Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Jepun Mohon Maaf Kerana Hilangkan Kepercayaan Orang Awam
Auto Terkini

Yamaha Jepun Mohon Maaf Kerana Hilangkan Kepercayaan Orang Awam

ShawkathBy Shawkath12/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Co. (Yamaha Jepun) memohon maaf kepada orang awam selepas syarikat itu tersenarai sebagai salah satu daripada lima pengeluar kenderaan terlibat dalam skandal pemalsuan maklumat di Jepun.

Sekumpulan pegawai Kementerian Darat, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun sudah melakukan pemeriksaan di ibu pejabat Yamaha Jepun di Iwata, Wilayah Shizuoka pada pagi Rabu minggu lalu.

Selain Yamaha Jepun, empat syarikat lain disiasat ialah Toyota Motor Corp., Mazda Motor Corp., Honda Motor Co. dan Suzuki Motor Corp.

Siasatan membabitkan Yamaha dibuat berhubung pemalsuan permohonan persijilan model yang diperlukan untuk pengeluaran skala besar-besaran motosikal.

Kumpulan penyiasat itu dipercayai melakukan pemeriksaan membabitkan butiran-butiran ‘luar aturan’ dan menjalankan temubual pegawai serta eksekutif syarikat berkenaan.

Jurucakap Yamaha Jepun berkata:

Kami memandang serius perkara itu dan amat kesal dengan perbuatan kami. Kami memohon maaf (kepada orang awam) kerana menghilangkan kepercayaan mereka.”

Kementerian itu dijangka membuat keputusan sama ada mengenakan penalti pentadbiran dan perincian penalti menjelang akhir bulan ini.

3 MODEL YAMAHA TERLIBAT

  • Yamaha YZF-R1: melakukan ujian paras bunyi dengan output enjin berbeza dengan apa yang sudah ditetapkan dalam peraturan.
  • Yamaha YZF-R3 dan Yamaha T-MAX: pemalsuan ujian tekanan bunyi hon.

Pengeluaran untuk tiga model itu sudah dihentikan. Laporan menyatakan jumlah pengeluaran ketiga-tiga model menggunakan data palsu berjumlah kira-kira 7,500 unit.

Pecahan model terjejas adalah seperti berikut:

SUMBER: TopSpeed | Japan News

autoterkini roda2 scandal penipuan kenderaan Jepun 2024 Yamaha Motor Co. Ltd Yamaha TMAX Yamaha YZF-R1 Yamaha YZF-R3 ABS
Shawkath

    Artikel Berkaitan

    QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
    Roda2

    QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

    16/01/2026
    Auto Terkini

    BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

    16/01/2026
    BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
    Auto Terkini

    BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

    16/01/2026
    TGR Vios Challenge 2025
    Auto Terkini

    Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

    16/01/2026
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook397K
    • Instagram194K
    • YouTube589K
    • TikTok991.8K
    • Threads
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Z15GT Auto Terkini
    Auto Terkini

    Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

    By Syafie16/01/2026
    Auto Terkini
    Auto Terkini

    Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

    By Syafie15/01/2026
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
    Roda2

    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

    By Shazwan Hisam12/01/2026
    Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
    Auto Terkini

    #Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

    By Syafie15/01/2026
    Auto Terkini
    Auto Terkini

    Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

    By Syafie15/01/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)
    Kenderaan Elektrik (EV)

    XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

    By Shazwan Hisam16/01/2026
    Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
    Auto Terkini

    10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

    By Syafie13/01/2026
    Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

    By Syafie12/01/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.