Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha MotoGP Mungkin Beralih kepada Enjin V4?
Auto Terkini

Yamaha MotoGP Mungkin Beralih kepada Enjin V4?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize15/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN Monster Energy Yamaha MotoGP sedar kemungkinan pelumba taruhan, Fabio Quartararo, yang juga mantan juara dunia MotoGP 2021, bakal dirisik pasukan lawan Honda.

Bos Yamaha, Lin Jarvis ketika ditanya portal GPOne mengakui menyedari risiko Quartararo dilamar pasukan lawan, tetapi optimis akan memberikan jentera kompetitif dalam mengekalkan pelumba tersebut dalam pasukannya.


Aku sedar, dan salah satu risiko datang dari Honda kerana mereka nak rider terbaik, dan Fabio salah seorang. Bagi kekalkan dia, kami kena ada motor yang kompetitif dan kami benar-benar kena tunjukkan dengan fakta yang kami beri tumpuan penuh,” kata Jarvis.

Quartararo kini mempunyai baki kontrak dengan Yamaha hingga 2024 dan beliau akan bersama rakan pasukan baharu, Alex Rins yang menggantikan Franco Morbidelli.

Terdahulu, Quartararo kerap meluahkan rasa tidak senang dengan YZR-M1 kerana tidak kompetitif yang menjadi punca beliau gagal bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini.

Pelumba Perancis itu baru-baru ini mendakwa ujian MotoGP di Misano bulan depan bakal menentukan sama ada pelan penambahbaikan jentera Yamaha untuk MotoGP 2024 mampu membawa perubahan atau sebaliknya.

Jarvis berkata, pasaran pelumba MotoGP musim depan bakal menyaksikan perpindahan menarik. Beliau berkata;

Adakah Marc (Marquez) kekal atau bersara, terus bersama Honda atau pengeluar lain? Apa aku tau, kami mesti ubah sistem pembangunan kami.

Kami terbuka, mungkin kami akan perkenal enjin V4 nanti. Masih ada potensi dalam pakej kami.”

Jarvis menegaskan Yamaha mampu kembali gemilang sebagai pasukan yang membawa kejayaan Valentino Rossi dan kejuaraan dikecap Quartararo pada 2021.

Realitinya, pengeluar Eropah sudah mengatasi Jepun. Ini situasi yang boleh berlaku dalam sukan permotoran, dalam F1 juga. Adakah ini masih akan berlaku pada 2024? Kami tak tau lagi,” katanya.

BACA >>> Quartararo Samakan 'Top Speed' YZR-M1 dengan Kura-Kura
BACA >>> Ujian GP Itali Tentukan Masa Depan Quartararo dengan Yamaha?

SUMBER: Crash.net

Alex Rins Fabio Quartararo Honda MotoGP Kejuaraan Dunia MotoGP Lin Jarvis Marc Marquez Monster Energy Yamaha MotoGP Monster Energy Yamaha MotoGP Team sukan permotoran
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Sukan Permotoran

#SUPERGT2026: Perlumbaan GT Jepun Kembali ke Sepang, Tiket Pusingan Tiga Kini Dijual

02/03/2026
Sukan Permotoran

#MotoGP2026 Aprilia Juara Musim Pembukaan, Marquez Bersara Awal

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.