Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»R15 Belum Sampai Kedai Motor Malaysia, Yamaha India Pula Lancar R15 Edisi MotoGP!
Auto Terkini

R15 Belum Sampai Kedai Motor Malaysia, Yamaha India Pula Lancar R15 Edisi MotoGP!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) baru saja membawa masuk sportbike baharu yang sekian lama dinantikan, YZF-R15. Khabarnya, model itu masih belum tiba di pusat jualan. Penantian sememangnya satu penyeksaan, tetapi apa yang kami boleh katakan teruslah sabar menanti dan penuhkan tabung terlebih dulu :).

Di India pula lain ceritanya, pengguna di negara itu bakal menerima R15 V3.0 MotoGP Edition. Video teaser tentang kemunculan versi edisi khas itu sudah pun ditayangkan India Yamaha Motor menerusi akaun YouTube wakil pengeluar itu. Menurut sumber IndianAutosBlog, versi MotoGP ini tampil lebih garang dan dikatakan akan dilancarkan minggu depan.

https://youtu.be/0VLXewklZ2o

Pada hujung video itu dituliskan perkataan ‘Coming Soon-The call of the Blue’ (Akan Datang – Panggilan Si Biru). Seperti semua tahu, edisi MotoGP biasanya akan tampil dengan kemasan skema warna rasmi livery pasukan Yamaha dalam aksi MotoGP, iaitu biru. Model itu akan didatangkan dengan logo Movistar pada fairing depan dan panel sisi, serta logo Eneos di bawah kowl enjin.

Difahamkan, R15 Edisi MotoGP versi India tidak didatangkan dengan nombor perlumbaan Valentino Rossi atau Maverick Vinales. Yamaha R15 V3.0 Edisi MotoGP akan menerima lampu depan LED penuh dan ambilan udara RAM ‘acah-acah’ yang mirip superbike R1. Ini termasuk kluster instrumen digital penuh dan lampu belakang LED.

Yamaha turut menawarkan aksesori tayar belakang Metzeler Sportec M5 H dan mufler Daytona. Bahagian mekanikal kekal sama iaitu enjin silinder tunggal 155cc penyejukan cecair berkuasa 19hp dan tork 15Nm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi klac manual 6-kelajuan.

R15 V3.0 ialah jentera pertama dalam segmen sportbike aras mula yang menampilkan teknologi Aktuasi Injap Variabel atau Variable Valve Actuation (VVA) dan klac bantuan dan sliper. Model itu ditayangkan kepada umum sempena Auto Expo 2018 dan harga dijangka sekitar INR130,000 (RM7,658).

GALERI
HLYM Hong Leong Yamaha Motor India Modenas modenas pulsar RS200 R15 R15 V3 r15 vva y15zr one way bearing y15zr piston ring Yamaha Motor India Yamaha R15 Yamaha YZF-R15
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.