• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-15 (2021) Thailand Kemas Kini Warna Baharu

Yamaha MT-15 (2021) Thailand Kemas Kini Warna Baharu

February 22, 2021 By Aryon 2 Comments

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA melancarkan MT-15 (2021) di Thailand dengan memperkenalkan warna baharu sebagai sebahagian daripada kemas kini untuk model naked bike itu.

MT-15 mula dilancarkan pada 2019, bermula di Thailand sebelum memasuki negara jiran lain, termasuk Malaysia yang baru saja membawa masuk model tersebut penghujung tahun lalu.

Berikut fakta mengenai MT-15 (2021) versi Thailand:

  • Menampilkan warna Metallic Grey (kelabu), Racing Blue (biru) dan Matt Black (hitam).
  • Warna Metallic Grey didatang dengan rim jingga dan grafik jingga-biru pada kowl tangki dan seksyen ekor, manakala Racing Blue dengan rim biru berserta grafik pada kowl tangki dan seksyen ekor. Matt Black pula tampil serba hitam , termasuk rim dengan grafik kelabu pada kowl tangki dan seksyen ekor.
  • Aspek mekanikal masih sama. Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc VVA SOHC penyejukan cecair berkuasa 18.5hp dan tork 14.7Nm.
  • Spesifikasi lain ialah frem deltabox, kapasiti tangki 10 liter, tinggi pelana 810mm, jarak lega bumi 170mm, berat 133kg, kluster instrumen LCD negatif multifungsi dengan indikator anjakan gear
  • Transmisi jenis manual 6-kelajuan yang dilengkapkan ciri antigelincir Assist & Slipper (A&S).
  • Ciri lain MT-15 (2021) versi Thailand ini ialah fork terbalik (USD) warna emas dan swingarm aluminium
  • Dijual pada harga 98,500 baht (RM13,260).

BACA >>> Yamaha MT-15 Sudah Ada di Kedai, Harga (Cadangan) RM11,988!
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar MT-25 (2021), Harga RM15.9k

Artikel Berkaitan

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, Thailand, Yamaha, Yamaha Motor Thailand, Yamaha MT-15 (2021)

Comments

  1. Hisham says

    February 22, 2021 at 3:33 PM

    waaa dah ada warna baru….

    Reply
  2. Feezul says

    February 25, 2021 at 5:03 PM

    Bleh review mt09 v3.. Bila nk masuk pasaran Malaysia.. X sabar nk upgrade.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my