• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-07 (2023) Facelift Lancar di Eropah, Dapat Skrin TFT Baharu, Harga RM39.7k

Yamaha MT-07 (2023) Facelift Lancar di Eropah, Dapat Skrin TFT Baharu, Harga RM39.7k

January 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

249
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA melancarkan MT-07 (2023) versi dipertingkat (facelift) dengan menampilkan beberapa pembaharuan dan kemas kini untuk pasaran Eropah.

Cuma penambahan kecil diberikan berbanding model sebelum ini, dan bukan model serba baharu.

BACA >>> Honda CB750 Hornet (2023) Lancar, Sedia Cabar Yamaha MT-07, Harga RM36k
BACA >>> Yamaha MT-07 (2021) Lancar di Thailand, Harga RM38.4k

Rupa depan hadir dengan lampu projektor LED yang diapit lampu siang (DRL), juga LED. Rekabentuk juga sama dengan bentuk badan maskular.

Menariknya, Yamaha MT-07 (2023) kini dilengkapi panel meter TFT digital 5 inci warna penuh, siap dengan konektiviti telefon pintar. Ciri ini membolehkan penunggang membaca mesej dan membuat akses panggilan serta mengetahui data tunggangan penting.

Yamaha MT-07 (2023) facelift ini juga menawarkan opsyen tambahan ciri quickshifter untuk anjakan gear lancar. Ini kerana model ini memang dibangunkan sebagai jentera mesra ‘quickshifter’.

Penambahbaikan Yamaha MT-07 (2023) facelift juga menandakan mekanisme quickshifter boleh dipasang mudah pada bila-bila masa untuk model ini.

Trenkuasa masih dikuasakan enjin 4-lejang 4-injap dwi-silinder 689cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 72.4hp @ 8,750rpm, dan tork 67Nm @ 6,500rpm.

Kapasiti tangki petrol 14 liter, manakala berat kerb 184kg.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan, dan monoshock di belakang, manakala sistem brek dipasangkan brek cakera kembar 298mm (depan), dan brek cakera tunggal 245mm (belakang) berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Bahagian roda menggunakan rim 17-inci yang dibalut tayar Michelin Road 5  saiz 120/70 (depan), dan 180/55 belakang).

Di Eropah, Yamaha MT-07 (2023) facelift dijual pada harga £7,500 (RM39,870). Setakat ini masih tiada pengumuman daripada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengenai ketibaan model ini di Malaysia.

BACA >>> Yamaha MT-125 (2023) di Eropah Kini dengan Panel Meter TFT 5.0 Inci, Harga RM26k
BACA >>> Yamaha YZF-R9 (2024) Guna Enjin, Casis MT-09 Lancar Hujung Tahun Ini?

SUMBER: BikeWale

Artikel Berkaitan

249
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Facelift, Pasaran Eropah, quickshifter+, roda2, TFT, Yamaha, Yamaha Eropah, Yamaha MT-07 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my