Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Beli Paten Syarikat Luar, Serius Bangunkan Motosikal Tiga Roda Miring
Auto Terkini

Yamaha Beli Paten Syarikat Luar, Serius Bangunkan Motosikal Tiga Roda Miring

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/01/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA dilaporkan membeli paten motosikal roda tiga daripada sebuah syarikat di Norway, Brudeli Tech Holdings (BTH). Pengeluar motosikal dari Jepun itu membeli paten roda tiga condong (leaning three-wheelers) Brudeli 654L dan 625L.

BTH ditubuhkan sekitar 2001 dan mula mempamerkan jentera konsep buatannya pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2005 di Itali. Ketika itu pasaran baru bagi motosikal dua roda depan miring masih belum berkembang seperti sekarang.

Namun, pelancaran model tiga roda condong, Yamaha Niken, dan pembelian satu lagi paten jentera sama, Yamaha nampaknya serius mahu membangunkan segmen motosikal tersebut.

BACA >>> Yamaha Lancar Niken – Si Tiga Roda yang Mampu ‘Corner Baring’

“Ini satu penghormatan apabila Yamaha memilih teknologi yang kami bangunkan. Dengan keupayaan, pengetahuan dan semangat Yamaha, kami begitu teruja menantikan produk masa depan mereka,” kata pereka dan pemilik BTH, Geir Brudeli.

SUDUT MIRING 45°

Seperti Yamaha Niken, motosikal tiga roda condong BTH membolehkan penunggang mendapatkan sudut miring 45° di selekoh dengan tahap pengendalian yang lebih baik berbanding motosikal biasa. Produk pertama BTH, 654L dibina berasaskan jentera KTM 690 Supermoto dengan mengekalkan bahagian enjin, transmisi, lengan ayun, roda belakang, kerusi dan lampu utama.

Suspensi BTH menggunakan 100 peratus mekanikal yang dibangunkan untuk meningkatkan pengalaman bermotosikal. Sejak 2010, sebahagian besar teras perniagaan BTH adalah sebagai konsultan rekabentuk mekanikal dan mekatronik kepada pembekal sistem automotif.

Model 625L dan 654L mengambil masa hampir sedekad disiapkan dengan menggunakan kepakaran seorang pekerja tetap, iaitu Geir Brudeli. Syarikat itu bekerjasama dengan jaringan pakar dan pembekal yang menyumbang dalam sistem penghantaran.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi ‘Yamaha Blue Core’?

Jadi, apabila Yamaha mula menunjukkan minat dengan produk BTH, ini bermaksud evolusi baru dunia motosikal, melibatkan roda tiga bakal bermula. Pembelian paten berkenaan mengukuhkan lagi perancangan masa depan Yamaha dalam pasaran baru tersebut.

Brudeli Tech Holdings (BTH) Bruneli Bruneli 625L Bruneli 654L EICMA EICMA 2015 Geir Brudeli HLYM Hong Leng Yamaha Motor Yamaha Yamaha Niken
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.