. Mungkin masa depan...

BACA >>> Yamaha YZF-R15 Satu-Satunya Sportbike Aras Mula di India Dapat ABS Dual-Chanel

Macam mana peminat Yamaha di Malaysia? Mesti tidak sabarkan nak tunggu muncul di Malaysia?

Apapun, mujurlah laman web Indonesia yang siarkan foto intip itu tidak di-ban Yamaha Indonesia kerana membocorkan maklumat produk yang belum pun dilancarkan. Berbeza sungguh lagaknya dengan Yamaha versi Malaysia di bawah pengurusan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Jangan tak tahu, salah satu punca kami di-ban HLYM ialah kerana mendedahkan ketibaan produk R15 lebih awal sebelum pelancaran rasmi sportbike itu. Aduhhhh... kisah apa bosskuuuu!!!

500
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), R15, roda2, sportbike, sportbike 150cc, Yamaha, Yamaha Indonesia, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha YZF-R15 (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
    Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my